Cerita Ulama Dengan Paderi Dan Ateis

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Kali ini ana paparkan pula dua kisah di antara Ulama dan Paderi serta dialog antara Ulama dengan seorang Ateis.

Ulama Dengan Paderi

.

Pada suatu hari, seorang paderi mengunjungi seorang ulama. Kehadiran paderi itu bertujuan menguji kebijaksanaan ulama yang terkenal itu. Kedatangan paderi disambut baik oleh ulama tersebut. Dan sambil tersenyum sinis, paderi itu berkata: “Orang Islam sungguh pelik, jika orang Islam terkentut sewaktu solat, mengapa pula muka yang dibasuh (ambil air sembahyang) sedangkan yang keluar angin adalah duburnya?”

Dengan selamba ulama itu menjawab: Jika tuan menghadiri satu majlis, tiba-tiba tuan terkentut dengan kuat di khalayak ramai, apakah yang malu, muka tuan atau dubur tuan?

Sejak hari itu, paderi berkenaan akan cepat-cepat bersembunyi jika bertembung atau terlihat kelibat dengan ulama tersebut.

.

.

Ulama Dengan Atheis

.

Dalam suatu kejadian yang lain pula, ulama berkenaan dikunjungi oleh seorang atheis yang tidak percaya adanya Tuhan. Atheis itu cuba menyindir ulama dengan berkata: “Tuhan anda tidak adil, mengapa Tuhan cipta manusia berbeza-beza, ada yang kurus, gemuk, tinggi, pendek, hodoh dan cantik. Ada pula yang mati tua, mati muda dan pelbagai lagi…”

Dengan selamba ulama itu bertanya kepada atheis tersebut, “Awak ada pelihara ayam tak?”

Jawab si atheis, “Iya, ada. Mengapa pula?”

Tanya ulama itu lagi, “Adakah awak pernah mengambil telur ayam itu, menjualnya atau menyembelih ayam tersebut; Dan adakah yang awak jual dan ada juga yang awak tidak jual, ada yang awak sembelih dan ada juga yang tidak disembelih hari ini?”

Jawab atheis itu lagi, “Iye, ada..”

Balas si ulama, “Mengapa awak buat begitu?”

Dengan pantas si atheis menjawab, “Itu saya punya sukalah, sebab ayam-ayam itu saya yang punya.”

“Begitu juga dengan jawapan saya, kesemua manusia adalah milik dan kepunyaan Tuhan kami; Dia punya sukalah nak buat apa-apa terhadap kami.” Jawab ulama itu sambil tersenyum penuh makna.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

Berdakwah kepada Golongan Atheis  (Klik Di Sini)

 Dialog Di Antara Abu Hanifah Dengan Atheis  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

By; shafiqolbu

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: