Tips DUIT Bagi Mendapat Kejayaan Dalam Peperiksaan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Dalam menghadapi musim peperiksaan awam sebenar terutamanya para pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM, MUET, MATRIKULASI, IPT dan peperiksaan jabatan serta pekerjaan yang bakal ditempuhi, persediaan jitu, menyeluruh dan sempurna perlu dilakukan oleh setiap bakal calon.

‘DUIT’ iaitu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal perlu digembelingkan bagi memastikan kejayaan cemerlang yang diingini. Beribadah dan Doa adalah suatu yang sangat penting bagi membantu setiap pelajar menelaah pelajaran dengan tenang dan yakin.

Allah SWT tidak akan menghampakan hamba-Nya yang memohon dengan sepenuh hati. Sebagaimana firman-Nya;

رَ‌بُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ 

“Berdoalah kepada-ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.”  (Mu’min: 60).

.

Firman Allah SWT lagi:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِ‌يبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْ‌شُدُونَ ﴿١٨٦

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”   (Surah al-Baqarah, ayat 186).

.

.

.

A)  Doa Bagi Mudah Mengingat Pelajaran

.

“Ya Allah! Kasihanilah daku dengan (mengurniakan kepadaku keampunan) meninggalkan maksiat selagi daku hidup, Kasihanilah daku dari memberatkan diriku dengan perkara-perkara yang tidak penting bagiku; Dan kurniakanlah kepadaku anugerah melihat perkara yang Dikau suka. Ya Allah, Yang Maha Pencipta langit dan bumi, Yang Memiliki Keagungan, Kemuliaan dan Kekuasaan yang tidak pernah luput! Daku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan Kekuasaan-Mu dan Cahaya-Mu agar menjadikan daku mampu menghafaz kitab-Mu sebagaimana yang Dikau ajarkan dan kurniakanlah kepadaku (kesempatan) untuk membacanya sebagaimana yang Dikau kehendaki. Ya Allah, Yang Mencipta langit dan bumi, Yang Memiliki Keagungan, Kemuliaan dan Kekuasaan yang tidak pernah luput! Daku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan Kekuasaan-Mu agar menjadikan penglihatanku terang dengan kitab-Mu, agar dilepaskan hatiku (dari permasalahannya) dengan kitab-Mu itu, dilapangkan dadaku dengannya dan dibersihkan tubuhku dengannya. Sesungguhnya tiada yang dapat memberikan pertolongannya melainkan Dikau dan mendatangkannya selain-Mu. Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung!”

.

.

.

B)  Cara Mengamalkannya

.

1.  Dirikan Solat Sunat Hajat sebanyak 4 rakaat pada Malam Jumaat, iaitu pada sepertiga malam terakhir.

.

2.  Selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacalah:-

Rakaat Pertama : ~ Surah Yaasin

Rakaat Kedua    : ~ Surah Al-Dukhan

Rakaat Ketiga    : ~ Surah Al-Sajadah.

Rakaat Keempat : ~ Surah Al-Mulk.

.

.

3. Selepas selesai memberi salam, bacalah ‘Tasbih Majmuk’ 100 kali.

.

.

4. Berselawat ke atas Nabi Muhammad ShallAllahu ‘alaihi wasallam10 kali.

.

.

5.  Beristighfardan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah SWT.

.

.

6.  Akhir sekali bacalah doa (A) di atas dengan disertai selawat ke atas Nabi pada permulaan dan penutup doa tersebut.

.

.

Menurut satu riwayat daripada Ibnu Abbas, beliau berkata, ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam, tiba-tiba datanglah Ali Bin Abi Talib r.a., lalu beliau berkata: “Wahai Rasulullah, al-Quran ini selalu hilang daripada ingatanku. Aku dapati diriku menghadapi masalah untuk mengingatinya dalam dadaku. Maka Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam menganjurkan kepadanya petua bagi menguatkan ingatan iaitu bangun malam Jumaat pada sepertiga malam yang terakhir. Perkara ini telah dilakukan oleh Nabi Yusuf a.s. Jika tidak mampu, maka bangkitlah pada pertengahanya dan jika tidak mampu, maka bangkitlah pada sebelah awalnya. Solatlah empat rakaat, bacalah Surah Yaasin pada rakaat pertama, al-Dukhan pada rakaat kedua, al-Sajadah pada rakaat ketiga dan Tabarak pada rakaat keempat. Semuanya dibaca selepas al-Fatihah. Apabila selesai membaca tasyahud (takhiyat akhir) maka, pujilah Allah SWT dan berselawatlah ke atas Nabi Muhammad ShallAllahu ‘alaihi wasallam dan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan orang yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah SWT. Akhirnya bacalah doa di atas.”  (Hadis Riwayat Tarmizi)

.

.

.

C)  Doa Sebelum Memulakan Mentelaah Pelajaran

 .

Sebelum memulakan pelajaran, bolehlah dimulakan dengan potongan ayat Al-Quran berikut. Insyallah, segala yang dipelajari akan mudah diingat dan mendapat keberkatan Allah SWT.

.

.

Penutup

Doa yang dipohon adalah sebagai tanda kebergantungan kita terhadap Allah SWT dan menginsafi serta menyedari diri manusia sangat lemah dan tidak mampu untuk menunaikan segala keperluan hidup. Dengan tips dan doa-doa di atas, diharapkan semoga Allah SWT akan meredhai dan memberkati semua calon seterusnya menganugerahkan kejayaan setimpal dengan usaha yang telah dicurahkan.

.

لله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Tips Doa Mengulangkaji Pelajaran  (Klik Di Sini)
  2. Doa-Doa Sewaktu Mengambil Peperiksaan  (Klik Di Sini)
  3. Doa Ibu Bapa Untuk Anak Sedang Ambil Peperiksaan  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

.

By; shafiqolbu

.

6 responses to this post.

  1. Posted by amoba1331 on 08/10/2012 at 10:07 pm

    Assalamu’alaikum ustaz, maafkan jika saya yg tersilap. Saya rasa versi jawi ‘istighfar dan doa mohon keampunan’ di atas ada yg tertinggal. Mudah2an usaha murni ustaz ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah Subhanahu wata’ala. Al-fatihah.. Amin..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Jazaakillaahu Khairan Katsiran..

      Sebenarnya Ana sengaja memendekkan istighfar tersebut, tapi bila terjemahannya tertaip seperti maksud kebiasaan. Bagi mengelakkan kekeliruan Ana telah melengkapkannya. Walau bagaimanapun ianya tidak menjadi kesalahan kerana Rasulullah SAW pernah berwasiat kepada Saiyidina Ali, supaya dikasihi Allah; Baca kalimah ini 25 kali:

      أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيْعِ اْلمُسْلِمِيْنَ وَاْلمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَاْلمُؤْمِنَاتِ اْلاَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَاتِ

      “Daku mohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung, bagiku dan bagi dua ibu bapaku, juga seluruh kaum muslimin dan muslimat, mukiminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.”

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  2. Posted by amoba1331 on 12/10/2012 at 9:22 am

    Terima kasih atas penjelasan yg telah menambahkan ilmu saya yg da’if ini. Allah sahaja yg akan membalas usaha murni ustaz berkongsi kandungan blog ini. InsyaAllah..

    Reply

  3. Posted by nina97 on 09/02/2013 at 3:49 pm

    mohon untuk copy paste..syukran ya ustaz

    Reply

  4. Posted by rohani on 08/10/2013 at 10:50 pm

    Tahniah kepada al fadhil ustaz atas usaha ini, mohon izin dikongsikan dengan anak-anak pelajar kat sekolah ana, terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: