Amalan Ibu Datang Haid Ketika Anak Ambil Peperiksaan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Islam tidak membataskan muslimah berhenti beramal hanya disebabkan didatangi haid. Terlalu banyak amal-amalan yang boleh dilakukan oleh si ibu yang datang haid, khusus untuk anak-anak semasa mereka menjalani peperiksaan.

.

A)    Amalan Ibu Datang Haid

Antara amalan yang boleh dilakukan untuk membantu anak menghadapi peperiksaan adalah:-

.

1)     Beristighfar seberapa banyak yang boleh

2)     Memperbanyakkan Zikir kepada Allah SWT.

3)     Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)

4)     Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.

5)     Berdoa ~ doalah apa saja untuk si anak, contohnya  seperti:

.

.

 .

B)     Amalan Zikir Asmaul Husna Ibu Bapa Untuk Anak-Anak

Antara Zikir Asmaul Husna yang boleh dilakukan untuk membantu anak menghadapi peperiksaan adalah:-

.

1)    يَاعَلِيُّ  Ya Aliyy’  (Yang Maha Tinggi/Teratas) ~ (Tuliskan  ( اَلْعَلِيُّ ) 100x atas kertas, rendam & beri anak minum. InsyaAllah dapat menajamkan fikiran dan mencerdaskan minda anak.

.

2)    يَامُقِيْتُ  Ya Muqit’ (Maha Menjaga /Mencukupkan) ~ Bacakan pada air dan diberi kepada anak minum. InsyaAllah anak akan berperangai baik.

.

3)     Amalkan Asmaul Husna berikut dan tiupkan ke kepala semasa anak-anak tidur.

.

4)     Ibu / ap abaca asma di atas dan tiupkan pada air minuman lalu diberi si anak minum.

.

5)     Letak tangan kanan di atas kepala anak-anak yang hendak ke sekolah dan bacakan 5 Asma di atas; Doakan semoga anak menjadi bijak, cerdas, terang hati,  mudah mengingat pelajaran, dapat menjawab soalan dengan baik dan sebagainya. Tiup di kepalanya.

.

6)     Bacakan Asmaul Husna berikut;

Letak tangan pada tengkuk anak sebelum ke sekolah, InsyaAllah terpelihara daripada sebarang perlakuan buruk.

.

7)     يَابَرُّ  ‘Ya Barr’   (Wahai Yang Maha Bagus /Dermawan) ~ Bacakan pada si anak. InsyaAllah dijauhkan daripada sebarang kemalangan atau kecelakaan.

         .

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Doa Ibu Bapa Untuk Anak Sedang Ambil Peperiksaan  (Klik Di Sini)
  2. Doa-Doa Sewaktu Mengambil Peperiksaan  (Klik Di Sini)
  3. Tips Doa Persediaan Mengulangkaji Pelajaran  (Klik Di Sini)
  4. Tips DUIT Bagi Mendapat Kejayaan Dalam Peperiksaan  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

By; Shafiqolbu

.

Advertisements

3 responses to this post.

  1. Posted by Pn Nora on 13/10/2012 at 9:22 am

    Assalamualaikum wbt..ustaz blh kh sy copy n paste ayat يَاعَلِيُّ dan ‘Ya Muqit’ sebnyk 100 kali utk diberi minum pd ank2 sy..atau adakh tulisan sendiri tu lbh baik?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Adalah lebih berkesan jika menulisnya pada pinggan putih menggunakan lidi berdakwatkan zafaron atau madu kemudian larutkan dengan air zam-zam atau mineral water dan didoakan lalu diberi minum sambil menyuruh si anak berselawat. InsyaAllah berkesan…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  2. Posted by jariah on 15/12/2016 at 8:55 am

    Assalamualaikum….mohon izin share doanya. Moga dipermudahkan segalanya. Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: