Berkat Haji Si Tukang Kasut

بِسۡـــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيـــــمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.

Kisah berikut adalah versi kedua daripada Siri Kisah Dan Tauladan sebelum ini yang bertajuk: Perbualan Dua Malaikat Ketika Menunaikan Haji  (Klik di sini)

.

Diceritakan bahawa seorang ulama sufi bernama Abdullah bin Mubarak telah melihat sesuatu yang aneh di dalam mimpinya. Abdullah tertidur semasa beriktikaf di Masjidil Haram pada suatu musim haji. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu dengan malaikat yang memberitahunya bahawa ibadah haji umat Islam tahun itu diterima Allah hanya kerana kebaikan seorang tukang kasut.

Setelah terjaga dari tidurnya Abdullah Mubarak berasa gelisah dengan mimpi itu dan betapa ingin tahunya dia siapakah yang diceritakan malaikat dalam mimpinya itu, lalu beliau bertolak ke Damsyik. Itulah tempat yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Beliau ingin mencari seorang lelaki tukang kasut bernama Muwaffaq’ nama yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya.

Muwaffaq’ telah melakukan amal kebaikan yang terlalu tinggi darjatnya sehingga melimpahkan keberkatan yang sangat luar biasa. Allah SWT sangat menyukai kebaikkan yang telah diperbuat oleh si tukang kasut bertuah itu. Menurut mimpi Abdullah itu, berkat daripada amalan yang dilakukan oleh Muwaffaq’ menyebabkan ibadah haji seluruh umat Islam tahun itu diterima Allah SWT.

.

 .

Abdullah Mubarak Bertemu Muwaffaq Si Tukang Kasut

 .

Sebaik sahaja sampai, Abdullah tidak bercakap banyak teruskan bertanya Muwaffaq’ jika ada sesuatu kebaikan besar yang dilakukan beberapa hari yang lalu.

 .

“Aku tidak tahu kebaikan apa yang engkau maksudkan. Barangkali tentang sedekah yang aku lakukan beberapa hari yang lalu,” kata Muwaffaq’, memberitahu Abdullah bin Mubarak yang baru muncul di hadapannya.

“Apakah yang engkau sedekahkan?” Tanya Abdullah.

“Aku berikan sejumlah wang kepada seorang janda.” Jawab Muwaffaq’.

“Itu sahaja?” Tanya Abdullah lagi.

“Wanita itu memelihara beberapa orang anak yatim.” Jelas Muwaffaq’.

“Dan wang aku sedekahkan itu adalah wang aku yang telah bertahun-tahun aku simpan untuk pergi menunaikan haji.” Tambah Muwaffaq’.

“Berat benarkah masalah wanita itu sampai kau berikan semua wangmu kepadanya?” soal Abdullah lagi.

Seraya menarik nafas dan menghelakannya, dengan tenang Muwaffaq pun bercerita; “Suatu hari aku ke rumah wanita itu untuk meminta sedikit makanan yang sedang dimasaknya. Isteriku yang sedang hamil mahu menikmatinya setelah terhidu baunya yang menyelerakan, tetapi rupa-rupanya makanan yang dimasak itu hanya boleh dimakan oleh wanita itu dan anak-anak yatimnya sahaja.”

Abdullah bin Mubarak sedikit hairan.  “Kenapa begitu?”

“Kau tahu apa yang dimasak oleh wanita janda itu?” Tanya Muwaffaq’ menduga.

“Dia memasak sedikit daging yang diambil daripada bangkai seekor keldai yang ditemuinya. Sekadar mengalas perut kerana sudah berhari-hari anak-anaknya tidak makan. Daging itu sudah tentu tidak halal bagiku. Tetapi bagi anak-anak yatim yang kelaparan itu ia diharuskan.”

“Aku sungguh malu pada diriku sendiri. Lalu aku pulang ke rumah dan mengambil semua wang yang selama ini aku simpan untuk belanja menunaikan haji. Aku berikan semua wang tersebut kepadanya buat membeli makanan dan menyara keperluannya anak-beranak. Berdiri di hadapan rumah wanita itu, aku berkata kepada diri…  di sinilah hajiku.”  Muwaffaq’ menjelaskannya dengan sepenuh keinsafan.

 .

“Inilah kebajikanmu yang telah mendapat nilaian tinggi di sisi Allah SWT. Bertanggungjawab serta keikhlasan dan kesungguhanmu dalam mengharapkan keredhaan Allah SWT, turut dinikmati rahmat dan berkatnya oleh orang lain.”  Ulas Abdullah bin Mubarak sambil menahan rasa terharunya.

.

.

*Kesimpulan

Kisah di atas, menceritakan betapa hati yang mulia dan baik selalu mendapatkan tempat yang mulia di sisi Allah. Hati yang baik membawa pemiliknya kepada perbuatan yang baik dan terpuji. Hati yang baik mendatangkan pahala dan kurnia Allah SWT tidak hanya untuk individu tersebut, namun juga untuk seluruh umat manusia. Benarlah kata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam; “Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging, kalau daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota tubuh.”

Hati yang baik bukanlah sekadar kurnia dari Allah yang diberikan kepada orang-orang tertentu saja, namun hati yang baik juga boleh didapati dengan latihan dan pendidikan. Salah satu cara untuk mendapatkan hati yang baik adalah dengan sentiasa menjalin perhubungan hati dan Allah SWT. Allah adalah zat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, maka siapapun yang selalu berkomunikasi kepadaNya akan mendapatkan pancaran dan nikmat kebaikan. Semoga kita dikurniakan hati yang baik.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

~Shafiqolbu~

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: