Si Gadis Mimpi Jumpa Ibu Dalam Neraka

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Diceritakan kisah berikut berlaku ketika di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Suatu ketika datang seorang gadis menemui Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam saku bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم menegurnya; “Wahai anakku! Kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”

Gadis malang itu pun menceritakan hal yang berlaku padanya; “Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.”

“Jika tidak menjadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.” Rasulullah صلى الله عليه وسلم mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

Jawab gadis tadi. “Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.”

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

Seterusnya menyambung ceritanya; “Kemudian aku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir, yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.


Lantas aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi (Telaga Kautsar). Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.

 

Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah! Ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.”

 

Dan dijawab oleh ayahku; “Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.”

 

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa kamu ya Rasulullah.”

.

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah صلى الله عليه وسلم kemudian meletakkan tongkat Baginda ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah Ta’ala. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, “Wahai anakku! Pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.”

.

Keinsafan daripada cerita ini, marilah kita mendidik jiwa agar menjadikan amalan bersedekah  sebagai suatu yang suci murni lagi terpuji di samping keperihatinan kita dengan nasib dan kesusahan orang lain seperti mana yang amat dituntut oleh Islam.

Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tiga perkara aku bersumpah menegaskan kebenarannya iaitu tiadalah berkurangan harta seseorang disebabkan bersedekah. Tiadalah seseorang yang dizalimi itu bersabar, melainkan Allah SWT menambahkan dia kemuliaan. Dan tiadalah seseorang memulakan sesuatu cara meminta sedekah, melainkan Allah SWT membukakan kepadanya pintu kepapaan. Aku menerangkan kepada kamu satu hadis pengajaran untuk dijadikan ikhtibar.”   (Hadis Riwayat Abu Kabsyah al-Anmari r.a.)

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

Advertisements

4 responses to this post.

  1. Posted by halmi on 02/11/2012 at 11:47 am

    Ustaz, di tempat saya setiap Jummat terlalu ramai peminta sedekah sehingga ada antara mereka yang bertahun tahun berada disini. Ada yand meminta sejak anak kecil sehingga membesar akil baligh tapi masih meminta sedekah. Apakah golongan seperti ini patut ditolong juga?

    Reply

  2. Posted by hisham on 03/11/2012 at 9:08 am

    Yup

    Reply

  3. […] Si Gadis Mimpi Jumpa Ibu Dalam Neraka (Klik Di Sini) […]

    Reply

  4. Posted by nur akhmal on 25/07/2013 at 6:05 am

    Salam mohon share kat fb.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: