Doa Menyambut Jemaah Haji

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Di antara akhlak mulia yang ada pada diri Rasulullah صلى الله عليه وسلم ialah sikap amat suka memberi kegembiraan kepada orang  lain, termasuklah mendoakan orang.

Banyak hadis yang menceritakan tentang akhlak mulia Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan salah satu daripadanya ialah mengenai kesukaan Baginda mendoakan orang yang baru selesai mengerjakan ibadat haji.

.

Imam As-Suyuti dalam buku al-Fatawanya merakamkan sebuah riwayat Ibnu as-Sunni dan At-Thabarani yang menceritakan: “Seorang pemuda datang kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan berkata: sesungguhnya aku berhaji, lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم berjalan bersamanya, dan berkata: “Wahai pemuda, semoga Allah membekalkan kamu dengan ketakwaan, dan menunjukimu kepada kebaikan serta menhindarimu dari kesedihan.”, Dan apabila pemuda tersebut pulang dia mengucapkan salam kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, maka Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: Wahai pemuda, semoga (Allah) menerima  ibadat hajimu dan mengampunkan dosamu, serta mengganti semula perbelanjaanmu.”

 .

Doa Kepada Jemaah Haji

.

Said bin Mansur menyatakan, bahawa apabila orang yang baru pulang daripada menunaikan haji bertemu dengan Abdullah bin Umar, dan beliau mengucapkan kepada orang yang kembali dari haji:

Doa Menyambut Kepulangan Jemaah Haji 1 .

.

Al-Mausu’ah Fiqhiyyah: ulama Syafi’iyyah berpendapat dianjurkan ucapan kepada orang yang berhaji atau umrah:

Doa Menyambut Kepulangan Jemaah Haji 2 .

.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم suka mendoakan orang yang baru kembali menunaikan Ibadat Haji adalah sebagai tanda kecintaan terhadap orang Islam yang telah menjadi tetamu Allah Ta`ala dan mendapat limpah kurniaNya dalam melaksanakan rukun Islam.

.

Dia juga dianggap sebagai orang yang baru dilahirkan tanpa dosa sekiranya hajinya itu mabrur. Orang seperti ini memang sudah selayaknya diberi kegembiraan dengan menyambut kepulangannya dengan sambutan yang boleh menggembirakannya sebagaimana yang dilakukan Baginda صلى الله عليه وسلم.

.

Mereka pasti merasa gembira kerana telah berjaya menempuh perjalanan yang dipenuhi dengan berbagai cabaran dan dugaan kerana telah selamat menyempurnakan Ibadat Haji. Manakala masyarakat Islam dan  keluarga mereka turut merasa gembira kerana telah dapat bertemu semula selepas sebulan pergi meninggalkan  mereka menjadi tetamu Allah SWT di tanah suci.

.

Sesuai dengan dasar pengamalan dalam Islam bahawa pada diri Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu terdapat contoh teladan yang terbaik, maka eloklah bagi setiap orang Islam yang menyambut atau baru bertemu dengan orang yang baru kembali daripada menunaikan Ibadah Haji supaya mendoakan mereka dan bersikap sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

.

.

3 Perkara Yang Perlu Dilakukan

Ketika menyambut kepulangan jemaah haji, adalah sunat melakukan tiga perkara berikut :

  1.  Mengucapkan salam kepada mereka,
  2.  Menjabat tangan mereka dan bertanyakan khabar.
  3.  Sebelum jemaah memasuki rumah, mintalah kesudian mereka agar mendoakan dosa-dosa kita diampunkan.

.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Apabila kamu bertemu orang haji (yang baru pulang haji), maka bersalamlah dan berjabat tanganlah dengannya dan suruhlah dia berdoa memohon keampunan untuk dirimu sebelum dia masuk ke rumahnya, maka sesungguhnya dia itu telah mendapat keampunan Allah Taala (doanya dikabulkan).” Doa yang dibacakan seperti berikut: ‘Allahumagfir lilhajji Walimanistagfaralahulhaj’. Maksudnya, “Ya Allah berikanlah keampunan kepada orang yang mengerjakan haji dan kepada mereka yang dimohonkan ampun oleh orang yang haji.” (Riwayat Ahmad)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: