Bersikap Jujur, Betul Dan Benar Dalam Dakwah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Jauhi sangka buruk, mengumpat dan mencari kesalahan orang lain

“Apakah ‘din’ itu?” Baginda SAW menjawab: “Din itu adalah akhlak yang baik.” Baginda juga pernah ditanya: “Apakah kecelakaan itu?” Baginda menjawab: “Kecelakaan itu ialah akhlak yang buruk.”

Soalan:

Saya bukanlah orang yang faham sangat mengenai agama tetapi saya rasa kurang senang dengan gelagat sebahagian pendakwah Islam yang saling mencaci dan mengkafirkan orang lain sehinggakan pengikutnya juga menggunakan bahasa kasar terutama dalam perkara yang mereka tidak bersependapat. Sepatutnya pendakwah mesti menunjukkan akhlak yang baik supaya menjadi ikutan masyarakat. Mohon dijelaskan apakah akhlak yang patut ada pada setiap Muslim terutama pendakwah.

SULAIMAN,
Alor Setar, Kedah.

.

Jawapan:

 

Sememangnya akhlak mulia adalah matlamat asas bagi risalah Islam. Ini telah dinyatakan Rasulullah SAW dalam hadis: “Sesungguhnya aku diutuskan hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Ahmad dan lain-lain).

“Apakah ‘din’ itu?” Baginda SAW menjawab: “Din itu adalah akhlak yang baik.” Baginda juga pernah ditanya: “Apakah kecelakaan itu?” Baginda menjawab: “Kecelakaan itu ialah akhlak yang buruk.”

Antara akhlak yang patut ada bagi setiap Muslim, hendaklah bersifat warak daripada melakukan perkara subahat. Seorang Muslim mestilah menjauhi diri daripada melakukan perkara haram dan berjaga-jaga daripada melakukan perkara subahat.

Rasulullah SAW bersabda: “Perkara yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas tetapi antara kedua-duanya ada perkara subahat yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang.”

Kedua, hendaklah menunduk pandangan daripada perkara yang diharamkan Allah SWT kerana pandangan itu akan menimbulkan syahwat serta mendorong seseorang terjatuh ke dalam maksiat dan dosa.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Katakanlah kepada orang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan.” (Surah An-Nur, ayat 30)

Memelihara lidah

Ketiga, memelihara lidah daripada percakapan kotor, kalimah dan ibarat keji, cakap kosong, mengumpat dan mengadu-domba. Rasulullah SAW bersabda: “Tidakkah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?” (Riwayat at-Tirmizi).

Keempat, malu dalam semua keadaan. Tetapi sifat malu itu tidaklah menghalangnya daripada memperkatakan kebenaran. Ulama menyebut: “Sifat malu pada hakikatnya ialah sesuatu sifat yang mendorong seseorang meninggalkan perkara yang buruk dan menghalangnya daripada mencuaikan hak orang lain.”

Lemah lembut

Kelima, sifat lemah lembut dan sabar kerana amal Islam penuh dengan perkara yang tidak digemari, demikian juga perjalanan dakwah penuh dengan kesukaran, penyeksaan, penindasan, tuduhan, penghinaan dan pandang rendah. Oleh itu, jelaslah bahawa tugas seorang pendakwah amat sukar kerana ia bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada semua manusia.

Jujur Dan Tawaduk

Keenam, hendaklah bersifat betul, jujur dan mengatakan sesuatu yang benar serta tidak takut dengan celaan manusia demi kepatuhan kepada Allah.

Ketujuh, tawaduk kepada sesama Muslim serta menghindari sifat takbur dan bangga diri.

Menghindari Buruk Sangka

Kelapan, menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mencari kesalahan orang lain.

Kesembilan, bersifat pemurah, mengorbankan diri dan harta pada jalan Allah.

Kesepuluh, menjadi ikutan orang lain atau ‘Qudwah Hasanah’ iaitu segala tindak-tanduknya menjadi terjemahan prinsip Islam. Demikianlah beberapa akhlak yang disebut oleh Syeikh Fathi Yakan dalam kitabnya ‘Maza Ya’ni intima’I lil Islam’.

.

Zahazan Mohamed

B.Harian 111112

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

.

 

One response to this post.

  1. Posted by hamba allah on 27/11/2012 at 12:28 am

    assalamualaikum. saya agak baru bagi shafiqolbu. saya nak bertanyakan soalan mengenai kemaafan diantara manusia di bahagian mana patut saya rujuk. berkaitan patut/ wajarkah berkaitan dengan meminta maaf dan juga memaafkan sesorang yang membelenggu sekian lama.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: