Mengutamakan Tangan Sebelah Kanan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

kanan.

Nabi Muhammad adalah contoh tauladan terbaik dalam segala aspek cara kehidupam seseorang Muslim sama ada dari segi tutur kata, tingkah laku serta ibadahnya. Baginda  mengajar kita adab sopan yang membezakan kita dengan penganut agama lain.

 

Masih ramai lagi yang terkeliru dalam konsep penggunaan anggota tangan mereka. Kanan menunjukkan makna yang baik. Rasulullah mengutamakan dan menyukai memulakan yang kanan sebelum yang kiri, dalam kesemua urusan Baginda, baik dalam bersedekah, bersuci, berwuduk, memakai pakaian, menyikat rambut, termasuk ketika mengambil dan memberi sesuatu, serta sewaktu makan dan minum.

Dari ‘Amr bin Abu Salamah radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah bersabda kepadaku:  ”Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu…” (Muttafaq ‘alaih)

.

.

A. Dua Golongan Umat Manusia Di Akhirat Kelak

Al-Quran sebagai sumber hukum Islam, ada menyebut di akhirat kelak orang yang menerima buku amalnya melalui tangan kanan menunjukkan ia bakal menjadi penghuni syurga dan begitulah sebaliknya.

.

Pertama ~ Golongan yang menerima buku catatan amalnya dengan tangan kanan.

Golongan pertama ini sangat sinonim dengan orang-orang baik, taat kepada Allah Azza wa Jalla, dan memperoleh keselamatan, kebahagiaan, kenikmatan dan kejayaan di akhirat kelak. Betapa gembiranya mereka atas hasil catatannya yang baik, mereka mahu menunjukkannya kepada orang lain.

Firman Allah SWT:

فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاۤؤُمُ اقْرَءُواْ كِتَابِيَهْ.

“Adapun orang-orang yang diberikan Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): “Ambillah! Kamu bacalah Kitab amalku ini!” (Surah Al-Haqqah 69: Ayat 19)

.

Kedua ~ Golongan yang menerimanya dengan tangan kiri.

Mereka ini kumpulan orang yang dirundung malang, bersedih dan penuh menyesal dengan perasaan hati yang hancur luluh kerana buruknya catatan yang terkandung di dalam kitab amalan mereka.

.

Firman Allah Azza wa Jalla:

وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِشِمَالِهِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُوتَ كِتَابِيَهْ.

“Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku (ini).” (Surah Al-Haqqah 69: Ayat 25)

.

Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah mengkiaskan kejadian di atas seperti hari penerimaan kad laporan pelajar di sekolah. Dapat disaksikan apabila pelajar menerima laporan dengan keputusan yang baik, maka ia akan menunjukkannya kepada rakan-rakan dan keluarganya. Berbeza dengan pelajar yang tidak lulus, maka ia akan berteka-teki mengenai laporan tersebut, apatah lagi tidak mahu orang lain melihatnya.

.

.

B. Penggunaan Tangan Kanan Dan Kiri

.

1.     Tangan Kanan Untuk Perkara-Perkara Baik

Mulianya penggunaan yang kanan daripada kiri maka Islam menyarankan kita mendahulukan anggota kanan ketika melakukan segala perkara yang baik dan dalam sesuatu hal kebajikan. Rasulullah telah memberikan contoh bagi umatnya agar menyukai, menggunakan dan mendahulukan tangan kanan (bahagian anggota tubuh sebelah kanan) dalam perkara-perkara baik atau penting.

.

2.     Tangan Kiri Untuk Perkara-Perkara Buruk Dan Kotor

Contoh panduan daripada Rasulullah mengenai tangan kiri, Baginda menggunakannya untuk hal-hal yang bersangkut-paut dengan mencuci kotoran atau membersih najis. Aisyah Radhiyallahu’ anha menceritakan perihal kaedah ini:

كانت يد رسول الله صلى الله عليه وسلم اليمنى لطهوره وطعامه وكانت يده اليسرى لخلائه وما كان من أذى

“Bahawa tangan kanan Rasulullah dipergunakan dalam bersuci dan makan. Adapun tangan kiri, digunakan untuk membersihkan bekas kotoran dari buang hajat dan perkara-perkara yang najis (najis).” (Hadis sahih riwayat Abu Daud)

.

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata: “Disunnahkan menggunakan tangan kanan dalam perkara-perkara yang mengandungi segi kemuliaan. Dan sebaliknya, menggunakan tangan kiri dalam urusan yang mengandungi keburukan.”

.

.

C. Dalil Mendahulukan Anggota Kanan

Terdapat banyak riwayat dan hadis mengenai penggunaan tangan kanan atau mendahulukan anggota tubuh sebelah kanan, di antaranya:

.

1. Bersuci

Daripada Aisyah Radhiyallahu’ anha, katanya:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ التَّيَمُّنَ فِى شَأْنِهِ كُلِّهِ فِى نَعْلَيْهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُوْرِهِ

“Rasulullah lebih suka mendahulukan yang sebelah kanan dalam segala urusan (perbuatan) seperti memakai sandal, bersikat, dan bersuci.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Dalam bab bersuci seperti berwudhu dan mandi hadas besar, terlebih dahulu hendaklah dimulakan dengan anggota tubuh bahagian kanan iaitu dimulai tangan kanan, telinga dan kaki kanan dan baru diikuti anggota tubuh bahagian kiri.

.

.

2. Memakai Pakaian

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda:

إذا لبستم وإذا توضأتم فابدءوا بأيامنكم

“Jika kamu akan mengenakan pakaian dan berwudhu, mulakan dengan sebelah kanan kamu.” (HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi dengan sanad shahih)

.

.

3. Menyikat Rambut

Rambut Rasulullah kadang-kadang sampai ke cuping telinga. Kadang-kala rambut Baginda sampai mengenai bahu. Dengan rambut seperti ini, Baginda selalu menitik-beratkan kebersihan dan keindahannya. Baginda menyikat dan meminyaknya sehingga nampak bersih dan kemas. Tidak kotor terkena debu atau menjadi sarang kutu hingga mengakibatkan rambut menjadi jijik dipandang.

Dalam menyikat dan meminyak rambut, Baginda memulakannya dari sebelah kanan. Hal ini sesuai dengan kandungan hadis ‘Aisyah Radhiyallahu’ anha:

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعجبه التيمن وفي شأنه كله, في طهوره وترجله و تنعله

“Rasulullah lebih suka menggunakan sebelah kanan dalam urusan-urusan beliau; dalam bersuci, menyikat dan memakai sandal.” (HR. al-Bukhari Muslim)

.

.

4. Mencukur Rambut

Sehubungan dengan mencukur rambut, terdapat penggunaan Rasulullah untuk meminta tukang gunting untuk memulakan guntingan rambut dari sebelah kanan kepala.

Dari Anas Radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah (dalam musim haji) pergi ke Mina. Kemudian Baginda melontar jumrah. Setelah itu, kembali ke tempat menginap di Mina dan menyembelih haiwan unta. Kemudian, Baginda berkata kepada tukang gunting, “Ambil sini (dulu).” Baginda menunjuk bahagian kanan kepala dan diteruskan dengan bahagian kiri kepala …. (Muttafaqun ‘alaih)

.

.

5. Makan Dan Minum

Pada masalah ini, ketegasan penggunaan tangan kanan dari Rasulullah telah dilupakan oleh sebahagian kaum Muslimin. Ramai yang lebih mengutamakan tangan kiri misalnya ketika mengambil makanan dan menyuapnya, mahupun ketika menegukkan air dari sebuah gelas ke mulut.

Menggunakan tangan kiri untuk makan dan minum termasuk kebiasaan makhluk terlaknat, syaitan. Dan kaum Muslimin diperintahkan menjauhi perilaku dan langkah-langkah makhluk sumber keburukan itu.

Rasulullah mengingatkan:

إذا أكل أحدكم فليأكل بيمينه وإذا شرب فليشرب بيمينه فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله

“Jika salah seorang dari kamu akan makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)

.

Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah mengatakan, apabila kamu melihat dua orang, salah satu dari mereka makan dan minum dengan tangan kanan dan yang lain menggunakan tangan kirinya, maka orang pertama yang menjalankan petunjuk Nabi dan orang kedua berada di atas penggunaan syaitan. Apakah ada seorang Muslim yang berkenan mengikuti petunjuk syaitan dan mengenepikan penggunaan Rasulullah ?

Oleh itu, Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah berpesan, orang tua wajib mengajar anak-anaknya agar makan dan minum dengan tangan kanan.

.

.

6. Menyarung Selipar / Kasut

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu.

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إذا انتعل أحدكم فليبدأ باليمين وإذا نزع فليبدأ بالشمال ….

Bahawasanya Rasulullah bersabda: “Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. tetapi jika membukanya, yang kiri pula dibuka dahulu. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka.” (Muttafaqun alaihi)

.

.

7. Memandikan Jenazah

Disebutkan dalam riwayat, kaum wanita menghadiri pemandian jenazah puteri Rasulullah Zainab, mereka mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri, kaki kanan daripada kaki kiri, sisi kanan berbanding sisi kiri, kerana Rasulullah telah berpesan kepada mereka:

ابدأن بميامنها ….

“Mulakan dengan anggota-anggota badan sebelah kanan.” (Muttafaqun ‘alaih)

.

.

Selain urusan-urusan di atas, masih banyak lagi perkara yang mesti dikerjakan dengan tangan kanan. Imam an-Nawawi rahimahullah telah menjelaskan secara terperinci dalam kitab Riyadhush Shalihin. Perkara-perkara tersebut adalah seperti memakai seluar, memasuki masjid, bersiwak, bercelak, memotong kuku, cukur misai, mencabut bulu ketiak, berjabat tangan, memegang Hajar Aswad, menyerahkan dan menerima sesuatu, keluar dari bilik mandi dan lain-lain lagi.

.

.

D. Memakai Jam Tangan

Sebahagian orang beranggapan, pemakaian jam tangan lebih baik di tangan kanan. Mereka bersandarkan alasan Rasulullah menyukai sebelah kanan. Pendapat ini tidak sepenuhnya betul kerana Rasulullah dahulu kadang-kala mengenakan cincin di tangan kiri dan mempunyai persamaan dengan pemakaian cincin. Atas dasar itu, Syaikh al-‘Utsaimin memandang permasalahan ini sebagai longgar. Tiada pengutamaan pemakaian di tangan kanan daripada tangan kiri. Ianya boleh dipakai di tangan kanan atau kiri. Tidak ada masalah.

.

.

E. Penutup

Umat Islam dilarang menggunakan tangan kiri semasa makan atau minum kerana perbuatan itu melambangkan sikap orang yang sombong.

.

Daripada Salmat Al-Akwaa’, seorang lelaki makan di sisi Rasulullah dengan tangan kirinya lalu Baginda menegurnya dengan bersabda: “Makanlah dengan tangan kananmu.” Lelaki itu menjawab: “Aku tidak berupaya berbuat demikian.” Baginda bersabda lagi: “Kamu tidak berupaya? Sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong.” Salmat berkata: “Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanan ke mulutnya (cacat selamanya).” (Hadis rimayat Muslim)

.

Seseorang Muslim telah mempunyai identiti diri yang mulia kerana segala tindak tanduknya berlandaskan pada Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad .. Baginda mengajak umat menuju kepada kesempurnaan adab. Tidak sepatutnya perkara-perkara seperti ini dipandang ringan kerana ianya sebahagian daripada kehidupan dan agama Islam itu sendiri.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Petikan oleh; shafiqolbu

sign s

.

 

3 responses to this post.

  1. […] « Mengutamakan Tangan Sebelah Kanan […]

    Reply

  2. […] 2)     Minum dengan menggunakan tangan kanan. […]

    Reply

  3. […] 2)     Minum dengan menggunakan tangan kanan. […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: