Larangan Kelirukan Ungkapan ‘Halal’ Mulai 1 Januari 2013

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Logo Halal JAKIM Malaysia.

Mulai 1 Januari ini, di seluruh Malaysia, logo dan ungkapan halal seperti perkataan ‘ditanggung halal’, ‘makanan orang Islam’, ‘buffet Ramadan’ dan lain-lain lambang Islam yang boleh mengelirukan serta memperdayakan orang Islam adalah dilarang.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, mulai 1 Januari 2013 tindakan akan diambil ke atas semuan pihak, terutama syarikat pengeluar, pengedar makanan atau barang-barang yang masih menggunakan logo dan ungkapan halal bukan daripada Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

 .

“Sebuah pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.”

“Pihak selain dari pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

 .

Tambah Othman, “Makanan dan barang-barang import yang hendak diperihalkan sebagai halal hendaklah menggunakan logo atau nama badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM di negara pengeluar masing-masing.”

Katanya, “Penguatkuasaan larangan itu berikutan tempoh peralihan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang diberikan selama setahun akan tamat pada 31 Disember ini. Perintah ini telah memberikan tempoh peralihan dan nasihat selama satu tahun, sejak 1 Januari 2012 kepada semua makanan atau barangan yang telah berada di pasaran.”

“Justeru Jakim mengingatkan pihak industri supaya lebih bersedia dan peka dengan pensijilan halal Malaysia dari semasa ke semasa.”

“Jakim juga berharap supaya orang ramai dapat memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat sekiranya berlaku penyalahgunaan logo halal,” katanya.

 .

Bagi Ana, tempoh setahun yang diberikan kerajaan kepada pelbagai pihak terlibat seperti premis menjual makanan, pengimport serta pengilang barangan makanan sudah memadai dan lebih daripada mencukupi dalam membuat persediaan penggunaan logo halal yang diperakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk barangan masing-masing.

Pihak-pihak berkenaan sudah sewajarnya menggunakan tempoh berkenaan dalam memastikan pematuhan tersebut, jika mereka lebih peka dan sensitive terhadap soal halal haram makanan bagi umat Islam yang merupakan pengguna terbesar di negara kita.

Justeru, mulai 1 Januari ini, tiada lagi alasan oleh pemilik restoran, pengilang makanan dan sebagainya untuk menggunakan logo halal atau ungkapan yang merujuk kepada status halal makanan di premis atau bungkusan produk yang mereka keluarkan. Ini kerana tempoh peralihan setahun yang diberikan adalah sudah memadai dan lebih daripada mencukupi.

 .

Sumber :-

Utusan, BERNAMA

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: