Selamat Melangkah Ke Tahun Baru 2013

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

selamat tahun baru 2013 copy.

Pantas sungguh masa berlalu, pejam celik pejam celik, sudah setahun berlalu dan mulai esok kita mula melangkah ke tahun baru 2013 Masihi, menandakan semakin singkatnya usia kita dan semakin hampir dengan ajal yang tidak diketahui bila akan menjemput kita.

.

Maka benarlah hadis daripada Anas Bin Malik bahawa Rasulullah  bersabda :

لا تقوم الساعة حتى يتقارب الزمان وتكون السنة كالشهر ، والشهر كالجمعة ، وتكون الجمعة كاليوم ، ويكون اليوم كالساعة ، وتكون الساعة كالضرمة بالنار

“Tidak akan berlaku hari kiamat sehinggalah masa menjadi sangat singkat, setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam dan sejam seperti percikan nyalaan api.” (Hadis ini dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi)

.

Tahun baru sepatutnya dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang sudah dilalui sepanjang setahun. Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang sesuatu lebih baik untuk tahun seterusnya.

.

Berusaha mengubah kepada lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa. Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna telah mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya.

.

Azam baik tidak seharusnya ditunggu hanya apabila sambutan tahun baru. Setiap masa kita dituntut untuk melakukan sesuatu yang lebih baik berbanding sebelumnya. Tidak dinafikan manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, tapi perlulah bersegera memperbaikinya.

.

Sabda Rasulullah  : “Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan dosa bererti ia membuat noda dengan sebuah titik hitam di dalam hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkan perbuatannya, dan memohon ampun kepada Allah, maka hatinya jernih kembali. Tetapi apabila ia menambah dosanya, maka bertambahlah titik hitam itu hingga menutupi seluruh hatinya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

.

Semoga dengan kedatangan tahun baru 2013 ini, kita dapat membina kekuatan ilmu, jiwa dan iman, seterusnya berjaya melahirkan amal dan tindakan.yang menjadi pemangkin kepada perubahan ke arah suatu yang lebih baik terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara umat Islam. Insyaallah…

.

Kepada semua pembaca Blog Shafiqolbu di seluruh dunia… ana dengan setulus hati mengucapkan:~

SELAMAT TAHUN BARU 2013

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Ikhlas Dari; shafiqolbu

sign s

.

3 responses to this post.

  1. Posted by norshahira solehah on 31/12/2012 at 11:48 pm

    terima kasih atas semua perkongsian ilmu yg amat bermakna..jazakallahu khair

    Reply

  2. Salam… selamat tahun baru 2013… saya selalu melawat blog ni tuk dapatkan maklumat terutama berkenaan solat2 sunat… terima kasih byk2 kepada penulis.. moga terus berkarya untuk berkongsi ilmu dalam penulisan islam….

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Kepada Norshahirah dan Hida..semoga terus menjadi pengunjung setia Blog Shafiqolbu… Khabarkan jugalah kepada sahabat2 lain mengenai blog ini…
      Selamat beramal…

      Jazaakumullahu Khiaran Kathiran…

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: