Pakai Tudung Nampak Comel

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

KASIH AYAH...Lee menyuap keropok kepada anaknya Jing Hwa yang memasuki tahun satu di SK Kampung Tengah, semalam..

KASIH AYAH…Lee menyuap keropok kepada anaknya Jing Hwa yang memasuki tahun satu di SK Kampung Tengah.

.

KUALA TERENGGANU: “Saya tertarik untuk memakai tudung apabila melihat rakan yang bertudung kelihatan cantik, sopan serta tidak perlu mendandan rambut yang pasti mengambil masa lama,” kata Lee Jing Hwa, 7, yang mencuri tumpuan apabila memakai tudung ketika mendaftar sebagai pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Manir, di sini, semalam.

Jing Hwa, satu-satunya pelajar berketurunan Cina di sekolah itu, hadir ke sekolah dengan berbaju kurung dan kelihatan tidak kekok memakai tudung seperti pelajar perempuan Islam.

Bapanya, Lee Chee Peng, 50, berkata, anak perempuannya itu mula memakai tudung sejak berusia lima tahun ketika belajar di Tadika Kemas berhampiran rumahnya di Taman Sri Manir.

Menurutnya, walaupun ada tadika Cina dekat rumahnya, dia memilih menghantar anaknya itu ke Tadika Kemas bagi membolehkannya bergaul dengan kanak-kanak Melayu.

“Saya mahu dia mengalami persekitaran berbeza dan bercampur dengan rakan dari bangsa lain memandangkan negara kita berbilang kaum.”

“Guru di tadika tidak memaksanya memakai tudung, malah membenarkan dia memakai gaun, tetapi dia lebih suka pakai baju kurung dan bertudung kerana baginya nampak lebih comel, katanya yang tidak kisah dengan penampilan anak kelima daripada enam beradik itu.

Menurutnya, semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan supaya mereka menguasai bahasa kebangsaan menerusi pergaulan dengan rakan Melayu.

“Bagi mempelajari bahasa Cina, saya menghantar mereka ke kelas tambahan.”

“Sebelum ini, ramai rakan termasuk keluarga mempertikaikan keputusan saya menghantar anak ke sekolah kebangsaan, tetapi akhirnya mereka faham dan kagum kerana semua anak saya termasuk Jing Hwa dapat bercakap bahasa Melayu dan Cina dengan baik,” katanya.

.

Sumber

.

.

p/s ~ Marilah kita sama-sama mendoakan En.Lee Chee Peng dan adik Lee Jing Hwa sekeluarga…

 

“Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; Dikau berikanlah HidayahMu dan bukakanlah pintu hati mereka sekeluarga untuk menurut JalanMu dan menyertai Agama SuciMu, Islam. Sesungguhnya Dikaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana!”

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

3 responses to this post.

  1. Posted by aini on 02/01/2013 at 10:30 pm

    Ya Allah…. kurniakan mereka sekeluarga dengan hidayah Islam…Amin

    Reply

  2. Posted by faris on 02/01/2013 at 10:43 pm

    Alhamdulillah…………. moga2 ALLAH memberi hidayah n taufik ke atas mereka utk lebih memahami ISLAM.

    Reply

  3. MASYALLAHH… semoga ALLAH memberi hidayah kepada mereka.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: