Membazir Ketika Berwudhuk

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Wudhuk.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ pernah melintasi Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda ﷺ bertanya: “Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?”  Saad bertanya: “Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?”  Baginda ﷺ menjawab: “Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir.”

(Hadis Riwayat Ahmad r.a.)

.

.

Ulasan Hadis:

Melalui hadis ini, jelas kepada kita bahawa Rasulullah ﷺ melarang daripada melakukan pembaziran ketika berwudhuk. Bagaimana pembaziran yang dimaksudkan di dalam berwuduk?

Kebanyakan daripada kita selalu buka pili besar2 sehingga air keluar dengan laju dan deras ketika ambil wuduk, sampaikan basah pakaian. Sepatutnya kita hendaklah mengelakkan pembaziran. Buka air perlahan ketika mengambil wuduk dan insyaALLAH boleh sempurna. Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan!

.

Amalan membazir ini telah dinyatakan dalam Al-Quran dan amat dilarang Allah سبحانه وتعالى hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا ﴿٢٧

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’, ayat 27).

.

Sebenarnya kerana kejahilan, kita tidak rasa kita sedang melakukan dosa. Orang yang membazir termasuk melakukan dosa dan ia sudah pasti menjejaskan tumpuan dan khusyuk ketika solat. Kerana solat yang khusyuk itu bermula daripada keadaan wuduk yang dilakukan dengan baik dan sempurna.

.

Wudhuk sebenarnya untuk membersihkan rohani serta jasmani tetapi jika ketika membersih dalam masa yang sama ‘mengotorkan’ dengan amalan pembaziran dibimbangi akan mengganggu kualiti solat. Kemungkinan antara penyebab kita solat tetapi masih lagi tidak berubah kepada kebaikan adalah kerana perbuatan membazir ini.

.

Sebagaimana yang kita sedia maklum Islam melarang keras umatnya mengamalkan cara hidup membazir dalam semua urusan yang berkaitan dengan penggunaan air, perbelanjaan harta, pengurusan masa dan penggunaan tenaga. Perbuatan membazir adalah tabiat buruk manusia yang sering terjadi apabila mereka dikurniakan rezeki atau nikmat yang banyak.

Secara tidak langsung kita telah menggunakan rezeki yang datang daripada Allah سبحانه وتعالى ini secara tidak wajar dan bukan pada tempat yang sepatutnya.

.

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Justeru, kita hendaklah memerhatikan setiap perbuatan kita, jangan sampai perkara pahala bertukar menjadi haram disebabkan kelalaian kita terhadap urusan agama.

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Cara Dan Doa-Doa Wudhuk  (Klik Di Sini)
  2. Rahsia Di Sebalik Wudhuk  (Klik Di Sini)
  3. Solat Sunat Wudhuk  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: