KJ : Cukai Bantu Negara

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Kastam Malaysia.

Khutbah Jumaat: “Pembayar Cukai Membantu Negara”   

kj pembuka 1

kj cukai 1

kj pembuka 3

.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga ketaqwaan yang ditambah nilai itu, membentuk kita menjadi insan soleh dan mulia. Oleh itu, mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: “PEMBAYAR CUKAI MEMBANTU NEGARA.”

.

.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Sistem ekonomi Islam merupakan sistem yang sempurna kerana ia berteraskan al-Quran dan al-sunnah, Islam telah menetapkan garis panduan dalam kita mencari dan memiliki harta, ada harta yang menjadi hak individu dan hak umum kepada masyarakat. Namun begitu ada juga harta yang menjadi hak milik negara yang mana Pemerintah berhak memungut bayaran secara syar’ie seperti cukai perolehan dari hasil pertanian, perdagangan dan aktiviti industri dan hasil tersebut di belanjakan untuk kemaslahatan negara dan rakyat.

 .

Berdasarkan kepada sejarah Islam bahawa sistem percukaian telah pun wujud. Sebagai contoh dana untuk tadbir urus negara Islam Madinah banyak ditampung oleh sumber lain seperti Jizyah iaitu cukai kepala kepada golongan bukan Islam, Ghanimah iaitu harta rampasan perang, dan Fi’ iaitu harta rampasan perang Islam tanpa berlakunya pertempuran.

 .

Semasa era pemerintahan Sayyidina ‘Umar al-Khattab RA beliau telah mengenakan cukai perniagaan yang dipanggil Usyur sebanyak 10%  kepada peniaga kafir Harbi, 5% kepada peniaga kafir Zimmi dan 2.5% kepada peniaga Muslim. Pengurangan cukai diberikan kepada peniaga Islam kerana mereka sudah mempunyai tanggungjawab membayar zakat perniagaan pada kadar tertentu. Mekanisme cukai yang dibuat ini tidak lain adalah untuk menampung perbelanjaan negara Islam yang semakin mendesak.

 .

Mimbar ingin menyatakan bahawa pengambilan harta secara cukai adalah dibenarkan oleh syarak yang dipungut oleh pemerintah sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah ayat 41:

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٤١

Maksudnya: Pergilah kamu (untuk berperang), dalam keadaan ringan atau berat; dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

.

.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Di negara kita, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berperanan untuk memungut hasil negara dan membantu pihak pemerintah dalam hal berkaitan perkastaman. Sehubungan dengan itu sebagai warga negara yang beriman dan bertanggungjawab, sewajarnya kita sama-sama menghargai dan tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh seluruh warga Kastam diraja Malaysia, yang bukan sahaja memastikan pungutan cukai dan duti kastam tepat, cekap dan berkesan sesuai dengan perkembangan dasar dan strategi percukaian negara. Malahan membantu melaksanakan dasar pembangunan perindustrian dan aktiviti ekonomi negara dalam mempermudahkan urusan perdagangan, perindustrian serta kerjasama serantau dan antarabangsa, serta mempertingkatkan aktiviti mencegah kegiatan penyeludupan barang import dan eksport yang bertentangan dengan kepentingan negara dari segi keselamatan dan perlindungan sosial.

 .

Justeru, marilah kita dengan penuh rasa rendah diri dan tawwaduk memanjatkan doa dan penghargaan yang tidak terhingga ke hadrat ilahi agar Kastam Diraja Malaysia dan warganya secara khusus dan seluruh kaum muslim secara umum akan sentiasa terpelihara dari sebarang mehnah keburukan dan bencana. Biarlah JKDM terus abadi sebagai imej kekuatan, keutuhan, lambang keteguhan negara dan perpaduan populasinya.

Semoga golongan warga yang sanggup berkorban demi mencari keredhaan Allah SWT termasuk di dalam golongan mereka yang mendapat pujian dan kasih sayang Allah sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam al-Quran melalui firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah ayat 111:

 إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚيُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh.

.

.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Mimbar ingin mengingatkan kepada para jemaah dan umat Islam sekalian, dengan kita membayar cukai, sudah pasti hasil pungutan itu dapat diagih dan digunakan untuk memenuhi keperluan asas rakyat seperti makanan, pakaian dan membantu golongan fakir dan miskin, membiayai kebajikan rakyat yang memerlukan, menyedia dan melengkapkan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya. Selain itu, cukai yang dibayar boleh memulih sesuatu situasi selepas rakyat ditimpa bencana seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan juga sebagai keperluan jihad di jalan Allah SWT.

 .

Mimbar ingin menyatakan bahawa membayar cukai sangat berkait rapat dengan sikap amanah. Sifat amanah dilihat sebagai satu kontrak yang membuktikan semangat tolong menolong, kasih sayang, dan ketinggian iman seseorang antara mereka yang mampu dengan mereka yang berada dalam kesusahan. Ingatlah bahawa mengelak diri dengan tidak membayar cukai merupakan ancaman terhadap ekonomi dan keselamatan negara. Malah kredibiliti kerajaan yang memerintah akan menjadi lemah disebabkan oleh gejala negatif tersebut.

Ingatlah pesan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang menegaskan kesan mereka yang tidak membayar hutang sebagaimana sabdanya:kj cukai 2Mafhumnya: Sesungguhnya Allah SWT mengampunkan segala dosa orang yang mati syahid (di jalan Allah) kecuali (dosa yang melibatkan) hutang piutangnya.

.

.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, bersempena dengan sambutan Hari Kastam Sedunia kali yang ke 31 yang disambut pada 26 Januari ini, mimbar menyeru kepada semua pihak marilah sama sama kita memberi sokongan kepada warga Kastam Diraja Malaysia agar mereka mampu menjalankan perkhidmatan dengan penuh amanah, ikhlas dan dedikasi. Tanpa penglibatan masyarakat dalam usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kastam, maka tidak mungkin visi dan misi mereka boleh terlaksana dengan jayanya.

 .

Semoga dengan membudayakan elemen inovasi, mutu perkhidmatan akan menjadi lebih berkualiti dan dapat membantu mensejahterakan rakyat dan membangunkan negara. Marilah sama-sama kita menyokong setiap usaha yang dilaksanakan demi kebaikan ummah dan negara. Ingatlah dengan kita membayar cukai, dapatlah kita membantu pihak pemerintah dan dapat meringankan beban kehidupan sesetengah pihak yang memerlukan.

 .

Marilah sama sama kita merenung firman Allah SWT  dalam surah an-Nuur ayat 33:

وَآتُوهُم مِّن مَّالِ اللَّـهِ الَّذِي آتَاكُمْ ۚ وَلَا تُكْرِ‌هُوا فَتَيَاتِكُمْ عَلَى الْبِغَاءِ إِنْ أَرَ‌دْنَ تَحَصُّنًا لِّتَبْتَغُوا عَرَ‌ضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۚ وَمَن يُكْرِ‌ههُّنَّ فَإِنَّ اللَّـهَ مِن بَعْدِ إِكْرَ‌اهِهِنَّ غَفُورٌ‌ رَّ‌حِيمٌ

Maksudnya: Dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu. Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan barang sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah sesudah paksaan mereka itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

.

 .

.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“Pembayar Cukai Membantu Negara”

(18 Januari 2013 / 6 Rabiulawal 1434H)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: