Mukjizat Rasulullah SAW Mengenai Lalat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

lalat dalam cawan.

Di antara mukjizat kenabian Rasulullah  dari aspek perubatan yang telah ditulis dengan tinta emas oleh sejarah perubatan adalah bahan penyembuh penyakit yang terdapat pada kedua-dua sayap lalat yang mana ianya telah lama Baginda ungkapkan sejak 1400 tahun lalu, sebelum dunia saintis menemui dan membentangkannya.

.

Nabi Muhammad yang sebenarnya hanya seorang maknusia biasa seperti kita semua. Rasulullah tidak mengetahui segala rahsia langit dan bumi, perkara yang sudah dan akan berlaku. Baginda juga tidak tahu menahu akan rahsia dunia dan akhirat apatah lagi akan kuman kuman bahaya pada lalat. Kesemuanya itu adalah datangnya dari Allah سبحانه وتعالى yang diperintahkan olehNya melalui Malaikat Jibril a.s.

.

Rasulullah  bersabda, “Apabila seekor lalat masuk ke dalam minuman salah seorang kamu, maka celupkanlah ia, kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya ada ubatnya.” (HR. Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad)

.

Dalam riwayat lain Rasulullah  bersabda: “Sungguh pada salah satu sayap lalat ada racun dan pada sayap lainnya ubat, maka apabila ia mengenai makananmu maka perhatikanlah lalat itu ketika hinggap di makananmu, sebab ia mendahulukan racunnya dan mengakhirkan ubatnya.” (HR. Ahmad, Ibn Majah)

.

.

Lalat Itu Ternyata ………….

.

Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah amat menitik beratkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, Baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

.

Penyataan lalat pada hadis di atas; bahawa air tetap bersih dan suci jika dihinggapi lalat yang membawa bakteria penyebab penyakit sekiranya kita celupkan lalat itu supaya sayap yang membawa ubat (penawarnya) pun turut sama tercelup ke dalam air tersebut.

Bahawasanya terdapat bahan khusus pada salah salah satu sayapnya yang sekaligus menjadi penawar atau ubat terhadap bakteria yang berada pada sayap yang lain. Oleh kerana itu, apabila keseluruhan badan seekor lalat dicelupkan ke dalam air, maka bakteria yang ada padanya akan mati dan hal ini tidak akan meninggalkan racun yang boleh memudaratkan manusia.

.

.

Kajian Sains

.

Kajian sains kontemporari telah mendapati bahawa lalat akan mengeluarkan sejenis enzim yang sangat kecil yang dinamakan ‘bacteriphages’ iaitu suatu organisma kuman yang merosakkan hidupan lain. Di tempat ini juga tumbuhnya bakteria pembunuh dan bakteria penyembuh yang ukurannya sekitar 20;25 milimikron (mµ). Oleh itu, apabila lalat jatuh ke dalam air, hendaklah lalat tersebut dicelup keseluruhan badannya kerana ia akan mengeluarkan bakteria ‘bacteriphages’ yang menentang bakteria perosak.

.

Maka jika seekor lalat memasuki makanan atau minuman, maka harus dicelupkan keseluruhan badan lalat tersebut agar keluar zat penawar bakteria tersebut. Pengetahuan ini sudah dikemukakan oleh Nabi kita Muhammad dengan gambaran yang menakjubkan bagi sesiapa yang menolak hadis tentang lalat tersebut.

.

Di zaman moden ini, para pakar penyakit, baru berhasil mendedahkan rahsia ini. Mereka menyaksikan dengan mata kepala sendiri lalat dapat digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit yang sudah kronik dan membusuk yang telah bertahun-tahun tidak berjaya diubati, padahal ianya sudah dibongkar dan disebarkan maklumat tersebut sejak lama dahulu.

.

Dr. Amin Ridha, Pensyarah Penyakit Tulang di Jurusan Perubatan Universiti Iskandariah, telah melakukan kajian tentang “hadis lalat ini” dan menegaskan bahawa di dalam rujukan-rujukan perubatan masa lalu ada penjelasan tentang pelbagai penyakit yang disebabkan oleh lalat.

.

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikro organisma jenis ‘Fitriat’ yang diberi nama ‘Ambaza Mouski’ dari golongan ‘Antomofterali’. Mikro organisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. ‘Ambaza Mouski’ ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

 .

Pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikro organisma ini dan memberi nama Javasin.

 .

Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikro organisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikro organisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikro organisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikro organisma istimewa ini.

.

.

Diakui Kebenarannya

.

Berdasarkan hal ini, jelaslah bahawa ilmu pengetahuan dalam perkembangan sains telah menegaskan dan membuktikan keterangan Rasulullah  secara ilmiah, sesuai dengan hadis yang mulia tersebut. Dan mukjizat ini telah dikemukakan oleh Baginda semenjak 14 abad yang silam, sebelum para pakar perubatan mengakuinya.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah  adalah benar iaitu saranan Baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikro organisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata lain bahawa badan lalat harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad .

.

Imam al-Khatabi berkata: Seorang yang dapat merasai kehidupan dalam dirinya dan kehidupan keseluruhan haiwan, dia akan mendapati bahawa terkumpulnya hawa panas dan sejuk,  kering dan basah yang saling berlawanan dimana apabila bertemu maka akan saling merosakkan. Tetapi Allah mampu untuk menyatukannya dan menjadikannya sebagai kekuatan haiwan agar tidak ada orang yang akan mempertikaian akan terkumpulnya penyakit dan ubat dalam satu haiwan. Dialah yang memberi ilham kepada lebah untuk membuat rumah yang sangat menakjubkan serta mengeluarkan madu dan Dia juga yang memberi ilham kepada semut agar mencari makanan rujinya serta disimpan untuk keperluan hidupnya, Dialah yang menciptaan lalat dan mengajarnya agar mengedepankan sayap penyakit terlebih dulu kemudian sayap  penawarnya. Semua itu adalah keinginan Allah untuk menguji hamba-Nya supaya wujud ta’abbud (ibadah). Pada segala sesuatu terdapat pelajaran dan hikmah. Dan tidak ada yang dapat memahaminya kecuali orang-orang yang berakal.”

.

Sesungguhnya setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah سبحانه وتعالى di alam ini tidak ada yang sia-sia dan menyusahkan makhluk lain seperti mana tanggapan sesetengah pihak.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٠﴾ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّـهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ﴿١٩١

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka juga memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Dikau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Dikau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”

(Surah Ali Imran: Ayat 191)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمْ

.

Petikan oleh; shafiqolbu

sign s

.

.

Advertisements

One response to this post.

  1. Assalammualaikum…info yang baik…ade pak cik pernah bersembang dgn saya pasal perkara ni, tapi saya buat tak kesah je….rupenye ape yang die cakap kan tu memang berhujah….Terima Kasih kerana memberi info ini…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: