Tempat Tinggal Mayat Diperlihatkan Kepadanya Pagi Dan Petang

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allah SWT.

Tajuk di atas diambil dari salah satu pasal kitab “At-Tadzkirah – Bekal Menghadapi kehidupan Abadi” karya luar biasa Imam Syamsuddin Al-Qurthubi. Buku ini sarat dengan ilmu yang berkaitan dengan kehidupan abadi di akhirat kelak. Dan tentunya sangat bermanfaat sebagai bekalan dan persiapan bagi setiap mukmin agar selamat di alam hakiki dan abadi akhirat tersebut.

.

Salah satu perkara yang bakal dialami mayat di dalam kuburnya ialah diperlihatkan kepadanya tempat tinggalnya kelak di alam akhirat nanti.

Dalam hal ini Nabi Muhammad bersabda:

إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَمِنْ أَهْلِ النَّارِ فَيُقَالُ هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Jika seorang daripada kamu meninggal dunia, maka akan diperlihatkan kepadanya tempat duduk (tinggal) nya setiap pagi dan petang hari. Jika dia termasuk penduduk syurga, maka akan (melihat kedudukannya) sebagai penduduk syurga dan jika dia termasuk penduduk neraka, maka akan (melihat kedudukannya) sebagai penduduk neraka lalu dikatakan kepadanya inilah tempat duduk tinggalmu hingga nanti Allah membangkitkanmu pada hari qiyamat.” (HR Bukhari – 1290) Shahih

.

Mayat orang berimanlah yang bakal diperlihatkan tempat tinggalnya setiap pagi dan petang sebagai penduduk syurga. Dan mayat orang kafir serta munafik pula bakal diperlihatkan kepadanya tempat tinggalnya setiap pagi dan petang sebagai penduduk neraka.

 .

Para ulama mengatakan bahawa ini merupakan salah satu jenis azab yang berat bagi orang-orang kafir dan munafik. Dan tentunya merupakan salah satu nikmat yang luar biasa bagi orang-orang beriman. Oleh kerana itu di dalam hadis yang lain dikatakan bahawa orang-orang yang tidak beriman bakal mengemukakan satu permohonan sahaja selama di dalam kuburnya, iaitu:

.

فَيَقُولُ رَبِّ لَا تُقِمْ السَّاعَةَ

“… dan ia berdoa “Wahai Tuhan, janganlah Engkau datangkan hari Qiamat sekarang …!” (HR Ahmad) Shahih.

.

Orang-orang yang tidak beriman dari kalangan kaum kafir, munafik dan musyrikin berdoa demikian kerana mereka tahu bahawa jika Qiamat tegak, maka itulah masanya mereka mesti memasuki tempat duduk (tinggal)nya di dalam neraka sebagaimana telah diperlihatkan setiap pagi dan petang selama di dalam kubur. Sehingga mereka memohon kepada Allah سبحانه وتعالى  agar datangnya hari Qiamat ditunda terus. Padahal Qiamat pasti datangnya dan sudah ditetapkan jadualnya.

.

Manakala mayat orang beriman akan berdoa sebagai berikut:

فَيَقُولُ رَبِّ أَقِمْ السَّاعَةَ حَتَّى أَرْجِعَ إِلَى أَهْلِي وَمَالِي

“Terus hamba tadi meminta, “Wahai Tuhanku, tolong jadikan kiamat sekarang juga sehingga aku boleh kembali menemui keluargaku dan hartaku.” (HR Ahmad) Shahih

.

Ia berdoa demikian kerana ia sangat gembira dan senang hati melihat pemandangan syurga yang diperlihatkan kepadanya setiap pagi dan petang di dalam kubur. Ia boleh melihat tempat duduk (tinggal)nya di syurga lengkap dengan segala kemudahan harta dan penghuninya berupa anak-anak dan isterinya. Ia ingin akan berada di dalamnya dan menikmatinya. Sehingga ia berdoa kepada Allah agar kedatangan Hari Qiamat disegerakan. Ia tahu bahawa satu-satunya perkara yang menghalangnya dari masuk ke tempat tinggalnya di syurga hanyalah peristiwa Qiamat.

.

اَللََّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِينَةِ الْإِيمَانِ وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِينَ

“Wahai Allah! Hiasilah kami dengan hiasan iman dan jadikanlah kami orang yang menyampaikan hidayah dan yang mendapat hidayah.” (HR An-Nasai – 1288) Shahih.

.

Oleh: Ihsan Tandjung

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

 

 

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: