Tangisan Rasulullah SAW

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Titisan Air.

Abdullah bin Mas’ud berkata : “Rasulullah bersabda kepadaku: “Bacakan Al Quran untukku!”  “Wahai Rasulullah ! Mana mungkin daku membacakannya kepada kamu, bukankah ia diturunkan kepada kamu?” Baginda bersabda: “Sungguh daku ingin mendengarkannya selain dariku.” Maka daku bacakan Surah An Nisa’, sampai ayat:

وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَـٰؤُلَاءِ شَهِيدًا 

“Waji’na bika `ala ha ula-I syahida.”

Dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?

(Surah an- Nisa; ayat 41)

 .

“Maka daku lihat kedua mata Rasulullah bercucuran air mata.” (Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari Mua’wiyah bin Hisyam, dari Sufyan, dari al A’masy, dari Ibrahim, dari `Ubaid, yang bersumber dari `Abdullah bin Mas’ud r.a.).

.

.

Rasulullah Menangis

.

Demikian juga Rasulullah pernah menangis ketika:-

.

  1. Menyaksikan nafas salah seorang cucunya sudah mulai terputus-putus.
  2. Rasulullah menangis ketika putera Baginda Ibrahim meninggal kerana belas kasih Baginda kepada puteranya itu.
  3. Baginda menangis ketika meninggalnya Ustman bin Madh’un.
  4. Rasulullah menangis apabila teringat diperlihatkan pelbagai seksaan diterima kaum wanita ketika peristiwa Israk Mikraj.
  5. Rasulullah menangis ketika terjadi gerhana matahari lalu Baginda Solat Gerhana.
  6. Rasulullah menangis dalam solatnya,
  7. Kadang-kadang Baginda juga menangis ketika menunaikan solat malam.

.

Suatu malam Rasulullah menangis semalam suntuk. Baginda terus dalam keadaan solat hingga waktu Subuh sambil terus menerus membaca ayat berikut:

.

إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿١١٨

“Jika Dikau seksa mereka, sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu. Dan jika Dikau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Dikau adalah Maha Perkasa lagi Bijaksana.” (Surah al-Ma’idah; ayat 118)

 

“Ya Allah! Jika Dikau mengazab mereka, maka Dikaulah penentunya, mereka adalah hamba-hamba-Mu, dan Dikaulah adalah pemiliknya. Sedangkan pemilik berhak menghukum hambanya yang bersalah. Tetapi jika Dikau memaafkan mereka, maka sesungguhnya Dikau jugalah penentunya. Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maka Dikau juga berkuasa untuk memberi maaf. Dikau pun Maha Bijaksana, maka memaafkan mereka juga sesuai dengan kebijaksanaan-Mu.” (Bayan ul Qur’an)

Imam Adham rah.a diriwayatkan pernah pada suatu malam terus menerus membaca ayat :

وَامْتَازُوا الْيَوْمَ أَيُّهَا الْمُجْرِمُونَ ﴿٥٩

“Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).”  (Surah Yasin; ayat 59)

.

.

Hikmah :

.

Ayat ini mengandung makna bahawa pada hari kiamat orang-orang yang derhaka diperintahkan untuk berpisah dari orang-orang yang berbakti kepada Allah سبحانه وتعالى dan tidak dibenarkan bergaul dengan para solehin sebagaimana yang pernah mereka dilakukan ketika di dunia.

Membayangkan peristiwa yang bakal terjadi, maka mereka yang bertaqwa sering menangis kerana takut dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang ingkar kepada suruhan Allah سبحانه وتعالى pada hari hisab kelak.

Marilah kita muhasabah diri kita hari ini. Di manakah kita hari ni?

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

Mengapa Rasulullah menangis ?  (Klik Di Sini)

.

وَالسَّلاَمْ

.

.

Posed by; shafiqolbu

sign s

.

 

.

Advertisements

3 responses to this post.

  1. Posted by halmi on 05/02/2013 at 12:41 pm

    Akan mengalir air mata bila mengenangkan Baginda Rasulullah Muhammad S.A.W masih menyebut nyebut akan kita sebagai umatnya sewaktu ajal Baginda tanda kasihnya beliau terhadap kita..tapi apakah diri kita, isteri kita, anak2 dan keluarga kita kasihkan akan Baginda……?

    Reply

  2. Posted by eliza on 19/07/2013 at 1:04 pm

    Ya Rasulullah..Ya Rasulullah…
    Kasihnya engkau pada umatmu… sedihnyaa.. 😥

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: