بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Berikut dipaparkan sebuah kisah hebat seorang anak cilik yang sukar ditemui pada zaman kini sebagai pengajaran untuk kita memuhasabah diri.
.
Kisah Anak Kecil Yang Takutkan Api Neraka
.
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambil menangis.
.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?”
.
Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ
“Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum”
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.”
(Surah At-Tahrim 66; Ayat 6)
Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.”
.
Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”
.
Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, tidakkah pakcik melihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar terlebih dahulu sebelum dibakarnya orang dewasa.”
.
Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripadaku maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”
.
.
Subhanallah …. Moga kisah ini dapat dijadikan ikhtibar buat kita semua. Segeralah kita bermuhasabah diri…dan melihat kembali sejauh manakah kita takutkan azab Allah Azza Wa Jalla….
.
وَالسَّلاَمْ
.
.
Posted by Syafaat Anak Kecil Kepada Bapanya Di Hari Akhirat « shafiqolbu on 13/02/2013 at 10:46 am
[…] « Kisah Anak Kecil Dan Api Neraka […]
Posted by Kalau Allah Itu Maha Penyayang, Mengapa Allah Ciptakan Neraka? | shafiqolbu on 27/02/2013 at 9:47 am
[…] kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa […]