Takziah Kepada Seluruh Keluarga Anggota PDRM Yang Terkorban

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Pencerobohan Tentera Sulu ke Sabah .

Salam takziah kepada seluruh anggota keluarga pegawai dan anggota PDRM yang terkorban akibat terkena serangan hendap dan pengeboman oleh kumpulan pengganas dan penceroboh bersenjata Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Al Fatihah bagi semua yang terkorban. Amiin.

 

.

Serangan penceroboh asing ke atas negara dan anggota pasukan keselamatan Malaysia telah mengakibatkan lapan anggota PDRM terkorban selain turut mengorbankan 19 anggota kumpulan gerila bersenjata dari Selatan Filipina itu.

Berikut adalah nama-nama 8 anggota PDRM yang terkorban dua akibat insiden tembakan tersebut:

A)   Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah (1 Mac 2013)

  1. Inspektor Zulkifli Mamat
  2. Koperal Sabarudin Daud

Kedua2nya adalah anggota polis Pasukan Gerak Khas 69 komando (VAT 69).

.

B)    Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah (3 Mac 2013)

1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.
2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau

.

Ana menganggap seluruh anggota Polis Diraja Malaysia yang terkorban dalam 2 insiden terkena tembakan serangan hendap di 2 daerah Sabah itu adalah perwira2 negara yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk nyawa mereka bagi mempertahankan kedaulatan negara. Semoga jasa dan pengorbanan yang dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan negara diberikan ganjaran yang baik di sisi Allah سبحانه وتعالى.

.

Semangat patriotisme, berani dan sedia berjuang hingga ke titisan darah terakhir itu perlu dipuji dan dihargai. Pengorbanan mereka seharusnya menjadi contoh dan teladan terutamanya kepada seluruh rakyat Malaysia dan janganlah terpengaruh dengan anasir-anasir dan perbuatan-perbuatan yang sia-sia dan yang hanya akan menghancurkan masa hadapan diri, bangsa, agama dan Negara.

.

Diharap seluruh keluarga mangsa bersabar dan redha menerima ujian ini dan mendoakan semoga roh2 Allahyarham dicucuri dan dirahmati Allah Ta’ala dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang soleh, beriman dan para syuhada. Al-fatihah…

Kepada ahli keluarga bukan Muslim, diharap dapat bersabar menerima kehilangan tersebut dan sesungguhnya seluruh rakyat Malaysia turut bersimpati atas pemergian mendiang.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuanganmu dan menjadi azimat untuk mereka terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

.

Selain dari usaha pihak keselamatan Malaysia menjaga keselamatan negara dengan menempatkan petugas tentera, polis dan pasukan keselamatan lain; marilah kita bersatu membantu di mana yang patut. Mereka yang tinggal di pesisiran pantai Sabah terutama di Lahad Datu, Kunak dan Semporna, salurkanlah maklumat akan kehadiran warga asing bersenjata atau yang mencurigakan di penempatan antum sejak 4 bulan kebelakangan ini kepada PDRM.

Kita di sini pula, marilah beramai-ramai melakukan Solat Sunat Hajat dan Doa Qunut Nazilah seberapa segera yang boleh bagi menyelamatkan dan doakan kemusnahan, kehancuran penceroboh dan dalangnya sekali.

.

“Bismillahirrahmanirrahim… Ya Allah, Ya Tuhan kami! Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran! Ya Allah, Tuhan kami! Kami semua ini hamba Mu yang kerdil dan lemah, rungkailah masalah ini dengan HidayahMu. Ya Allah! Jadikan rancangan jahat musuh sebagai penyebab kehancuran mereka. Ya Allah! Selamatkan negara kami. Berikanlah ketenangan dan amankanlah negara kami daripada kekacauan. Semoga aman, damai dan sejahtera Negara dan rakyat Malaysia seluruhnya.”

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Ikhlas dari; shafiqolbu

sign s

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: