Sunnah Solat Khauf

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Zatur Riqa'.

Pentingnya umat Islam bersatu demi mencapai kejayaan dan memartabatkan agama suci, sehinggakan dituntut melakukan solat berjemaah walaupun dalam situasi peperangan.

 

Solat Khauf atau ‘Solat Ketakutan’ ini adalah solat yang dilakukan dalam keadaan yang sangat takut, tegang dan terancam seperti dalam peperangan kerana bimbang akan diserang musuh.

.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِّنْهُم مَّعَكَ وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِن وَرَ‌ائِكُمْ وَلْتَأْتِ طَائِفَةٌ أُخْرَ‌ىٰ لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَ‌هُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ ۗ وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُم مَّيْلَةً وَاحِدَةً ۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن كَانَ بِكُمْ أَذًى مِّن مَّطَرٍ‌ أَوْ كُنتُم مَّرْ‌ضَىٰ أَن تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ ۖ وَخُذُوا حِذْرَ‌كُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِ‌ينَ عَذَابًا مُّهِينًا ﴿١٠٢

“Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan solat dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan solat) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum solat (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersolat (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.” (Surah An-Nisa’ 4; Ayat 102)

.

Hadis Solat Khauf (Perang)

Berdasarkan beberapa hadis riwayat para sahabat, Solat Khasuf pernah dilakukan oleh Rasulullah pada empat lokasi perang :

1)     Perang Zaatur Riqaa’, yang berlaku sebelum Perang Khandak.

2)     Perang ‘Usfan berlaku di Asfan yang terletak kira-kira dua marhalah dari Makkah.

3)     Perang Zil Qarad, dikenali juga dengan Perang al-Ghaabah, berlaku pada Rabiulawal, tahun ke 6 sebelum Perjanjian Hudaibiah.

4)     Perang Bathni Nakhal, berlaku di satu tempat di Ghatafan.

.

.

Dari Shaleh ibnn Khauwat dari seorang sahabat yang pernah ikut Solat Khauf bersama Rasulullah di medan pertempuran Zaatur Riqaa’, katanya: “Pada waktu itu Rasulullah membahagikan pasukannya menjadi dua bahagian. Sebahagian ikut solat bersama Rasulullah , manakala yang lain berdiri di garis depan menghadapi musuh. Setelah menyelesaikan satu rakaat bersama Rasulullah , maka mereka yang ikut solat bersama Baginda segera menyelesaikan satu rakaat yang lain secara bersendirian, kemudian mereka segera maju ke garis depan. Manakala Rasulullah tetap berdiri pada rakaat yang kedua. Kemudian kumpulan yang tadinya berjaga-jaga kini ikut menyelesaikan satu rakaat bersama Rasulullah . Ketika Rasulullah duduk dalam tasyahud akhir, maka kumpulan tersebut menambah satu rakaat bersendirian, Kemudian mereka duduk tasyahud dan salam bersama-sama Rasulullah .” (Hadis Riwayat An-Nasai)

.

.

.

Perang Zaatur Riqaa’

 

Perang Zatu al-Riqa` (ذات الرقاع) terjadi pada 626 M / Muharram 4 Hijrah, berdekatan kebun kurma, sebelah utara Khaibar. Jaraknya dikatakan hanya kira-kira 100km dari utara Madinah yang terletak antara kebun kurma, lembah al-Hanakiyah dan asy-Syuqrah.

Kisah pertempuran ini juga disebut sebagai Perang Bani Anmar, manakala dalam buku yang berjudul ‘Kelengkapan Sejarah Nabi Muhammad’, disebut juga sebagai Perang al-Ajib.

Dinamakan Perang Zatu al-Riqa` kerana para prajurit Muslim telah membalut kaki mereka yang telah luka dengan potongan-potongan kain (riqa`). Lalu setiap enam orang menahan seekor unta sehingga membuat kaki mereka mengeluarkan darah.

.

Hadis riwayat Abu Musa, ia berkata: “Kami telah keluar berperang bersama Rasulullah SAW, bilangan kami adalah seramai enam orang. Ketika itu kami hanya membawa seekor unta dan menunggangnya secara bergilir-gilir hingga terkelupas kulit-kulit tapak kaki kami begitu juga dengan kedua tapak kakiku bahkan kuku-kukuku banyak yang tercabut. Lalu kami pun membalut kaki-kaki kami dengan cecebisan kain, maka Setelah itu peperangan tersebut telah dinamakan dengan peperangan Zatu Ar-Riqa’ (riqa` bermaksud cebisan-cebisan kain), kerana sepanjang peperangan tersebut kami berperang dalam keadaan kaki yang berbalut dengan cebisan kain.” (Sahih Imam Muslim)

.

Pertempuran Zatu al-Riqa` adalah pertempuran antara pihak Muslimin dengan Bani Muharib, Bani Tsa’labah dan Bani Ghathafan, di sebuah daerah berdekatan Najd, peperangan ini telah dimenangi oleh pihak Arab Muslim.

.

.

Kemudahan

.

Menurut kisah Islam, dalam perang Zatu al-Riqa’ ini, Malaikat Jibril telah mengajari cara meunaikan Solat Khauf kepada Nabi Muhammad dan umat Islam memperoleh kelonggaran untuk bertayammum.

.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ اللَّـهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“…lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (Al-Maa’idah: 6)

.

Jabir bin Abdillah r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad bersabda, “Aku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada seorang (nabi) pun sebelumku. Aku ditolong dengan ditimbulkan ketakutan (kepada musuh) dari jarak satu bulan, dijadikanNya bumi bagiku sebagai masjid (tempat solat) dan suci. Siapa pun dari umatku masuk waktu solat, hendaklah ia solat; dihalalkanNya rampasan perang bagiku, padahal rampasan itu tidak halal bagi seorang pun sebelumku; aku diberi syafaat, dan nabi (selain aku) diutus khusus kepada kaumnya saja, sedangkan aku diutus kepada manusia pada secara umum (dalam satu riwayat: keseluruhan).”

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

Artikel Berkaitan:

Solat Khauf   (Klik Di Sini)

.

وَالسَّلاَمْ

.

By; shafiqolbu

 sign s

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: