SMS Terakhir Allahyarham Ahmad Hurairah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

askar lahad datu tumpas.

Al Fatihah.. seorang lagi anggota keselamatan kita syahid semasa pertempuran di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah..

 

`salam abah,ma doa la orng slmt…era’.

 .

SMS terakhir yang dihantar oleh anggota ATM yang terkorban semasa pertempuran di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah kepada keluarganya pada 10 Mac.

 .

.

PETIKAN AKHBAR:

 .

“Saya reda kerana kematian arwah adalah untuk mempertahankan negara,” kata Ismail Husin, bapa Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah, 24 tahun, yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah, hari ini.

Ismail, 55, berkata beliau menerima berita sedih yang menimpa anaknya itu kira-kira 2.30 petang ini daripada seorang rakan Allahyarham yang menelefon memberitahu anaknya terlibat dalam pertempuran dan terkorban.

“Kali terakhir (Allahyarham) jumpa saya ialah pada hari raya Aidilfitri 2010, selepas itu kami banyak berhubung melalui telefon dan SMS,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bayu Lalang di sini, hari ini.

Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Tawau, Sabah, terkorban dan dua penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, berhampiran Kampung Tanjung Batu.

Ismail, seorang petani, berkata Allahyarham anak ketiga daripada 12 beradik dan seorang anak yang sentiasa mengambil berat serta banyak membantu keluarga.

“Kali terakhir arwah menelefon saya pada 1 Mac, masa itu dua anggota polis terkorban. Arwah beritahu suruh doakannya sentiasa selamat sebab dia nak pergi ke Lahad Datu.

 

“Kali terakhir arwah (menghantar) SMS ialah 10 Mac (Ahad) beritahu dia kena ‘standby’ untuk ke Lahad Datu,” katanya sambil memberitahu Allahyarham telah empat tahun berkhidmat dalam tentera.

Ibu Allahyarham, Rahmah Mamat, 50, berkata beliau memang sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu tetapi demi perjuangan untuk mempertahankan negara, beliau reda dengan ketentuan Allah SWT itu.

Anggota keluarga, kenalan dan penduduk kampung mula berkumpul di rumah keluarga Allahyarham untuk menunggu ketibaan jenazah.

Jenazah Allahyarham dijangka tiba pagi esok dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang.

 .

.

JENAZAH PREBET AHMAD HURAIRAH DIBAWA KE KAMPUNG HALAMAN PAGI INI

Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah hari ini akan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan pagi ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah anggota tentera berusia 24 tahun itu akan dikebumikan di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

“Jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan,” katanya.

Pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi itu turut mengorbankan tiga pengganas berkenaan. Sehingga kini, 10 anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula 12 Feb, manakala 56 pengganas ditembak mati.

Seorang daripada anggota keselamatan, Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21 tahun telah turut terkorban dalam satu kemalangan, dimana truk yang dipandunya telah terjunam ke dalam gaung ketika menghantar bekalan makanan kepada anggota Operasi Daulat di Lahad Datu.

 .

.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah…moga roh arwah tenang bersemadi dan dicucuri rahmat Allah سبحانه وتعالى .

AL-FATIHAH…

.

Ya Allah! Berilah kesabaran kepada kami menghadapi ujianMu ini… Hanya PadaMu tempat kami mohon pertolongan.. Sesungguhnya Dikau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…

.

Takziah buat seluruh ahli keluarga arwah Ahmad Hurairah Ismail…  Semoga Allah سبحانه وتعالى menempatkan roh arwah di kalangan orang-orang yang beriman dan golongan syuhadah…. 

.
.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

 sign s

.

.

2 responses to this post.

  1. Posted by Muhammad Helmi bin Abdullah on 15/03/2013 at 9:02 am

    Assalammualaikum….ustaz sy nk share ilmu yang bermanfaat nie tok diri sy dan sahabat andai yang lain leh???

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Khabarkan jugalah dengan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini… Semoga berpanjangan pahalanya…

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: