Memperbaharui Atau Mengekalkan Wuduk ?

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

berwuduk .

Di antara syarat mendirikan solat ialah menyempurnakan kesucian yang menyeluruh terhadap anggota badan, pakaian dan tempat solat. Kesucian ini termasuklah meratakan air wuduk ke seluruh anggota serta melakukannya tiga kali tanpa membazir dan was-was.

 

Rasulullah bersabda, “Allah tidak menerima solat tanpa penyucian (wuduk)…” (Sahih Muslim dan lain-lain)

Memperbaharui wuduk bagi setiap solat adalah sunat, begitu juga dengan mengekalkan wuduk pada setiap waktu dan masa adalah dituntut kerana yang demikian itu mengandungi berbagai manfaat.

.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya ummatku itu akan dipanggil pada hari Qiamat dalam keadaaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya dari sebab bekas-bekasnya berwuduk. Maka sesiapa di antara kamu yang hendak menambahkan bercahayanya, maka baiklah ia melakukannya dengan menyempurnakan berwuduk itu sesempurna mungkin.” (Muttafaq ‘alaih)

.

Daripada Usman bin Affan r.a. katanya, Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya sesempurna mungkin, maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya.” (Riwayat Muslim)

.

.

Sunat Memperbaharui Wuduk

.

أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ

Anas bin Malik berkata, “Nabi berwuduk setiap kali ingin melakukan solat.”

(Hadis Riwayat al Bukhari r.a.)

.

Perbuatan Nabi itu dinamakan ‘Tajdid Wuduk’ iaitu memperbaharui wuduk. Adalah menjadi kewajiban ke atas Baginda untuk berwuduk setiap kali hendak melakukan solat. Rasulullah akan mempermudahkan wuduk, iaitu kadang-kadang Rasulullah tidak menyapu penuh kaki Baginda dan hanya menyapu sahaja atas kaki Baginda. Macam sapu khuf juga, bukanlah kena basuh kaki itu dengan sepenuhnya sebab bukanlah nak kena ambil wuduk dengan sempurna.

.

Apabila Rasulullah suka buat sebegitu, maka ianya adalah perkara yang baik dan eloklah kalau kita dapat turut melakukannya dengan wuduk yang ringan. Dan apabila telah menjadi amalan Rasulullah , tidaklah timbul masalah samada ‘Tajdid Wuduk’ membazir atau tidak.

.

Walau bagaimana pun para sahabat dan para tabein berpandangan hadis dan perbuatan ‘Tajdid Wuduk’ tersebut hanya khusus kepada Rasulullah .

.

Memperbaharui wuduk juga disunatkan hanya apabila seseorang itu telah mendirikan solat fardhu atau sunat dengan wuduknya yang pertama tadi. Ibnu Hajar Rahimahullah menegaskan bahawa tuntutan sunat memperbaharui wuduk itu ialah apabila dia telah mengerjakan apa jua solat sekalipun yang hanya satu rakaat.

.

Dalam pada itu juga, ulama mazhab Syafi‘e telah sepakat mengatakan bahawa memperbaharui wuduk itu adalah satu amalan yang dituntut mengikut keadaan tertentu. Orang yang tertidur nyenyak juga disunatkan memperbaharui dan mengulangi wuduk mereka.

.

.

Makruh Memperbaharui Wuduk

.

Al-Qadhi Abu ath-Thaiyib di dalam kitabnya Syarh al-Furu‘, al-Baghawi, al-Mutawalli, ar-Ruyani dan lain-lain ulama mazhab memutuskan bahawa jika seseorang itu belum menggunakan wuduknya yang pertama dengan melakukan apa jua ibadah, maka hukum memperbaharui wuduk itu adalah makruh.

.

Jika seseorang itu tidak mendirikan solat, walaupun telah melakukan Sujud (Sajdah atau Syukur) atau pun Tawaf tidaklah disunatkan memperbaharui wuduk, bahkan hukumnya adalah makruh.

.

Makruh juga memperbaharui wuduk, sekiranya berhadapan dengan situasi musim kemarau, catuan dan kekurangan air. Di mana air tersebut lebih diperlukan untuk kegunaan memasak dan minuman.

.

.

Mengekalkan Wuduk

.

Sesetengah ulama’ berpendapat tidak perlu berwuduk melainkan kerana adanya benda yang keluar dari dua jalan keluar iaitu qubul atau dubur.

.

حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ عَامِرٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ قُلْتُ كَيْفَ كُنْتُمْ تَصْنَعُونَ قَالَ يُجْزِئُ أَحَدَنَا الْوُضُوءُ مَا لَمْ يُحْدِثْ

Amru bin Amir menyatakan, aku mendengar Anas bin Malik berkata, “Nabi berwuduk setiap kali akan solat.” Aku bertanya, “Bagaimana cara kamu (para sahabat) lakukan?” Anas bin Malik menjawab, “Pada kami seseorang itu tidak perlu berwuduk selagi dia tidak berhadas.” (Hadis Riwayat al Bukhari r.a.)

.

Abu Hurairah berkata, “Tidaklah wajib mengulangi wuduk kecuali bagi orang-orang yang berhadas.” (Hadis Riwayat Ubadah bin Tamim)

.

Firman Allah;

أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ

“…Atau salah seorang dari kamu keluar dari tempat buang air (tandas).”

(Al-Maa’idah: 6)

.

.

Berkumur

.

أَخْبَرَنِي سُوَيْدُ بْنُ النُّعْمَانِ قَالَ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ خَيْبَرَ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِالصَّهْبَاءِ صَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعَصْرَ فَلَمَّا صَلَّى دَعَا بِالْأَطْعِمَةِ فَلَمْ يُؤْتَ إِلَّا بِالسَّوِيقِ فَأَكَلْنَا وَشَرِبْنَا ثُمَّ قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْمَغْرِبِ فَمَضْمَضَ ثُمَّ صَلَّى لَنَا الْمَغْرِبَ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ

Suwaid bin An Nu’man berkata, “Kami telah keluar bersama Rasulullah pada tahun Khaibar, apabila kami sampai di suatu tempat bernama Shahba’, Baginda mengimami kami solat Asar. Selesai solat Baginda minta makanan, namun tidak ada dibawakan kepadanya kecuali ‘sawiq’ (makanan dibuat dari gandum), lalu menyuruh makanan itu dibasahi. Selesai kami makan dan minum, Nabi pun berdiri untuk solat Maghrib, Baginda berkumur lalu memimpin kami melaksanakan solat Maghrib tanpa berwuduk terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat al Bukhari r.a.)

.

Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi tidak mengambil wuduk setiap kali Baginda solat dan ada kalanya Rasulullah solat pakai satu wuduk sahaja dan ada tidak bersiwak pun, hanya berkumur sahaja.

Maka, dari itu kita tahu bahawa ianya adalah sunat sahaja kepada Baginda. Sama seperti kepada orang lain juga, iaitu kalau buat, dapat pahala. Tapi Nabi selalu melakukannya, cuma kadang-kadang sahaja Baginda tidak buat kerana nak menunjukkan bahawa perkara itu hanya harus untuk dilakukan.

.

.

Menyempurnakan Wuduk

.

Dari Abu Hurairah r.a pula, bahawasanya Rasulullah bersabda: “Sukakah engkau semua kalau aku tunjukkkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat pula meningkatkan beberapa darjat?” Para sahabat menjawab: “Baiklah, ya Rasululllah.” Baginda lalu bersabda: “Iaitu menyempurnakan wuduk sekalipun berhadapan beberapa hal yang kurang disenangi (seperti terlampau sejuk dan sebagainya), banyakkan melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ‘ribath’ (perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyak ketaatan pada Allah).” (Riwayat Muslim)

.

Dari Umar bin al-Khaththab r.a. dari Nabi , sabdanya: “Tiada seorang pun dari kamu yang berwuduk lalu ia menyampaikan iaitu menyempurnakan wuduknya, kemudian mengucapkan: “Asyhadu alla ilaha illallah wah dahu la syarika lah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh”, melainkan di bukakan sebanyak lapan buah pintu syurga untuknya. Ia diperbolehkan masuk dari pintu manapun juga yang dikehendaki olehnya.” (Riwayat Muslim)

.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah berkata kepada Bilal: ”Hai Bilal, beritahukanlah kepada aku dengan suatu amalan yang paling engkau harapkan pahalanya serta yang engkau amalkan dalam Islam, kerana sesungguhnya aku mendengar suara derap kedua terompahmu di depanku di dalam syurga,” Bilal menjawab: “Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang lebih aku harapkan di sisiku daripada kalau aku habis bersuci sesuatu sucian dalam waktu malam ataupun siang, melainkan aku tentu bersolat dengan sucianku itu, sebagaimana yang ditentukan untukku – yakni setiap habis berwuduk lalu melakukan solat sunat wuduk.” (Muttafaq ‘alaih)

.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjaga wuduk kita bermula dari cuba menyempurnakannya sebaik mungkin dan cuba untuk sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk itu. Setelah selesai setiap kali berwuduk, apa kata dicuba pula beristiqamah dalam melakukkan Solat Sunat Wuduk 2 rakaat sebagai tambahan amalan rutin setiap hari.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Wuduk  (Klik Di Sini)
  2. Cara Dan Doa-Doa Wuduk  (Klik Di Sini)
  3. Solat-Sunat-Wuduk  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Article by; shafiqolbu

 sign s

.

.

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Terima kasih

    ________________________________ Dari: shafiqolbu Kepada: padmadi945@yahoo.com Dikirim: Selasa, 19 Maret 2013 23:53 Judul: [New post] Memperbaharui Atau Mengekalkan Wuduk

    WordPress.com Shafi-Q posted: “بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ  . Di antara syarat mendirikan solat ialah menyempurnakan kesucian yang menyeluruh terhadap anggota badan, pakaian dan tempat solat. Kesucian “

    Reply

  2. Posted by Shima Hanif on 26/05/2013 at 5:58 pm

    chfjg

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: