Al Fatihah… Dr Uthman El Muhammady Kembali Ke Rahmatullah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Dr Muhammad Uthman.

Al Fatihah… Dukacita dimaklumkan Negara kehilangan ulama besar apabila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira 7.30 malam tadi di kediamannya di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (ISTAC),  IIUM KL Campus, Taman Duta di sini.

Beliau meninggalkan seorang balu Mariam Hussain, 65, dan 11 anak iaitu tujuh perempuan dan empat lelaki, berumur antara 20-an dan 40-an serta lebih 40 cucu.

Anak lelaki Allahyarham, Ahmad, 35, berkata, bapanya menghidap sakit jantung sejak setahun lepas juga sempat menterjemah dua buku agama tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit namun kelihatan letih siang tadi.

Ahmad berkata bapanya juga sebelum ini tidak menunjukkan kelakuan pelik namun Allahyarham kelihatan begitu gembira pada Ahad lepas ketika berkumpul bersama anak serta cucunya.

“Allahyarham ketika itu sedang membaca buku dan mengadu kepada ibu saya yang beliau letih dan ingin tidur, sebelum ibu menyedari bapa saya telah meninggal dunia dalam tidur,” katanya kepada pemberita.

Allahyarham Dr Muhammad akan dimandi dan disembahyang di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak pada 9 pagi ini sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam UIA selepas solat Zohor.

.

.

Sumbangan

.

Dr Muhammad Uthman adalah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya sehingga melayakkan beliau dimartabatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1426 H pada 10 Februari 2005.

.

Dr Muhammad Uthman El Muhammady konsisten dengan pegangan as sunnah wal jamaah merupakan ulamak dan tokoh pemikir Islam tanah air yang cukup dikagumi, di kala Malaysia dicop dan dikatakan kononnya sebagai negara sekular dan negara kufar, Beliau antara insan mulia dan ulamak yang menentang tuduhan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut. Mereka ini disifatkan kufur nikmat dan ‘buta di cahaya yang terang’.

 .

Minat kajian beliau adalah di dalam:

Bidang ilmu-ilmu Islam dan falsafah Barat

Pemikiran semasa dan pandangan Islam tentangnya

Akidah Sunni, faham ilmunya dan pandangan hidupnya

Beliau banyak menumpukan masanya di dalam masyarakat setempat dengan melaksanakan pengajian kitab di masjid-masjid sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan selain dari menunaikan jemputan ceramah di merata tempat.

.

.

Latar Belakang Pencapaian

.

Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim pada 1 Februari 1943.

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum memasuki Special Malay Class pada tahun 1943 di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya menjadi Maktab Sultan Ismail, atau Sultan Ismail College hingga ke Tingkatan 5. Beliau kemudian mengambil Higher School Certificate (HSC) di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedah.

Pada tahun 1963, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam tahun 1966. Kemudian beliau menjadi tutor dan mendapat M.A. tahun 1969. Beliau terus mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM hingga ke tahun 1973 apabila beliau kembali ke Kelantan untuk menumpu masa sebagai seorang penulis dan pendakwah bebas hingga sekarang.

Pada tahun 1995, beliau dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D. Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia kerana usaha-usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah.

Dr Muhammad, yang merupakan tokoh pemikir Islam tanah air, dilantik Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia sejak 1995 hingga 2008, sebelum dilantik semula hingga 2010.

Allahyarham juga adalah Fellow Amat Utama Akademik Istac UIA dan anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas.

 .

.

Al-Fatihah

.

Kehilangan Allahyarham Dr Muhammad Uthman amat mengejutkan dan sangat dirasai semua pihak. Namun semua ini adalah ketentuan dari Allah سبحانه وتعالى

إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un

“Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali.”

 .

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Muhammad Uthman… Semoga mereka dirahmati Allah سبحانه وتعالى dan  ditempatkan roh Allahyarham di kalangan golongan solehin dan orang-orang beriman….

.

Marilah kita sama-sama hadiahkan pahala bacaan Fatihah kepada Allahyarham…

Al-Fatihah…

Semoga roh Allahyarham tenang bersemadi dan dicucuri rahmat Allah سبحانه وتعالى . Aminnn..

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

.

Advertisements

5 responses to this post.

  1. Al-fatihah..

    Reply

  2. Posted by zuraida on 27/03/2013 at 11:11 am

    al fathihah…..

    Reply

  3. Posted by honda lover on 31/03/2013 at 10:50 am

    Al-fatihah…seorang ulamak yg amat dikagumi sekali….moga sedeqah jariahnya terus mengalir…aminn ya rabbal alaminn

    Reply

  4. Posted by muhammad haminuddin on 31/03/2013 at 10:08 pm

    Al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat…Allah S.W.T amin…

    Reply

  5. Posted by Kamarulzaman on 01/04/2013 at 4:31 pm

    Al-Fatihah.. Sesungguhnya satu kehilangan sebutir mutiara yg sukar dicari ganti dalam keadaan dunia yg sedang menuju akhir zaman.

    Daripada Abdullah bin Amr bin
    ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;- “Bahawasanya Allah
    s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada)
    manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim
    ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih
    orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang
    jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” ;- (Riwayat Muslim)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: