KJ: Menzahirkan Patriotisme

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

patriotik

.

Khutbah Jumaat: “ Menzahirkan Patriotisme ”                                                              

 .kj patrotik 1

.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar yang mulia ini akan membincangkan tajuk: MENZAHIRKAN PATRIOTISME”.

.

.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Menurut Kamus Dewan mendefinisikan “negara” sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan serta mempunyai ciri-ciri seperti berikut,

Pertama: Sempadan,

Kedua: Penduduk Tetap,

Ketiga: Kerajaan dan

Keempat: Kedaulatan.

Berdasarkan kepada prinsip kenegaraan bahawa kedaulatan ialah kuasa sesebuah negara untuk membuat undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang dengan menggunakan segala kuasa yang ada. Dengan itu memperlihatkan kepada kita bahawa aspek undang-undang dengan kedaulatan tidak boleh dipisahkan sama sekali.

.

Malaysia adalah negara berdaulat dan rakyatnya amat bertuah. Maka, menjadi kewajipan kita sebagai rakyat memelihara kedaulatan negara ini daripada segala ancaman samada dalam bentuk dalaman mahupun luaran. Janganlah ada di kalangan kita yang bersikap mementingkan diri sendiri sehingga keharmonian dan kedaulatan di negara kita terancam, retak dan hancur.

.

Allah SWT telah memberi peringatan kepada kita melalui firman-Nya di dalam surah al-Anaam ayat 123:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْ‌يَةٍ أَكَابِرَ‌ مُجْرِ‌مِيهَا لِيَمْكُرُ‌وا فِيهَا ۖ وَمَا يَمْكُرُ‌ونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُ‌ونَ ﴿١٢٣

Maksudnya: Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (Al-An’am:123)

.

Mimbar ingin menegaskan dalam menjaga kedaulatan negara ianya sangat berkait dengan nilai patriotisme dan sejauh mana tanggungjawab kita dalam mempertahan, memelihara dan menjaga maruah tanah air kekal aman dan selamat. Percayalah bahawa patriotisme merupakan satu semangat dan gagasan dalam mendidik dan memberi kefahaman kepada umat manusia agar mencintai kehidupan dan tanah air. Agama Islam sebenarnya telah menggariskan dengan jelas tentang patriotisme khususnya berhubung kait dengan kepentingan untuk mempertahankan keselamatan dan maruah negara.

.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat 60:

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّ‌بَاطِ الْخَيْلِ تُرْ‌هِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّـهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِ‌ينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّـهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿٦٠

Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

.

.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Semangat negaraism kepada egara ini menuntut kita agar patuh dan taat kepada pemimpin secara menyeluruh. Berasaskan kepada dalil-dalil yang jelas daripada al-Quran dan hadith Rasulullah SAW, para ulama’ telah bersepakat mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardhu kepada setiap muslim manakala menderhaka merupakan satu dosa besar.

.

Rasulullah SAW bersabda:

kj patrotik 2Maksudnya:Tiga golongan Allah SWT tidak menegurnya pada hari kiamat, tidak melihat kepada mereka, tidak membersih dosa mereka dan mereka menerima azab yang pedih, seorang yang mengaku setia kepada pemerintah, ia berbuat demikian kerana keduniaan, jika diberi ia tunaikan kesetiaanya tetapi jika tidak diberi, ia menderhaka.” (Riwayat al-Bukhari)

.

Menurut pandangan Ibnu Hajar al Makky al-Haitamy seorang ulama yang terkenal bahawa: Yang dimaksudkan dengan dosa-dosa besar antaranya ialah mensyirikkan Allah SWT, membunuh manusia dan membatalkan kesetiaan kepada pemerintah.

Imam Nawawi dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim menyatakan: Menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram.

Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang sah apa-apa keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara.

.

Mimbar ingin menegaskan bahawa sikap tidak kasih kepada negara, memporak perandakan negara, memusnahkan perpaduan kaum, dan mementingkan kepentingan diri akan menghancurkan kedaulatan bangsa dan negara. Mereka ini diibarat kata pepatah seperti Gunting Dalam Lipatan yang membahayakan keselamatan rakyat dan negara.

.

.

Sidang Jumaat Yang Dihormati,

Mimbar yang mulia ini amat yakin bahawa  umat Islam yang patriotik inilah yang menjadi cita-cita negara kita untuk membentuk tamadun Islam yang dihormati dan disegani oleh masyarakat dunia. Rebutlah peluang yang ada ini selagimana kita mempunyai kekuatan dan kuasa.

Ingatlah bahawa Imam Ghazali Rahimahullah pernah berpesan di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa: Dunia ini tempat bercucuk tanam bagi bekalan akhirat. Dan tidak sempurna agama melainkan seiring dengan dunia. Kekuasaan politik dan agama adalah pasangan berkembar. Agama itu tiang utama, sementara kekuasaan itu adalah penjagaannya. Sesuatu yang tiada tiang, maka ia akan runtuh dan sesuatu yang tiada penjaga akan musnah dan hilang.

.

Sabda Rasulullah SAW:kj patrotik 3Mafhumnya: “Rebutlah lima perkara sebelum kamu didatangi oleh lima perkara lain. Masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sempit, dan masa hidupmu sebelum mati.” (Riwayat  Hakim dan Ibnu Majah).

.

.

Sidang Jumaat Yang Dihormati,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan umat Islam negara kita sentiasa diberikan taufik hidayah oleh Allah SWT dan seterusnya berjaya memainkan peranannya yang sebenar dalam memacu pembangunan negara bangsa yang maju dan dihormati lagi dikasihi Allah SWT.

.

Tanamkanlah dalam jiwa dan minda mereka perasaan kasih dan sayang serta semangat patriotisme kepada negara. Ingatlah di sinilah kita dilahirkan dan dibesarkan, inilah bumi yang bertuah tempat kita mencari rezeki dan sebagainya. Marilah sama-sama kita mengusahakan perancangan aktiviti yang dapat menyuburkan keimanan di dalam jiwa. Pendekatan ini wajar diambil kerana kita menyakini gesaan Allah SWT yang meletakkan persoalan iman sebagai syarat utama kejayaan umat Islam di dunia ini dan di akhirat kelak. Yakinlah bahwa kasihkan negara tandanya mereka yang beriman. Semoga negara kita yang tercinta ini terus maju, aman dan damai, dan menjadi payung serta perlindungan kepada Islam dan umatnya.

.

Firman Allah SWT:

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّحِيمِ

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَ‌ىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَ‌كَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْ‌ضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٦

Maksudnya: Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”  (Surah al-’Araf:96)

.

 .

L.Datu 2

.

.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“Menzahirkan Patriotisme”

(29 Mac 2013 / 17 Jamadilawwal 1434H)

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: