Apakah Yang Kita Pegang ?

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

jururawat lelaki.

Kisah Tauladan Yang Amat Menginsafkan 

Hayatilah dan ambil iktibar daripada kisah tauladan mengenai ‘pegang’ yang amat menginsafkan ini…. semoga bermanfaat dan menjadi pengajaran kepada kita yang masih dalam kembara ini…

 

Pesakit: “Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?”

Abang misi: “Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya….

 

Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa.”

Pesakit: “Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?”

Abang misi: “Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best.”

Pesakit: “Wah, apa dia?”

Abang misi: “Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia.

 

Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

 

Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..

 

sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

 

Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan.

 

Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka.

 

Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

 

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran.

 

Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran.

 

Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf.

 

Sedar satu perkara yang sangat penting.”

Pesakit: “Hm. Apa dia?”

Abang misi: “Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit…

 

Itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

 

Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti…dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran?

 

Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya…Allah…Allah…

 

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..

 

Kita sangat sangat memerlukan al-Quran…barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi…Allah..Allah…”

Pesakit: “(menitis air mata…..) Abang..bacakan saya al-Quran…saya tak boleh baca..buta tajwid… :(“

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya……………………

.

SUMBER : FB Ustaz Nasir

.

p/s ~ Kisah ini mengingatkan ana mengenai permintaan terakhir Allahyarham Ustaz Asri (Rabbani) di RTM tidak lama dahulu……

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

Advertisements

4 responses to this post.

  1. masyallah,sangat menyentuh hati..

    Reply

  2. Posted by Ayu on 05/04/2013 at 9:06 am

    Salam, Saya mohon share… satu peringatan buat saya..

    Reply

  3. Posted by ida on 10/04/2013 at 3:32 pm

    subhanallah. sangat menyentuh hati.

    assalamualaikum tuan.
    mohon share ya.

    terima kasih.

    Reply

  4. Posted by Anis Syahra on 20/04/2013 at 6:42 pm

    As slm..mohon share utk tarbiah diri sendiri & org2 yg ana sygi..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: