Masjid Pertama Di Sweden Dapat Kebenaran Laungkan Azan Solat Jumaat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Masjid Fittja.

Sebuah masjid di pinggir bandar Stockholm mencatat sejarah di Sweden setelah dibenarkan untuk melaungkan azan Solat Jumaat menggunakan pembesar suara di menara Masjid Fittja, sekali gus menjadi masjid pertama di Sweden untuk berbuat demikian.

Pada akhir bulan Mac 2013 lalu, suatu majlis Datuk Bandar di Sweden buat pertama kalinya telah meluluskan laungan azan umat Islam dari masjid di pinggir Fittja, sebahagian daripada perbandaran Botkyrka itu setelah diberi kebenaran oleh pihak polis Stockholm.

Dilaporkan mesyuarat dalam Majlis Perbandaran Botkyrka tentang azan telah menyebabkan berlaku ketegangan. Tiga ahli kanan Demokrat Sweden (SD) menentang kelulusan dengan mendakwa bahawa ia akan membawa kepada propaganda Islam. Walau bagaimanapun, majoriti majlis bersetuju untuk meluluskan laungan azan tersebut kerana ia adalah bagi memenuhi hak asasi manusia.

Pihak pengurusan masjid dapat memenuhi syarat yang diperlukan seperti memaklumkannya terlebih dahulu kepada penduduk yang tinggal 1 km sekitar sebelum pembesar suara digunakan dan tiada tentangan daripada penduduk sekitar.

Ketua Persatuan Islam Turki di Botkyrka, Ismail Okur menyuarakan rasa gembira dan bersyukur selepas pihak berkuasa Sweden memberi kebenaran tersebut walaupun Masjid Fittja hanya dibenarkan melaungkan azan pada setiap hari Jumaat dalam tempoh tiga minit hingga lima minit antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang.

Imam Ismail turut menyatakan bahawa Botkyrka merupakan daerah yang sebahagian besarnya dihuni oleh umat Muslim dan Masjid Fittja adalah satunya masjid di Sweden yang memiliki menara dan pihaknya telah lama berusaha meminta kebenaran untuk melaungkan azan Solat Jumaat menggunakan pembesar suara di masjid Fittja.

Masjid Fittja Grand yang mempunyai kira-kira 1,500 ahli jemaah telah dibina pada tahun 2007 dengan bantuan kewangan daripada Direktorat Hal Ehwal Agama Turki (DIB) dan dermawan di Sweden.

Sumber : AFP, TT Agency dan Anadolu Agency

.

.

Syukur

Betapa bersyukurnya kita dapat hidup selesa dan dengan mudahnya dapat melakukan ibadah solat dan bebas melaungkan azan di mana-mana jua di bumi Malaysia ini. Keampunan Allah SWT amat banyak, di mana keampunan itu digambarkan sejauh laungan suara yang dilaungkan ketika azan dan baginya pahala sama seperti pahala orang yang solat bersamanya, seperti yang dijelaskan dalam hadis daripada Barra bin Azib, yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah SWT dan malaikatnya berselawat ke atas mereka yang berada di saf hadapan, manakala muazzin diampuni dosanya sepanjang suaranya, ucapannya dibenarkan oleh mereka yang mendengarnya, yang terdiri daripada benda basah dan kering dan dia akan memperoleh pahala sebanyak pahala mereka yang solat bersamanya.”

.

Iblis dan syaitan juga lari bertempiaran mendengar bacaan azan, berdasarkan hadis Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila sempurna azan, dia datang hingga apabila dilaungkan iqamah untuk solat dia lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia datang, mengganggu dan menimbulkan rasa waswas dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa rakaat dia solat.” (Hadis Riwayat Abu Hurairah)

.

Oleh kerana itu jadilah pemimpin kepada diri dan jiwa kita yang sebenarnya di samping berusaha memperbaiki ibadah dan kekusyukan solat agar dapat membebaskan diri daripada sebarang anasir dan gangguan terutama dari Iblis, Syaitan dan kuncu-kuncunya.

.

.

Artikel Berkaitan:

Tips Lengkap Khusyuk Solat  (Klk Di Sini)

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

.

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by arman shah mohamed on 14/04/2013 at 1:00 pm

    Alhamdulillah, moga dibukakan lagi pintu hati rakyat Sweden untuk memeluk agama suci Allah s.w.t..amin

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: