Apakah Matlamat Menghalalkan Cara ?

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Matlamat_Menghalalkan_Cara

Majoriti ahli politik dunia termasuk di negara kita menggunakan idealogi dan falsafah politik Nicholo Machiavelli yang terang dan jelas bertentangan dengan roh Islam dan adab-adabnya.Kaedah ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ kerap dikaitkan dengan cetusan oleh Machiavelli di dalam ‘The Prince’, karyanya mengenai pentadbiran negara, bahawa kesesuaian sepatutnya menjadi asas suatu tindakan. Ini dapat dilihat dari ungkapannya:

“In the actions of all men, we must look to the end. Let a prince, therefore, win victories and uphold his state; his methods will always be considered worthy, hence the dictum, ‘The End Justifies The Means.”

(“Dalam tindakan setiap manusia kita mesti melihat kepada penyudahnya (matlamat yang ingin dicapai). Jadi biarlah seorang putera (raja) mendapat kemenangan dan mempertahankan negaranya; kaedah yang diambilnya akan sentiasa dianggap berbaloi, maka timbullah pernyataan, ‘Matlamat Menghalalkan Cara’.”)

~ [Niccolo Machiavelli, The Prince].

Ideologi Dan Falsafah Machiavelli

Nicholo Machiavelli merupakan seorang ahli falsafah Itali. Beliau telah berkhidmat selama 14 tahun dengan kerajaan Itali sebagai setiausaha kerajaan. Terkenal dengan bukunya yang masyhur ‘The Prince’. Sebuah buku yang membicarakan ideologi dan falsafah politik menurut sisi pandang Nicholo Machiavelli.

Falsafah politik Machiavelli adalah falsafah pengalaman peribadinya yang bersifat saintifik dan empirikal yang berdasarkan suasana kekacauan politik pada zaman Renaissance. Dalam bukunya, beliau menggariskan beberapa panduan berpolitik untuk pemerintah.

 

Antara falsafah beliau, untuk mengekalkan kuasa, maka haruslah mengabaikan pertimbangan moral sepenuhnya dan menaruh segala keyakinan terhadap kekuatan dan kepintaran berbohong dan berbicara. Dalam tulisan Machiavelli, beliau banyak menceritakan sejarah kerajaan terdahulu seperti kerajaan Yunani dan Rom yang memusatkan kepada kuasa sebagai tunggak pemerintahan.

Machiavelli juga mengatakan kerajaan perlu bijak mengaburi mata rakyat dengan hiburan, dan sukan bagi melalaikan mereka. Bagi Machiavelli, ‘Matlamat Menghalalkan Cara’, tidak kira caranya  sama ada baik atau buruk. Machiavelli menyatakan nilai–nilai buruk yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin adalah seperti sifat menipu, kedekut, melakukan kejahatan dan tidak takut kepada kecaman rakyat.

Machiavelli menambah, seorang pemimpin juga patut menonjolkan sifat hipokrit dalam kehidupan hariannya. Dia harus berpura-pura menonjolkan nilai baik dalam dirinya terutama sifat alim, baik budi, jujur, pemurah dan berperikemanusiaan. Machiavelli berkata seorang pemimpin itu tidak perlu memiliki semua sifat baik tetapi ‘seakan-akan memiliki sifat baik’ kerana manusia akan hanya menilai berdasarkan apa yang dilihat sahaja daripada apa yang mereka rasa.

Doktinnya ‘The End Justifies The Mean’ yang bermaksud, dalam mencapai dan mengukuhkan kuasa, seseorang pemimpin itu hendaklah mengukur antara manfaat tindakan yang baik dan tindakan yang buruk. Jika perlu memperolehi kuasa, maka tindakan buruk perlu digunakan. Demi kepentingan kuasa politik, diharuskan menggunakan sebarang cara untuk merealisasikan matlamatnya.

Secara ringkasnya, kaedah ini bermaksud, seseorang itu boleh melakukan apa sahaja atau mengambil apa jua cara (walaupun salah) demi untuk mencapai matlamat atau tujuannya. Ini adalah kerana yang penting atau yang diambil kira ialah matlamat, yakni tercapainya matlamat dengan apa cara sekalipun.

Kaedah ini sering dipraktikkan oleh kaum kuffar untuk memadamkan cahaya Islam di muka bumi ini. Walaupun ungkapan ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ tidak dikenali pada zaman awal Islam, tetapi dari segi aplikasinya ia telah dilakukan oleh kaum Yahudi dan kafir Quraisy. Contoh yang jelas boleh diambil dari peristiwa setelah Rasulullah Salallahu ‘alaihi wa Sallam mendirikan negara Islam pertama di Madinah di mana beberapa puak Yahudi telah dihalau keluar kerana membuat onar dan kekacauan dalam negeri.

 

 

Kejahatan Yahudi

Ia bermula dengan pengusiran Yahudi Bani Qainuqa’ yang dicetuskan oleh sikap biadab Yahudi sehingga tersingkapnya aurat seorang Muslimah. Kemudian diikuti oleh Yahudi Bani Nadhir yang merancang satu konspirasi untuk membunuh Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi wa Sallam.

Melihat kepada perkembangan ini, kaum Yahudi berfikir, samada mereka ingin membiarkan keadaan terus begini (dihalau) dan mengalah, atau mereka mesti melakukan sesuatu untuk membalas dendam, di mana mereka boleh menghasut orang-orang Arab untuk membalas dendam terhadap Muhammad Salallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka berfikir bahawa jika keadaan ini dibiarkan, umat Islam akan menjadi semakin kuat manakala mereka pula (Yahudi) menjadi pelarian.

Bermatlamat untuk menghapuskan Muhammad Salallahu ‘alaihi wa Sallam dan Islam, maka Yahudi mula berfikir bagaimana hendak menghasut orang-orang Arab demi mencapai tujuan mereka. Untuk melaksanakan rancangan ini, beberapa orang dari kalangan Yahudi pergi menemui kafir Quraisy di Mekah. Mereka terdiri dari Huyay bin Akhtab, Sallam bin Abil-Huqaiq dan Kinana bin Abil-Huqaiq. Mereka pergi bersama-sama dengan beberapa orang dari Bani Wa’il Hawadha bin Qais dan Abu ‘Ammar.

Ketika bertemu dengan penduduk Mekah, Huyay ditanya oleh kafir Quraisy mengenai (persediaan) kaumnya, maka dia menjawab, “Mereka saya biarkan mundar-mandir ke Khaibar dan ke Madinah sehingga tuan nanti datang ke tempat mereka dan berangkat bersama-sama menghadapi Muhammad dan sahabat-sahabatnya.”

Ketika dia diajukan soalan tentang Bani Quraizah, dia menjawab, “Mereka tinggal di Madinah sekadar mahu mengelabui mata Muhammad. Seandainya pihak tuan datang, mereka akan bersama-sama memihak kepada tuan.”

Kafir Quraisy menjadi ragu-ragu sama ada mahu terlibat atau menarik diri. Untuk menenangkan keadaan ini, kafir Quraisy bertanya kepada Yahudi berkenaan status/kedudukan mereka (Quraisy) berbanding Muhammad, jika ada jawapan yang kukuh (dari Yahudi) maka mereka akan menyertai pakatan Yahudi menyerang Madinah [Sejarah Islam, Khir Haikal, Perang Khandak]. Ibn Katsir mengemukakan beberapa hadis semasa menafsirkan ayat berhubung peristiwa ini, antaranya:

 

Dari Ikrimah dia berkata, “Huyay bin al-Akhtab dan Kaab bin al-Asyraf mendatangi penduduk Mekah, mereka (Quraisy) bertanya, ‘Kamu Ahli Kitab dan Ahli Ilmu, maka ceritakan perbandingan kami dengan Muhammad’; mereka (dua Yahudi) berkata ‘Terangkan kepada kami tentang kamu (Quraisy) dan Muhammad’. Mereka (Quraisy) berkata ‘Kami menjaga silaturahim, kami menyembelih unta (untuk orang miskin), memberi mereka minum susu, membebaskan mereka dari hutang dan kami memberi minum orang yang berhaji, sedangkan Muhammad adalah punca terputusnya silaturrahim, orang yang mengikut mereka (pengikut Muhammad) merompak orang yang berhaji dari Bani Ghifar, jadi siapakah yang lebih baik, kami atau dia?’. Mereka (Yahudi) berkata ‘Kamu (Quraisy) lebih baik dan lebih berpetunjuk’.” [HR Ibn Abi Hatim].

Maka kejahatan Yahudi ini menjadi asbab kepada penurunan ayat,

أَلَمْ تَرَ‌ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِّنَ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُ‌وا هَـٰؤُلَاءِ أَهْدَىٰ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا سَبِيلًا ﴿٥١

“Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi wa Sallam).”  (Surah An-Nisa’ 4:51)

 

Dari riwayat ini jelas menunjukkan bahawa kaum Yahudi terlaknat ini sanggup memuji dan menyatakan kafir Quraisy adalah lebih berpetunjuk dari Muhammad, yang mana mereka, dalam hal ini, telah jelas-jelas menafikan ajaran kitab (Taurat) mereka sendiri; bahawa sebenarnya ajaran Muhammad dan pengikutnyalah yang lebih baik dan lebih berpetunjuk dari golongan Musyrikin. Jika dilihat dari asbabunnuzul (sebab turunnya ayat) ini, ia jelas menunjukkan sikap Yahudi yang sanggup menggadaikan aqidah tauhid mereka demi mencapai matlamat untuk membentuk pasukan al-Ahzab bagi menghapuskan Muhammad. Mereka sanggup menggunakan apa jua cara asalkan matlamat mereka tercapai.

 

Ada Di Mana Sahaja

Sebenarnya kaedah ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ ini boleh kita temui di mana-mana sahaja dalam arena kehidupan, dari dahulu hingga sekarang. Bagi sesiapa yang mengkaji sejarah Perang Dunia Kedua, mereka akan mengetahui bahawa AS mula terlibat di dalam perang ini setelah serangan di lakukan ke atas Pearl Harbour. Tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa AS pada waktu itu ‘sengaja’ membiarkan Pearl Harbour diserang untuk dijadikan justifikasi keterlibatannya di dalam perang ini bagi mencapai matlamat mereka menjadi superpower dunia.

Dalam mencapai matlamat ‘suci’nya ini, sudah ribuan umat Islam dibunuh oleh AS dan ratusan ribu lagi menderita. AS di bawah pentadbiran George W. Bush laknatullah juga menggunakan kaedah yang sama di dalam matlamatnya untuk memerangi Islam dan menawan negara Iraq dan Afghanistan yang dikuasai kaum Muslimin.

Rejim AS sanggup korbankan mangsa di bangunan berkembar WTC demi memburu dan membunuh umat Islam sewenang-wenangnya dan mewar-warkan matlamat ‘murni’ mereka untuk menghapuskan ‘pengganas’.

Apa yang lebih menyedihkan kita adalah terdapat di kalangan umat Islam sendiri yang telah mengambil kaedah Machiavelli ini. Umat Islam ada yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk cara yang haram demi mencapai matlamat mereka. Matlamat berlandaskan suatu ‘kesucian atau kemurnian’ sering dijadikan justifikasi untuk menghalalkan apa sahaja tindakan yang mereka ambil.

 

Hal ini dapat dilihat pada individu, gerakan atau kumpulan tertentu. Contohnya, menyokong kumpulan pengganas menyerang Negara bagi mencapai matlamat tertentu ataupun atas matlamat suci untuk menyara keluarga, ada pihak yang membenarkan ibu tunggal untuk melacur kononnya kerana darurat. ‘Matlamat suci’ di sini telah digunakan untuk menghalalkan perkara yang jelas-jelas haram.

Umat Islam hari ini amat mudah untuk menghalakan cara yang haram atau subahat semata-mata untuk mencapai matlamat yang baik walaupun jalan dan cara yang digunakan bertentangan dengan syariat, akhlak dan nilai-nilai murni yang digariskan Islam.

Ingatlah bahawa agama ini milik Allah SWT dan Allah Ta’ala sahajalah yang berhak menentukan yang halal dan haram. Rasulullah Salallahu ‘alaihi wa Sallam merupakan seorang pejuang Islam yang wajib kita jadikan contoh teladan. Jika Rasulullah Salallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri tunduk dan patuh kepada perintah dan larangan Allah SWT di dalam menegakkan DeenNya, maka sudah semestinyalah kita sebagai umatnya juga wajib berbuat demikian.

Firman Allah SWT:

 لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَ‌سُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْ‌جُو اللَّـهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ‌

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat.” (Surah Al-Ahzab, Ayat 21)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

4 responses to this post.

  1. Posted by isma on 25/04/2013 at 8:00 am

    mohon d share kan…tq

    Reply

  2. […] sebelum ini telah dibentangkan mengenai ‘Apakah Matlamat Menghalalkan Cara’ yang boleh dibaca DI SINI. maka kali ini diperkenalkan pula ‘Matlamat Tidak Menghalalkan […]

    Reply

  3. […] pemimpin yang hanya gilakan kuasa dan bertopengkan agama walaupun sanggup menggunakan kaedah ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ dari […]

    Reply

  4. Posted by yuskhanzab on 19/05/2013 at 9:09 am

    cerita yang baik, terima kasih sudi berkongsi.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: