Menjaga Adab-Adab Muslim Semasa Kempen Pilihanraya

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Jaga Adab Ketika Kempen PRU 13.

Berkempen adalah salah satu budaya kehidupan manusia hari ini, ketika manusia sedang berusaha untuk menonjolkan atau menyokong pemimpin, mencari sokongan pengundi, menunjukkan ketokohan diri atau mempromosikan kebaikan diri, parti atau organisasi, maka ianya tidak boleh terkeluar daripada adab-adab Islam.

.

.

Adab-Adab Berkempen

.

Apakah adab-adab dan akhlak yang perlu dijaga sewaktu menjalani kempen pilihan raya. Terdapat beberapa kaedah yang baik yang boleh digunakan oleh orang mukmin ketika dia berceramah, berkempen dan mencari sokongan rakyat untuk dijadikan panduan, antaranya:

 .

1. Jauhkan ucapan berbentuk maki hamun, mengutuk dan mendedahkan aib peribadi seseorang. Ketika berkempen (berceramah atau rapat umum), perlu mengawal lidah dengan sebaik-baiknya kerana peribadi seorang muslim tidak akan berkata perkara-perkara su’udzon, dusta, memfitnah, berbohong atau menokok-tambah keaiban seseorang yang tidak ada pada dirinya.

 

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرً‌ا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِ‌هْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّ‌حِيمٌ ﴿١٢

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah sifat banyak syak wasangka kerana sebahagian syak wasangka itu perbuatan dosa. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah seseorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentulah kamu berasa jijik. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Hujurat 49: Ayat 12).

 .

2. Setiap penyokong atau pun calon yang menyebar manifesto dan bahan kempen, pastikan menyampaikannya dengan penuh akhlak seorang muslim. Ini sangat penting ketika saat-saat genting seperti ini, sangat mudah tercetusnya suasana yang tidak baik jika kita sama-sama tidak mengawalnya, mungkin boleh terjadinya pergaduhan, kutuk mengutuk, memfitnah, mendedahkan aib dan sebagainya.

Nabi SAW telah memberi nasihat kepada kita dengan sabdanya: “Sesiapa yang menutup aib saudaranya, Allah akan menutup aibnya di dunia dan hari akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)

 .

3. Tidak terlalu melampau sehingga melanggar batas-batas Islam ketika berjalannya sesi berkempen dan pilihan raya sehingga membawa kepada perbalahan dan pergaduhan sesama sendiri agar kita semua beroleh petunjuk dan rahmat, ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْ‌حَمُونَ ﴿١٠

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat ayat 10)

 .

4. Sebaik-baiknya mereka yang dicaci atau difitnah perlu mendiamkan diri daripada membalas cacian. Rasulullah SAW bersabda: “Diam itu adalah suatu hukum dan amat sedikit orang yang melakukannya.” (Hadis riwayat Abu Mansurad-Dailani daripada Ibn Umar)

 .

5. ‘Matlamat Tidak Menghalalkan Cara’; Jangan mengsabotaj, khianat, memfitnah dengan menyebarkan surat-surat dan gambar-gambar palsu (super impose), VCD seks palsu, menuduh berzina atau liwat dan edaran risalah-risalah berbentuk dakwaan semata-mata. Perlu diingat bahawa setiap satu tuduhan jika tak benar akan bertanggungjawab di hari akhirat. Janganlah  menuduh dalam sesuatu yang tak pasti. Hukumnya boleh jatuh dalam kategori dosa fitnah yang dosanya lebih besar dari membunuh.

 .

6. Mendedahkan kesalahan seorang pemimpin yang rasuah dan ada bukti-bukti yang kukuh tidak dilarang kerana orang ramai perlu tahu akhlak seorang pemimpin yang hendak dipilih. Contohnya : ada bukti berbentuk dokumen, transasi kewangan, perjanjian jual beli dan sebagainya yang telah disahkan.

 .

7. Mendedahkan kelemahan pemerintahan lama dan mencadangkan cara pemerintahan baru yang telah terbukti lebih berjaya, bertanggungjawab, telus dan adil tidak salah dan berikan bukti-bukti kelemahan dan akibat yang ditanggung oleh rakyat kerana mungkir janji, penyelewengan, salah tadbir dan salah laku pemimpin. Bukti perlu dalam bentuk laporan audit, laporan pegawai kewangan dan laporan NGO Bebas dan pakar luar negara.

 .

8. Tidak salah mewar-warkan kejayaan, kebaikan dan bantuan serta kebajikan yang telah dibuat oleh pemimpin dan kerajaan dengan syarat kebaikan itu telus dan bukan untuk berbangga-bangga.

 .

9. Mengemukakan menipesto yang diyakini, lebih baik, berkemampuan dan berjanji untuk melaksanakan jika berkuasa tidak dilarang kerana setiap niat dan kebaikan yang dirancang adalah salah satu tuntutan Islam.

 .

10. Setiap calon hendaklah memberi manifesto yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam. Memberi manifesto yang menyakinkan dan ulasan yang baik serta sebab apa memilih gagasan yang sedemikian adalah sangat membantu untuk membuka mata pengundi sejurus membawa kejayaan kepada apa yang dipimpin kelak.

 .

11. Kandungan manifesto tersebut hendaklah releven untuk dilaksanakan dan perlu ada kemampuan untuk melaksanakannya, ini sangat penting untuk mengelakkan diri daripada mengkhianati rakyat kelak. Tidak menunaikan janji adalah salah satu sikap orang munafik, maka berhati-hatilah ketika memberi manifesto dan berkempen. Fikir dahulu sebelum bercakap.

 .

Semua rakyat yang cintakan keadilan dan kehidupan perlulah sentiasa kekal dengan akhlak dan adab-adab Islam. Ketenteraman, kasih-sayang dan kedamaian adalah elemen-elemen yang sangat penting di dalam masyarakat Islam. Permusuhan dan pergaduhan pula adalah musuh yang paling besar dalam sesebuah komuniti. Maka di dalam kehangatan untuk kita menjalani tanggungjawab kita sesama insan, maka sikap dan akhlak itu sangat penting, agar segala tindak tanduk kita mendapat petunjuk daripada Allah SWT sejurus membawa komuniti kita menuju keredaan Allah SWT.

Firman Allah SWT:

وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَ‌سُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِ‌يحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُ‌وا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِ‌ينَ ﴿٤٦

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, kalau tidak nescaya kamu akan menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.(Surah al-Anfal, ayat 46).

 .

Dekati pengundi dengan akhlak yang baik dan terpuji, dengan sifat orang mukmin dan  budaya timur yang bertanggungjawab, memahami dan menghormati kehendak satu sama lain. Jadilah pemimpin yang benar-benar menyayangi Rasulullah SAW, beraqidah dan berakhlak Islam sebenar dalam kepimpinan dan kehidupannya, bukannya pemimpin yang hanya gilakan kuasa dan bertopengkan agama walaupun sanggup menggunakan kaedah ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ dari Machiavelli.

 .

Calon dan jentera parti mesti memahami bahawa politik itu merupakan salah satu kaedah untuk mengajak masyarakat ke arah kebaikan. Mereka perlulah berkempen mengikut lunas undang-undang selain berpandukan akhlak Islam, keharmonian masyarakat majmuk Malaysia dan bebas daripada segala anasir negatif.

 .

Jadikanlah kempen dan pertandingan dalam pilihan raya umum bagi menyokong dan memilih calon pemimpin yang paling baik yang dapat memelihara dan menjamin maruah Islam di samping dapat meneruskan kesinambung pembangunan mampan dan keselesaan kehidupan masyarakat  Islam dan keseluruhan masyarakat Malaysia amnya. Ini juga bertepatan dengan amalan politik menurut syariat (siasah syariah) yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW sehingga baginda berjaya menubuhkan sebuah negara Islam yang unggul pada pemerintahannya.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

Husnuzon (Bersangka Baik)  (Klik Di Sini)

Apakah Matlamat Menghalalkan Cara  (Klik Di Sini)

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara  (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: