KJ: Belia Cinta Negara

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

puncak evrest .

Khutbah Jumaat: Belia Cinta Negara” 

kj belia 1

kj pembuka 3

.

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT  dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, di samping kita berusaha mempertingkatkan pembangunan dan pendidikan anak-anak dan ahli keluarga agar menyempurnakan kewajipan masing-masing. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “BELIA CINTA NEGARA”.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Belia adalah harta yang amat berharga dan menjadi tonggak kekuatan generasi serta pewaris kepimpinan masa depan negara. Menurut Kementerian Belia dan Sukan, golongan belia adalah merujuk kepada mereka yang berumur diantara 15 hingga 40 tahun, meliputi 40.2 peratus penduduk daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

.

Berdasarkan jumlah yang besar ini dan selari dengan wawasan belia hari ini, maka amat wajar golongan ini diasuh, dididik dan dibimbing menjadi generasi belia yang bercirikan cintakan negara. Secara umumnya generasi belia cintakan negara adalah merujuk kepada belia yang mempunyai jati diri, semangat patriotisme, taat kepada pemimpin dan terikat di dalam kumpulan atau dengan kata lain mencintai perpaduan.

.

Kehebatan generasi belia seperti ini menjamin kemakmuran dan kemajuan negara di masa depan, ia selari dengan konsep sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini yang berteraskan pembangunan potensi diri, melestari kreativiti dan inovatif, memartabat perpaduan serta jati diri. Persoalan besar timbul ialah bagaimana usaha untuk melahirkan generasi cinta negara ini?.

.

 Berdasarkan sejarah Islam, penglibatan golongan yang mempunyai jati diri, semangat patriotisme serta berjiwa besar memberi sumbangan dalam membentuk identiti remaja dan belia. Soalnya, siapakah sebenarnya mereka ini?. Secara ringkasnya mereka yang mempunyai jati diri, semangat patriotisme serta berjiwa besar mempunyai kekuatan yang jitu sebagai seorang yang cintakan negara. Hakikatnya agama Islam menggariskan dengan jelas tentang perkara ini terutamanya yang berhubung kait dengan kepentingan untuk mempertahankan keselamatan dan maruah agama, bangsa dan negara.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Rasulullah SAW selain sebagai pemimpin umat, adalah seorang ketua negara yang memberi penekanan khusus membimbing belia  dengan cara menggesa mereka sentiasa taat beribadah kepada Allah, taat kepada pemimpin, sayang kepada negara, berakhlak mulia, menjaga kesihatan akal, kebersihan jasmani dalam semua sudut yang membawa kepada kesempurnaan peribadi. Bimbingan ini akan mencorakkan jati diri yang beramanah dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Sabda Rasulullah SAW:

kj belia 2

Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada padanya kelakuan pelik dan menyeleweng.” (Riwayat Ahmad)

.

Berdasarkan hadith ini, pemuda soleh adalah individu yang menerima amanah paling baik sehingga kelihatan coraknya pada akhlak mereka. Generasi pemuda soleh ini terus lahir seperti Khalifah al-Rasyidin, pemimpin tentera, pemimpin kerajaan di zamannya juga bertindak sebagai pemimpin negara. Mereka menjadi contoh teladan kepada masyarakat khususnya para belia.

.

Sejarah juga telah merakamkan tentang kegigihan tentera Islam sejak kerajaan Umaiyyah, Abasiyah dan Othmaniah Turki untuk menawan Kota Konstantinopel (Istanbul) tetapi gagal. Namun satu ketika tampil seorang anak muda iaitu Sultan  Muhammad Al-Fateh, Sultan Kerajaan Othmaniah Turki bangkit menghidupkan kepimpinannya. Dalam usia 21 tahun Baginda berjaya menawan semula kota Konstantinopel daripada Rom. Antara penyebab kejayaan tersebut ialah tertanamnya kesetiaan kepada pemimpin dan semangat cintakan negara di samping bijak, pintar dan kreatif .

.

Kota tersebut menjadi laluan dan menjadi pintu masuk penyebaran Islam di Eropah. Antara kata-kata keramat Baginda ketika melancarkan percubaan akhir pada hari ke 53 kepungan untuk menawan Kota Konstantiopel ialah, “ Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah, sesiapa yang mahu syahid, ikutilah aku”. Menurut riwayat, Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh lagi. Demikianlah contoh kepimpinan negara dimana kekuataan rohani tidak dapat dipisahkan dalam diri mereka sebagai pemimpin.

.

Syeikh Dr.Yusof Al-Qaradhawi seorang tokoh ulama’ semasa yang amat berpengaruh menyatakan, “apabila kita hendak melihat wajah sesebuah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. Sekiranya golongan muda hari ini adalah daripada kalangan berakhlak, tentunya sesebuah negara itu akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku.”

.

Justeru, menjadi tanggungjawab mimbar mengingatkan sidang jumaat dan umat  Islam sekalian bahawa corak tingkah laku golongan belia  masakini merupakan cerminan masa depan sesebuah negara. Oleh itu, golongan ini begitu penting dalam membawa perubahan daripada negatif kepada positif, lemah kepada kuat, mundur kepada maju dan terbaik kepada cemerlang. Kepada para belia mereka dituntut segala jiwa dan raga demi menjamin kemajuan dan keamanan sebuah negara dan hendaklah bertindak sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

.

Sebagai belia Islam mestilah mengukuhkan ilmu bukannya hanya dalam bidang akademik semata-mata namun yang lebih penting ialah ilmu yang berkaitan tentang kehidupan dan negara, supaya ilmu itu mampu diaplikasikan bagi memelihara kedaulatan agama Islam, bangsa dan negara tercinta. Ingatlah.bahawa tanggungjawab untuk mempertahankan agama Islam adalah amanah yang mesti dilaksanakan oleh setiap umat terutama dari golongan belia. Buktikanlah pada negara bahawa belia Islam adalah belia yang terbaik, mampu menjadi contoh dan layak untuk memimpin negara di masa hadapan.

.

.

Sidang Jumaat dan umat Islam sekalian,

Kebangkitan golongan belia pada akhir-akhir in amat mengembirakan kita, namun terdapat juga kes-kes dimana idealisme kebebasan dan hak yang diperjuangkan oleh mereka samada melalui persatuan atau pertubuhan perlu diberi arah tujuan selaras prinsip-prinsip Islam. Kegelojohan menyuarakan pandangan dan memperjuangkan hak menyebabkan ada segelintir mereka ini terjebak dengan aktiviti ekstrem, demotrasi jalanan, melakukan kekacauan dan huru-hara. Pada pemerhatian mimbar ada juga di kalangan golongan ini telah diambil kesempatan oleh sesetengah pihak untuk dijadikan perisai politik demi mengejar kuasa.

.

Walaupun hanya segelintir sahaja belia yang telah dimanipulasi pemikiran mereka, perkara ini sangat menyedihkan dan mesti ditangani segera kerana belia sepatutnya menjadi barisan hadapan bagi mempertahankan agama Islam dan negara. Bayangkan, apakah akibatnya kepada kedaulatan agama dan negara jika keadaan ini berterusan? Pastinya musuh-musuh Islam akan bersorak gembira menanti runtuhnya sebuah negara Islam yang sepatutnya dipertahankan sehingga ke titisan darah yang terakhir.

.

Mimbar percaya bahawa golongan belia sebenarnya mempunyai idealisme yang hebat tetapi dalam masa yang sama masih mentah pengalaman hidup dan terbawa bawa dengan jiwa muda yang bergelora lagi bernafsu. Ingatlah dan insaflah bahawa kegelojohan nafsu syahwat di peringkat belia sangat kuat. Jika punca dan tempat yang menaikkan nafsu tidak ditutup, maka selagi itulah anak-anak kita, para belia terdedah kepada gejala keruntuhan akhlak dan menghancurkan kehidupan serta masa depan negara. Kehendak nafsu yang berunsur syahwat sentiasa mencabar setiap peringkat kehidupan ia boleh menjejaskaan kualiti akhlak manusia setaraf dengan binatang.

Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah mengingatkan sabdanya:

kj belia 3

Mafhumnya: “Rebutlah lima perkara sebelum kamu di datangi oleh lima perkara lain. Masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sempit, dan masa hidupmu sebelum mati.” (Riwayat al-Hakim dan Ibnu Majah).

.

Percayalah bahawa Islam telah menetapkan, setiap insan tidak memiliki kebebasan yang hakiki, bahkan setiap tindak-tanduknya dibimbing oleh prinsip dan peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak yang bersumberkan wahyu daripada Allah SWT. Hak dalam agama Islam sudah pastinya tidak sama sekali bertentangan dengan hak-hak Allah yang menjamin kepentingan dan kemaslahatan umum.

 Justeru, para belia diseru supaya berpegang kepada ajaran agama dan akidah yang sentiasa dipertahankan agar umat Islam di negara ini dapat menuju al-falah. Janganlah mudah terpengaruh dengan hasutan. Jadikanlah al -Quran dan as- Sunnah sebagai sumber rujukan yang utama melebihi hujah yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin tertentu sebelum membuat sesuatu tindakan. Ambillah contoh dan tauladan apa yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dari segi semangat dan keazamannya, ketakwaan Nabi Yusuf AS, keberanian Ashab al-kahf dan keimanan para sahabat Rasulullah SAW.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, bersempena dengan minggu Sambutan Hari Belia 2013 yang bertemakan Belia Inspirasi Negara, mimbar menyeru marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan generasi belia negara kita sentiasa diberikan taufik hidayah oleh Allah SWT dan seterusnya berjaya memainkan peranannya yang sebenar dalam memacu pembangunan negara bangsa yang maju dan dihormati lagi dikasihi Allah SWT.

.

Marilah kita melakukan tindakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berasaskan kepada semangat persaudaraan Islam dan bertimbang rasa dengan pihak lain. Janganlah pula kita terhasut dengan pemikiran yang jahat dan dari godaan syaitan yang menyesatkan. Kita berdoa kepada Allah SWT agar senantiasa diberi keinsafan dan berteduh dibawah payung perpaduan. Kita juga memohon dikekalkan kesinambungan nikmat keamanan dikalangan kita, dijauhi segala malapetaka yang boleh menjejaskan usaha membangunkan agama, bangsa dan negara.

Percayalah bahawa belia cintakan negara merupakan cerminan masa depan dan teras kepada sesebuah negara.

kj belia 4

Maksudnya: “(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! kurniakanlah kami rahmat dari sisimu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (surah Al-Kahfi ayat; 10)

 .

.

.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Belia Cinta Negara”

(24 Mei 2013 / 14 Rejab 1434H)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: