MERS-CoV ~ Ambil Langkah Berjaga-Jaga Jika Ke Timur Tengah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

pencegahan.

Ketika musim melakukan umrah dan menjelang ketibaan bulan Ramadhan, Julai ini, orang ramai yang berkunjung ke negara-negara Timur Tengah dan Eropah diminta supaya sentiasa mengambil pelbagai langkah untuk menjaga kesihatan dengan lebih rapi terhadap penularan wabak penyakit MERS-CoV.

 

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata Kementerian Kesihatan Malaysia bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam memantau perkembangan wabak ‘Middle East Respiratory Syndrom Coronavirus’ (MERS-CoV)  atau ‘Novel coronavirus’ (NCoV-EMC) di seluruh dunia.

Negara Timur Tengah yang melaporkan kes MERS-CoV ialah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Qatar dan Tunisia, manakala negara-negara Eropah ialah Denmark, Jerman, Perancis dan United Kingdom.

Agensi pelancongan dan syarikat yang merancang untuk menguruskan pakej-pakej haji musim ini, diharap dapat bekerjasama rapat dengan kementerian untuk memberikan maklumat terperinci mengenai penularan wabak itu kepada jemaah.

Sementara itu, jurucakap kementerian kesihatan Arab Saudi, Khaled al-Mirghalani dilaporkan agensi berita AFP di Riyadh, sebagai berkata pihak berkuasa tidak akan mengadakan perubahan pada syarat ke atas para jemaah haji yang menunaikan rukun Islam kelima itu di Makkah bulan depan.

Sehingga kini WHO tidak mengeluarkan sekatan perjalanan pelancong antarabangsa ke mana-mana negara terlibat, dan vaksin untuk jangkitan penyakit itu juga belum ditemui.

Penasihat Khas bagi aspek Keselamatan Kesihatan dan Alam Sekitar WHO Andrew Harper dalam satu taklimat media di Geneva hari ini menggesa petugas kesihatan di seluruh dunia supaya berjaga-jaga terhadap simptom MERS yang berpotensi menjadi pandemik, menjangkiti seluruh dunia.

MERS-CoV merupakan anggota keluarga kumpulan coronavirus yang menjangkiti manusia serta haiwan, dan Sindrom Pernafasan Akut (SARS) merupakan antara strain coronavirus berkenaan.

.

Imej mikroskop Agensi Perlindungan British Kesihatan menunjukkan Virus baharu coronavirus, sebahagian daripada keluarga patogen yang menyebabkan penyakit termasuk selesema dan SARS, yang pertama kali dikenal pasti pada tahun lalu di Timur Tengah.

Imej mikroskop Agensi Perlindungan British Kesihatan menunjukkan Virus baharu coronavirus, sebahagian daripada keluarga patogen yang menyebabkan penyakit termasuk selesema dan SARS, yang pertama kali dikenal pasti pada tahun lalu di Timur Tengah.

.

Tanda Jangkitan

.

Apakah tanda-tanda virus MERS-CoV pada manusia?

Tanda-tanda jangkitan virus MERS-CoV boleh bermula dari tanda-tanda selesema biasa, seperti demam, batuk, sakit tekak dan sakit otot, sehinggalah menyebabkan :~

    1. Mengalami demam panas
    2. Mengalami radang paru-paru
    3. Menyebabkan jangkitan mata
    4. Kandungan gula rendah dalam darah
    5. Gangguan dan masalah pernafasan yang teruk
    6. Batuk atau kesukaran bernafas dalam masa 10 hari
    7. Beberapa masalah kesihatan, termasuk kegagalan fungsi ginjal
    8. Menyebabkan koma secara tiba-tiba.
    9. Pelbagai komplikasi lain yang boleh membawa maut.

.

MERS-CoV mula dikesan di Arab Saudi tahun lepas, dan sehingga kini 31 daripada 55 orang yang disahkan menghidapnya di seluruh dunia, meninggal dunia, dengan 42 kes jangkitan dilaporkan di Arab Saudi.

.

.

Cara Mencegah

Walaupun tiada jangkitan MERS dikesan dalam negara ketika ini, namun kementerian kesihatan telah meningkatkan keupayaan makmalnya dalam usaha mengesan sebarang tanda-tanda jangkitan di kalangan pesakit dengan lebih pantas, dan saringan lebih rapi.

“Memang tidak ada vaksin untuk MERS, sebab itu nasihat kami ialah jemaah yang pergi ke Arab Saudi nanti jaga kebersihan, dapatkan panduan anggota pasukan kesihatan, kalau hadapi masalah dapatkan rawatan segera.”

“Begitu juga mereka yang baru pulang dari umrah, umpamanya, memang simptom batuk biasa berlaku sekembali dari umrah, tapi kalau batuk dan demam berlarutan dan ditambah dengan masalah pernafasan, segera ke klinik. Maklumkan mengenai sejarah perjalanan supaya kita dapat buat pemeriksaan lebih teliti,”  kata Datuk Dr Lokman lagi.

.

Boleh juga lihat dan dibaca Doa Menghindari Wabak Penyakit dengan  klik dan dapatkan di sini.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

Doa Menghindari Wabak Penyakit  (Klik Di Sini)

Pengalaman Pahit Mangsa Coronavirus  (Klik Di Sini)

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

2 responses to this post.

  1. […] « MERS-CoV ~ Ambil Langkah Berjaga-Jaga Jika Ke Timur Tengah […]

    Reply

  2. […] MERS-CoV ~ Ambil Langkah  Berjaga-Jaga Ke Timur Tengah  (Klik Di Sini) […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: