5 Juta Salam Ukhwah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

SQ 5,000,056

.

Alhamdulillah…segala puji bagiMu Ya Allah Ya Tuhanku yang tiada sesuatu pun terlepas dari pandangan dan kawalanMu. Salam ukhwah kepada semua pengunjung Blog Shafiqolbu. Alhamdulillah…Berkat bulan mulia dan hari Jumaat, semalam blog ini telah mencapai 5 Juta kunjungan bersamaan dengan ulang tahun ke-3 blog ini. Semoga Blog Shafiqolbu telah memberi serba sedikit info yang bermanfaat pada setiap kunjungan antum. 

 .

Sebagai blog bukan politik, tahun ini ana menerima cabaran begitu hebat terutama seminggu sebelum PRU13 dan hingga ke hari ini Blog Shafiqolbu diganggu oleh ‘tangan2 nakal’ yang seolah2 mengawasi setiap posting blog kecil ini. Susunan jari sepuluh kepada yang meminta E-mail kerana ianya turut terjejas dengan dipenuhi ribuan spam dan telah lama ana tidak membukanya.

Maafkan ana jika semakin berkurangan posting dan sekiranya antum terbaca dan pening dengan entry yang bercampur aduk dengan kod2 HTML dan tak sempat diperbetulkan. Ini mungkin khifarah bagi ana kerana sejak kewujudan blog ini, ana telah ketinggalan dan meringkaskan beberapa amalan yang sepatutnya ditingkatkan. Ya Allah! Ya Latif! Ya Ghafur! Ampunilah hambaMu yang lemah dan hina ini…..

 .

Oleh kerana terlalu banyak pertanyaan dan permintaan, manakala ana tidak termampu membalas kesemuanya atas keterbatasan waktu dan kudrat, Ana mencadangkan sesiapa sahaja yang berkemampuan dan berpengetahuan agar dapat membantu menjawab persoalan yang dikemukakan. InsyaAllah, bantuan dan ilmu antum akan dikurniakan balasan yang setimpal daripada Allah سبحانه وتعالى.

وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah…”

(Surah Al-Maaidah 5; Ayat 2)

 .

Allah سبحانه وتعالى memang memberi setiap kelebihan dan kekurangan di dalam setiap diri manusia. Ana terasa begitu banyak kelemahan dan kekurangan yang terdapat di dalam diri ini.  Sekiranya mempunyai kemusykilan dalam segala hal yang timbul dari blog ini, amat disyorkan antum dapat merujuk kepada ustaz/ustazah berdekatan.

 .

Terima kasih kepada semua yang menyuarakan sokongan dan perangsang, syukran juga kepada semua pengunjung atas cadangan dan teguran ikhlas yang diberikan. Syukur Alhamdulillah kepada yang telah memanjangkan ilmu2 yang bermanfaat dari Blog Shafiqolbu kepada ahli keluarga, saudara-mara dan para sahabat. Bersamalah kita menyemarakkan usaha menyebarkan ilmu Allah سبحانه وتعالى walau di mana jua ada ruang dan peluang.

‘Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’ diucapkan kepada sahabat2 yang telah mendoakan dan memberi sedekah ke masjid2 atas nama ‘tuan blog ini’. Semoga antum dilimpahkan rezeki dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah!

 .

 .

Mari Kita Berjamaah Aminkan Doa Berikut:~

 .

Ya Allah! Ya Rahman Ya Rahim! Selawat dan salam ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad . Ya Allah! Kami semua bermunajat dengan hati yang penuh ikhlas. Semoga Dikau terima segala ibadah kami, limpahkanlah rahmat, taufiq dan keberkatan kepada doa kami ini. Ya Allah! Ya Hayyu Ya Qoyyuum! Jadikan kami semua menghayati permohonan ini dari hati yang sentiasa Dikau awasi kerana Dikau tidak mengabulkan doa hati yang lalai, berikanlah nilai khusyuk pada doa kami ini.

 

Ya Rahim Ya Karim! Dikau Rahmatilah para pembaca Blog Shafiqolbu ini beserta keluarganya dan. berikanlah kami keselamatan, kesihatan dan keberkatan terutama pada keimanan dan rezeki kami. Ya Wahab! Mudahkankan kami menyampaikan dakwah, beribadah, bersedekah dan melakukan segala kebaikan lainnya. Istiqamahkanlah kami dalam membaca Al-Quran dan mendirikan Solat Rawatib, Dhuha, Tahajjud dan Witir. Ya Allah! Kabulkanlah segala hajat dan hilangkanlah segala penyakit zahir dan batin kami.

 

Ya Raqib Ya Karim! Lindungilah kami dari berbagai jenis kesukaran dan kesesatan. Bukakanlah mana yang Haq dan mana yang bathil agar kami dapat membezakannya, berilah Cahaya Nur-Mu agar kami tidak tersalah jalan. Hindarilah kaum Muslimin daripada marabahaya perbalahan, perpecahan, kesesatan dan kurafat dari syaitan berbentuk jin dan manusia. Berilah kami pemimpin pilihan-Mu yang perihatin terhadap agama dan kemajuan ummah yang Dikau redhai.

 

Ya Mu’min, Ya Salam! Lindungilah umat Islam di mana jua berada. Selamatkan kaum Muslimin dan Muslimat di negara2 yang bergolak, tinggikanlah Agama-Mu, menangkanlah para pejuang-Mu, Ya Rabbal Aalamin! Berilah hidayah bagi mereka yang belum menerima hidayah-Mu, bukakanlah pintu hatinya menerima agama-Mu.

 

Kepada Mu kami berserah diri, berilah kami kekuatan zahir dan batin. Kami redha dengan Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai agama kami, dan kami redha Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul dan pemimpin jalan hidup kami. Ya Mujiib! Kabulkan hajat kami, satukan hati-hati kami dalam iman dan Islam, walaupun berbeza pendapat, kepada-Mulah kami semua berharap. Berilah kami kebaikan di dunia dan keselamatan di akhirat.

 

Ya Allah Ya Rashid! Lindungilah kami umat Rasul-Mu, Muhammad , berilah cahaya Deen-Mu kepada kami semua, jagalah kami, bimbinglah kami, berilah kami pertolongan-Mu.

 

Yaa Maliki yaumiddiin Iyya kana’ budu wa iyya kanas tain, Laa Hawlaa Walaa quwwata illaa billahil aliyyil adzhiiim. Ya Allah Ya Mujiib!  Kabulkan doa dan permintaan kami!

 

Aamiiin Yaa Robbal alamiin…

 .

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

 .

وَالسَّلاَمْ

.

Doakan sahabatmu ini dalam doamu…

sign s

shafiqolbu

.

8 responses to this post.

  1. Posted by amoba1331 on 23/06/2013 at 12:09 am

    Assalamualaikum ustaz.. Setinggi2 tahniah atas sambutan yg diterima. Alhamdulillah.. Moga ustaz sentiasa dikurniakan Allah kesihatan yg terbaik, kemudahan mendapat bahan & ilham utk meneruskan perkongsian yg amat bermanfaat ini. Hanya Allah yg akan mengurniakan rahmat & keberkatan-Nya pd ustaz sekeluarga. In shaa Allah.. Kpd saudara2 pembaca pula, mari kita sama2 mengamalkan segala ilmu yg tlh dikongsikan oleh Ustaz Shafiqolbu ini.

    Reply

  2. Posted by Ain Nazirah on 23/06/2013 at 12:55 am

    Assalamualaikum ustaz..sy mohon share doa ini. Terima kasih.

    Reply

  3. جزاك اللهُ خيراً

    Reply

  4. Posted by aini on 23/06/2013 at 9:13 am

    AMIN YAA ROBBAL ALAMINN… Mudah-mudahan ALLAH memakbulkan doa-doa kita semua. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh….moga AGAMA ISLAM terangkat martabatnya dan rakyat Malaysia hidup penuh keharmonian.

    Reply

  5. Posted by aryani on 23/06/2013 at 9:43 am

    Salam..ustaz,
    Tahniah diatas sambutan yang diterima untuk blog ini.Semoga ustaz mendapat keberkatan dariNya untuk meneruskan perkongsian ilmu dari blog ustaz ini serta diberikan kesihatan yang baik sentiasa dariNya.Terima kasih semoga Allah memberkati usaha murni ustaz dalam membantu saya serta insan-insan lain memdalami ilmu agama.Saya mohon keizinan dan jasa baik dari ustaz untuk berkongsi ilmu dan doa-doa yang ada dalam blog ini untuk saya,keluarga serta sahabat-sahabat.Dan izinkan juga untuk saya menyimpan segala ilmu dan doa-doa dari ustaz untuk panduan dan amalan saya.Terima kasih.

    Reply

  6. tahniah ustadz..banyak ilmu yang dapat saya perolehi untuk menjadi muslimah yang lebih baik In Sya Allah

    Reply

  7. Posted by shuhaili binti yaakob on 24/06/2013 at 11:25 am

    Assalammualaikum… ustaz,
    Syukur alhmadullilah diatas kejayaan ustaz untuk menyebarkan ilmu islam. Syukur juga keatas diri saya sendiri kerana dipertemukan dengan blog ustaz ini, yang banyak membantu saya dalam mendalami agama islam yang mana saya amalkan doa-doanya sehingga hari ini. Terima kasih… semoga Allah memberi keberkatan kepada ustaz dan para pembaca blog shafiqolbu ini. Amin…

    Reply

  8. Posted by Zul on 24/06/2013 at 4:25 pm

    Salam Ustaz,

    Saya seorang panas baran dan selalu memukul anak dgn tak terkawal, boleh bantu dgn ayat amalan atau petua untuk saya?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: