KJ: Mensyukuri Nikmat Kesihatan Membawa Kesejahteraan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

pencegahan.

Khutbah Jumaat: Mensyukuri Nikmat Kesihatan Membawa Kesejahteraan

 kj pembuka 1

kj kesihatan 1

kj pembuka 3

.

Muslimin yang dirahmati Allah,

 

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah Jumaat pada hari ini ialah: “MENSYUKURI NIKMAT KESIHATAN MEMBAWA KESEJAHTERAAN”.

.

.

Muslimin yang dirahmati Allah,

 

Allah SWT yang bersifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang telah menganugerahkan pelbagai nikmat kepada hamba-hamba-Nya di atas muka bumi ini. Antara kurniaan nikmat yang tiada ternilai itu ialah nikmat kesihatan. Dengan kesihatan manusia dapat menjalani kehidupan ini dengan aman sentosa, dapat melakukan kerja harian dengan lancar dan baik. Begitu juga dengan kesihatan yang menghiasi seseorang menyebabkan kita dapat melakukan ibadah kepada Allah SWT dengan sempurna. Menyedari betapa tingginya nilai kesihatan ini maka menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam yang beriman untuk menjaganya kerana kesihatan manusia pada dasarnya amat berkait rapat dengan keharmonian alam dan kehidupan manusia.

Sabda Rasulullah SAW:

kj kesihatan 2Maksudnya: Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan manusia, iaitu nikmat sihat dan masa lapang. (Riwayat al-Bukhari).

.

Justeru, agama Islam melarang umatnya dari melakukan sebarang bentuk yang boleh merosakkan kesihatan di atas muka bumi ini termasuklah kerosakan alam sekitar. Umat Islam wajib mencontohi akhlak junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam memastikan hubungan dengan alam terus terpelihara. Maka apa sahaja kehidupan di atas alam ini wajib diberikan hak kehidupannya mengikut sunatullah. Manusia yang bijak mengguna akal fikiran akan bertambah mulia martabat mereka sekiranya dapat memanfaatkan khazanah alam dengan baik.

.

.

Muslimin yang dirahmati Allah,

 

Maka dengan itu, bagi memastikan hubungan yang baik dengan Allah terpelihara, adalah menjadi tanggungjawab manusia memelihara dan memperkasa hubungan yang baik sesama manusia dan juga makhluk Allah di bumi yang indah ini. Islam melarang umatnya yang sering melakukan kemusnahan alam dan segala isinya, kerana perbuatan ini akan memberi kesan sampingan kepada keharmonian hidup manusia, bahkan kesan ini juga mungkin boleh menjejaskan hubungan baik yang wujud sebelum ini.

.

Kesejahteraan hidup yang baik, sihat, ceria dan maju adalah nikmat yang tidak terhingga indahnya. Allah akan memberi ganjaran yang tinggi nilainya kepada hambanya yang sentiasa mensyukuri nikmat ini. Di sebalik itu juga Allah SWT menyatakan bahawa sifat kufur nikmat manusia itu, akan dibalas dengan azab siksa yang amat pedih.

Hal ini dijelaskan melalui firman Allah SWT melalui surah  Ibrahim ayat 7:

kj kesihatan 3Maksudnya: Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.

.

Amalan bersyukur juga hendaklah dijelmakan dan direalisasikan dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, dinasihatkan kepada semua umat Islam di negara ini agar mengambil iktibar dari kesilapan manusia di masa lalu yang banyak melakukan kerosakan di muka bumi Allah ini, samada melalui perbuatan mahupun perkataan.Perbuatan yang merosakkan ini boleh menjejaskan hubungan yang baik sesama manusia.

Ingatlah bahawa apa sahaja perbuatan atau perkataan yang buruk itu, semasa masih awal atau kecil sifatnya, ia masih boleh diperbetulkan tetapi jika sudah besar serta merebak menjadi parah maka ia sukar untuk dikawal dengan cepat, bahkan perlu kepada berbagai cara untuk menanganinya serta mungkin mengambil kos yang tinggi. Ibarat kata pepatah seperti api, semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan.

.

Kita mengakui bahawa bencana alam juga boleh berlaku disebabkan daripada kesilapan dan kerakusan manusia yang mengeksplotasi alam ini secara berlebihan, sehingga keseimbangan mula terganggu dan tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, gelombang besar thunami, hujan asid, gempa bumi, pemanasan global, pencemaran alam sekitar, perubahan cuaca dan sebagainya telah memperlihatkan kepada kita tentang kesan tabiat manusia yang mengenepikan hakikat alam yang sebenar. Walaupun sememangnya alam ini perlu terus dibangunkan, keselesaan hidup perlu ditingkatkan, teknologi perlu dibangunkan selaras dengan keperluan manusia, namum apabila keseimbangan alam tidak dikekalkan, kita sebenarnya mengundang mala petaka hasil perbuatan kita sendiri.

 

Firman Allah SWT di dalam surah ar-Rum ayat 41:

kj kesihatan 4Maksudnya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

.

.

Muslimin yang dirahmati Allah,

 

Kita sedar bahawa pada hari ini kebanyakan kawasan di negara kita dilanda bencana jerebu. Pada dasarnya bencana jerebu yang kita hadapi ini adalah ujian Allah SWT yang disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera pada kepekatan yang tinggi sehingga menyebabkan daya penglihatan berkurangan.

Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan antara penyebab berlakunya bencana jerebu ialah hasil daripada aktiviti manusia yang mengenepikan sunnah alam antaranya pembakaran terbuka, pembukaan tanah, penggunaan kenderaan bermotor dan pembakaran bahan api industri.

.

Akibat daripada bencana ini kehidupan sebahagian daripada kita mengalami masalah untuk meneruskan aktiviti seharian dan juga telah mengganggu kesihatan. Alangkah indahnya jika kesihatan yang baik dapat dinikmati berpanjangan. Agensi yang terlibat terpaksa bekerja keras bagi memastikan keadaan jerebu ini dapat dikawal dan dipantau sepanjang masa. Oleh itu, keadaan ini amat menyulitkan meraka. Islam melarang dan mencegah manusia senantiasa melakukan perbuatan yang boleh membawa mudharat kepada manusia lain kerana akibat pebuatan ini akan kembali kepada pelakunya.

.

.

Muslimin yang dirahmati Allah,

 

Yakinlah bahawa bencana alam sebagai hak mutlak Allah SWT yang tidak diduga, maka kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam mengurus dan mengurangkan kesan bencana alam perlu dilaksanakan. Percayalah bahawa udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Udara bersih akan menyihatkan tubah badan manusia manakala udara yang tercemar sudah pasti akan mengancam kesihatan. Justeru, mimbar menyeru kepada semua pihak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menjaga kualiti udara di negara kita.

.

Ingatlah apa sahaja perlakuan kita yang menyakitkan dan memudaratkan orang lain atau kehidupan lain, maka sudah pasti kita akan terdedah kepada kemurkaan Allah SWT. Manakala sebarang usaha kita untuk menghindarkan segala kerosakan dan kemudaratan terhadap manusia dan kehidupan lain akan dianggap sebagai tanda-tanda wujudnya kesempurnaan iman.

Yakinlah bahawa dengan memiliki rasa takut kepada Allah SWT kita akan memperolehi keberuntungan yang besar sebagaimana firman Allah SWT  dalam surah an-Nuur ayat 52:

kj kesihatan 5Maksudnya:Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya, maka merekalah yang beroleh kemenangan.

.

.

Muslimin yang dirahmati Allah,

 

Mengakhiri khutbah, marilah kita berdoa kepada Allah SWT semoga bencana jerebu  yang berlaku ketika ini akan berkurangan. Saya mengajak semua umat Islam, semua masjid dan surau agar mengadakan solat sunat Istisqa’ secara berterusan dengan memohon rahmat Allah SWT agar terus menurunkan hujan sehingga cuaca pulih seperti sediakala. Sebagai usaha untuk melahirkan keteguhan dan mengekalkan kekuatan iman yang ada dalam diri kita, mimbar menggariskan beberapa nasihat untuk dijadikan pedoman bersama.

 

Pertama: Berfikir dan bertafakkur setiap kejadian fenomena alam.

Kedua: Memperingati tentang nikmat dari Allah SWT dan sama-sama menjaga kesihatan diri, keluarga serta alam sekitar.

Ketiga: Menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah SWT.

Keempat: Menghitung, mempertingkatkan dan memperkemaskan amal kebajikan sepanjang masa.

Kelima: Bersegera memohon taubat kepada Allah SWT di atas kealpaan dan keingkaran mentaati perintah dan

Keenam: Mengambil iktibar daripada kisah-kisah yang telah diceritakan dalam al-qur’an dan al-hadith, tentang perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT yang dilakukan orang yang terdahulu yang ingkar dan tidak patuh kepada perintah-Nya. Baik yang diterima semasa di dunia mahupun ketika di akhirat kelak.

.

Marilah sama sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah al-A’raaf ayat 85:

kj kesihatan 6Maksudnya: dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menjadikannya dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang yang beriman.

.

kj korban 6.

.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mensyukuri Nikmat Kesihatan Membawa Kesejahteraan

(28 Jun2013 /19 Syaaban 1434H)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: