Larangan Berpuasa Sesudah Pertengahan Sya’ban | Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

pertengahan/15 syaaban.

Hukum dan larangan berpuasa sesudah pertengahan Sya’ban serta bolehkah puasa sunat selepas 15 Sya’ban? Ramai ulama’ yang berselisih pendapat mengenai persoalan ini. Ada yang membenarkan dan sebahagian ulama’ melarangnya.

.

A.  Dalil2 Yang Melarang Puasa Selepas 15 Sya’ban

.

1.  Dari Abu Hurairah ra, katanya: “Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلاَ تَصُومُوا

 “Apabila telah tertinggal separuh dari bulan Sya’ban, maka janganlah kamu berpuasa.”

(Hadith Riwayat Imam Tirmidzi dan Abu Daud).

.

2.  Dalam lafaz lain,

إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَلاَ صَوْمَ حَتَّى يَجِىءَ رَمَضَانُ

“Jika telah separuh bulan Sya’ban, maka tidak ada puasa sehingga tibanya Ramadhan.”

(Hadith Riwayat Ibnu Majah no. 1651)

.

3.  Dan dalam lafaz yang seterusnya pula,

إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَأَمْسِكُوا عَنِ الصَّوْمِ حَتَّى يَكُونَ رَمَضَانُ

“Jika telah masuk separuh bulan Sya’ban, maka tahanlah diri daripada berpuasa hingga tibanya bulan Ramadhan.”

(Hadith Riwayat Ahmad)

.

Ulama’-ulama’ seperti At-Tirmizi, Ibnu Hibban, Al-Hakim, At-Tahawi dan Ibnu ‘Abdil Barr telah mensahihkan hadis-hadis di atas.

.

.

B.  Ulama2 Yang Membenarkan Puasa

Ulama’-ulama’ seperti ’Abdurrahman bin  Mahdi, Imam Ahmad, Abu Zur’ah Ar-Rozi, dan Al-Atsrom menolak hadis2 di atas dan menganggap ia mungkar serta bertentangan dengan hadis larangan berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan. Larangan tersebut menunjukkan bolehnya berpuasa selepas 15 Sya’ban.

لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ

“Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa.” 

(Hadith Riwayat Muslim no. 1082)

.

Al-Atsrom berkata: “Hadis larangan berpuasa setelah separuh bulan Sya’ban bertentangan dengan hadis lainnya. Ini kerana Rasulullah sendiri berpuasa di bulan Sya’ban seluruhnya (kebanyakan harinya) dan Baginda meneruskan dengan berpuasa di bulan Ramadhan.”

.

Al-Atsrom berkata lagi: “Tiga hadis larangan di atas juga bertentangan dengan hadis yang melarang berpuasa dua hari sebelum Ramadhan. Kesimpulannya, hadis tersebut adalah hadis yang syadz, bertentangan dengan hadis yang lebih kuat.”

.

At-Tahawi menyatakan bahawa hadis larangan berpuasa setelah separuh Sya’ban adalah hadis yang mansukh (sudah dihapus). Bahkan At-Tahawi menceritakan bahawa telah ada ijma’ (kesepakatan ulama) untuk tidak beramal dengan hadis tersebut. Dan kebanyakan ulama memang tidak mengamalkan hadis tersebut.

.

.

C.  Boleh Berpuasa Dengan Syarat

Imam Syafie dan ulama’2 Mazhab Syafie serta sebahagian ulama Hanbali yang terkemudian berpendapat bahawa larangan berpuasa setelah separuh bulan Sya’ban adalah bagi orang yang tidak memiliki kebiasaan berpuasa ketika itu. Jadi bagi yang memiliki kebiasaan berpuasa (seperti puasa Isnin-Khamis), boleh berpuasa ketika itu.

.

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Tidak pernah Nabi  itu berpuasa dari sesuatu bulan lebih banyak daripada Sya’ban, kerana Baginda  itu berpuasa dalam bulan Sya’ban itu seluruhnya.” Dalam suatu riwayat disebutkan: “Baginda  itu berpuasa dalam bulan Sya’ban, melainkan sedikit sekali yang tidak (iaitu sebahagian besar dalam bulan ini dia berpuasa).” (Muttafaq ‘alaih)

.

Pendapat yang tepat dalam masalah ini adalah tidak ada masalah puasa selepas pertengahan Sya’ban kerana hadis larangan tersebut termasuk hadis lemah, apatah lagi jika pelakunya memang biasa berpuasa. Hari2 selepas 15 haribulan Sya’ban dilarang berpuasa jika bukan puasa qadha‘ atau nazar atau bukan hubungan dengan puasa pada hari yang sebelumnya atau bukan hari yang ia telah biasa mengerjakan puasa.

.

Larangan berpuasa selepas pertengahan Sya’ban hanyalah terpakai bagi mereka yang saja2 ingin melakukan puasa sunat dan dikecualikan bagi puasa qadha‘ atau nazar atau orang yang menyambungkan puasanya dengan hari-hari sebelumnya. Atau bagi orang yang kebiasaan puasa yang diamalkannya kebetulan jatuh pada hari berkenaan, misalnya kebiasaannya itu ialah berpuasa hari Isnin dan Khamis lalu bertepatan dengan hari tersebut.

.

.

Puasa Hari Syak

Dari ‘Ammar bin Yasir radhiallahu’ anhuma, katanya:

“Sesiapa berpuasa pada hari yang diragukan iaitu adakah masih Sya’ban ataukah sudah masuk hari Ramadhan, maka ia telah menderhaka kepada Abul Qasim (Nabi Muhammad ).” 

(Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi).

.

Larangan berpuasa juga pada ‘Hari Syak’ (يَوْمُ الشَك) atau meragukan iaitu hari ke-30 (tiga puluh) bulan Sya’ban, melainkan jika ianya untuk tujuan puasa qadha (mengganti puasa Ramadhan sebelumnya), puasa sunnah, puasa kafarah (puasa melanggar sumpah).

.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah ﷺ, sabdanya:

“Janganlah seseorang di antara kamu semua itu mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari (sebelumnya), kecuali kalau seseorang itu (sudah) biasa berpuasa tepat (pada) hari puasanya, maka hendaklah ia berpuasa pada hari itu.” (Muttafaq ‘alaih).

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Puasa ‘Hari Syak’  (Klik Di Sini)
  2. Qadha  Puasa (Klik Di Sini)
  3. Puasa Ditinggalkan Wajib Qadha Segera  (Klik Di Sini)

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

14 responses to this post.

  1. Posted by Rusdi on 30/06/2013 at 7:24 am

    Jarang berpuasa sunat sebelum ini. 15 Syaaban baru saya berpuasa satu hari. Adakah saya boleh berpuasa sunat selepas ini dlm bulan Syaaban ini? Kurang fahan dgn penjelasan di atas.

    Reply

    • اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tidak digalakkan…InsyaAllah Akhi Rusdi boleh mulakan lebih awal tahun depan…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  2. Posted by lol on 30/06/2013 at 8:03 am

    1. Soalnya sekarang bolehkah seseorang itu puasa penuh dalam bulan Sya’ban?

    2. Kalau bukan kebiasaan bagi seseorang berpuasa sunat sebelum ini tetapi dia mahu memulakannya pada tahun ini dan puasa penuh dalam Sya’ban boleh atau tidak?

    3. Dari penjelasan hari syak itu, menunjukkan yang sekiranya seseorang telah biasa puasa sunat Isnin dan Khamis dan hari syak itu jatuh pada hari-hari tersebut maka dia boleh meneruskannya. Tapi bagaimana pula bagi seseorang yang baru memulakan pada bulan Rejab dan Sya’ban tahun ini?

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Boleh bagi kesemua persoalan tersebut… ‘Biasa berpuasa’ bermaksud sekurang2nya telah mula puasa sejak 1 Syaaban tahun semasa.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  3. Posted by nur iman on 02/07/2013 at 10:02 am

    Assalamualaikum..
    Adakah hukumya makruh jika saya puasa ganti (wajib) selepas 15 Syaaban, Ataupun saya perlu ganti puasa-puasa ini selepas ramadan yang akan datang dan membayar fidyah kerana terlewat mengganti puasa. T.kasih atas penerangan..

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Sepertimana yang diterangkan di atas, puasa qadha boleh dibuat sehingga ke akhir Syaaban. Jika diganti selepas Ramadhan, akan dikenakan bayar fidyah.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  4. Posted by meen on 02/07/2013 at 5:43 pm

    salam..saya ingin bertanya boleh ke kalau puasa nazar kite ganti lepas raya?dan bolehkah puasa 6 disertakan sekali dengan puasa ganti.terima kasih.

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Nazar adalah satu perkara wajib yang perlu disegerakan, jika berhalangan sehingga masuk Ramadhan, bolehlah dibuat mulai Syawal kedua bersama puasa 6…
      sebaik2nya diasingkan bagi memenuhi fitrah sebenar puasa nazar tersebut…

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  5. Posted by Yani on 04/07/2013 at 11:50 am

    Salam…
    saya nak tahu, saya baru membiasakan diri dengan berpuasa lebih banyak hari bermula tahun ini.puasa ganti juga sudah habis dari tahun lepas lagi. boleh ke saya berpuasa lepas 15hb syaaban, contohnya puasa dari hari isnin hingga Jumaat dengan niat hanya sebagai puasa sunat dalam bulan syaaban.? (kerana puasa qada’ sudah habis)

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Tahniah, Ukhti Yani telah berjaya melunaskan segala hutang dan berhasrat pula menambah amal dengan berpuasa sunat… Puasa tersebut hanya boleh dilakukan sekiranya Ukhti Yani telah mula berpuasa sebelum 15hb Syaaban.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

  6. […] Larangan dua hadis terakhir di atas menunjukkan bolehnya berpuasa selepas 15 Syaaban. […]

    Reply

  7. […] Larangan Berpuasa Sesudah Pertengahan Syaaban | Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Syaaban?  (Klik Di Sini) […]

    Reply

  8. […] Hukum / larangan berpuasa sesudah pertengahan Sya’ban dan bolehkah puasa sunat selepas 15 Sya’ban? (Klik Di Sini) […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: