KJ : Ramadhan Dinanti, Al-Quran Dihayati

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

musabaqah antarabangsa 2013

.

Khutbah Jumaat: “ Ramadhan Yang Dinanti ”

 

kj pembuka 1kj raamdhan 1

kj pembuka 3

 .

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

 

Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di akhir bulan Syaaban yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “RAMADHAN YANG DI NANTI.”

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

 

Kini kita berada di akhir bulan Syaaban. Beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Detik akhir Syaaban adalah proses pecutan terakhir menghadapi bulan Ramadhan.  Bulan yang mulia ini merupakan peluang kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan juga sebagai ruang yang besar untuk kita memohon maghfirah yang diluaskan oleh Allah SWT ketika Ramadhan. Rasulullah SAW telah mengajar umatnya untuk menantikan kehadiran bulan Ramadhan dan mengharapkan ketibaanya dengan penuh kegembiraan di samping itu Baginda berdoa.

.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, apabila tiba bulan Rejab Rasulullah SAW berdoa:

Maksudnya: “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.” (Riwayat Ahmad dan Tabrani)

.

Dan Sabda Rasulullah SAW:

kj raamdhan 2

Maksudnya: “Apabila masuknya bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga, tertutuplah pintu-pintu neraka, dan dirantailah syaitan-syaitan.” (Riwayat al-Bukhari)

.

Begitu juga, Rasulullah SAW memberi galakkan kepada para sahabat untuk menanti dan mengharapkan kehadiran Ramadhan. Baginda menyebut-nyebutkan kelebihan bulan Ramadhan yang menimbulkan kerinduan para sahabat terhadap bulan yang mulia itu. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Di dalam syurga mempunyai sebuah pintu yang digelar ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat. Tidak akan masuk kedalamnya seorang pun melainkan mereka sahaja. Dipanggil: ‘Siapakah orang yang berpuasa?’ Lalu orang yang berpuasa pun bangun. Tidak ada yang memasuki syurga melaluinya selain dari mereka. Apabila mereka semua telah masuk, ia ditutup. Maka tidak ada lagi yang akan masuk melaluinya walaupun seorang.” (Riwayat al-Bukhari)

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

 

Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran dan hadith Rasulullah SAW menunjukkan bahawa bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan bulan- bulan yang lain, antaranya kerana difardhu padanya ibadah puasa.

 

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183:

kj raamdhan 3

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”

.

Persoalan besar timbul disini bagaimanakah caranya untuk kita menyambut kedatangan bulan yang mulia ini dan melakukan ibadah puasa?.

 

Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa sebenarnya terlalu banyak persediaan yang patut kita lakukan menjelang Ramadhan. Antaranya ialah:

 

Pertama: Memantapkan ilmu agama. Ramai orang yang berpuasa tanpa ilmu di dada, dikhuatiri ibadah yang diharapkan mendapat pahala sebaliknya tidak diterima. Menjelang Ramadhan, kita diseru meluangkan masa menuntut ilmu agama. Sama ada dengan cara membaca hadith-hadith yang menceritakan tentang kelebihan bulan Ramadhan dan menghadiri kuliah-kuliah agama. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa, adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa.

 

Kedua: Menjaga dan memelihara kesihatan. Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Kecerdasan seluruh anggota badan diperlukan kerana pada bulan Ramadhanlah tubuh badan memerlukan tenaga bagi melaksanakan segala amalan seperti solat sunat tarawih, qiamullail, membaca al-Quran, iktikaf dan sebagainya.

 

Ketiga: Kewangan yang cukup. Di antaranya ialah kita hendaklah banyak bersedekah. Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling suka bersedekah dan dermawan serta Baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas RA: “Rasulullah SAW ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan di saat beliau  bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Riwayat al-Bukhari)

 

Keempat: Senantiasa berdoa. Di kesempatan bulan Ramadhan kita dituntut memperbanyakkan berdoa. Para Salaf as-Soleh berdoa selama enam bulan sebelum ketibaan bulan Ramadhan mereka berdoa untuk menyatakan kerinduan mereka terhadap Ramadhan. Antara doa mereka adalah: “Ya Allah, benarkanlah aku sampai ke bulan Ramadhan, dan benarkanlah kepadaku Ramadhan, dan benarkanlah ia bertemu denganku.”

 

Kelima: Memperbanyak menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan. Kita juga dituntut memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Perkara ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita bagi membuat persediaan bertemu Ramadhan. Bukankah sesuatu perkara itu akan menjadi lebih meriah dan suasananya dapat dirasai jika sentiasa diwar-warkan. Apatah lagi bulan yang begitu mulia ini sepatutnya lebih layak disebut-sebut kemulian dan ganjarannya oleh media massa, media elektronik dan seluruh umat Islam.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

 

Percayalah bahawa kita adalah makhluk ciptaan Allah yang tidak dapat  lari daripada melakukan kesalahan sama ada dosa besar atau kecil. Sebagai makluk ciptaan-Nya, maka Allah SWT  Maha mengetahui cara dan kaedah yang sesuai untuk membaiki, membaik pulih dan mempertingkatkan iman dan akhlak manusia. Selari dengan kelemahan makhluk-Nya itu, maka Allah menawarkan kepada umat Islam bulan Ramadhan dengan keampunan dan pahala yang berganda serta mengembalikan fitrah akhlak manusia.

 

Rasulullah SAW bersabda:

kj raamdhan 4

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu” (Riwayat Bukhari)

.

Oleh itu, menjelang Ramadhan ini, para jemaah dan umat Islam sekalian diseru memberi tumpuan kepada tawaran daripada Allah SWT, bukannya terpengaruh dengan promosi-promosi komersial yang mengaitkan dengan nama Ramadhan. Yakinlah, ibadah Puasa yang dilakukan dengan sempurna pasti mampu mengawal segala kemaksiatan dunia dan dapat mendidik jiwa kita menjadi lebih tenang dan membentuk diri menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah SWT.

.

Ingatlah ketika berpuasa kita bukan sahaja menahan diri dari keinginan makan dan minum malahan mestilah memelihara mata daripada melihat perkara yang diharamkan, telinga daripada mendengar umpatan, lidah daripada menuturkan fitnah dan cacian, tangan daripada melakukan dosa dan permusuhan, kemaluan daripada melakukan kemaksiatan dan kaki daripada melangkah ke arah kejahatan dan kemungkaran.

.

Cerminlah diri kita wahai jemaah sekalian, adakah selama ini anggota tubuh yang dimiliki kita gunakan untuk beribadah dan memberi manfaat kepada masyarakat, agama dan negara. Ataupun hanya kita gunakan untuk melakukan kerosakan, kehancuran dan memecahbelahkan ummah. Muhasabahlah, jika selama ini kita terlanjur perbuatan, kembalilah ke pangkal jalan. Selain itu, Kita juga dituntut memperbanyakkan amal ibadah dan bertaubat di atas dosa-dosa yang dilakukan  dengan mengisi ruang-ruang yang ada bagi meningkatkan keimanan kepada Allah SWT didalam usaha mencari keredhaannya.

 

Firman Allah SWT di dalam surah an-Nuur ayat 31:

kj raamdhan 5

Maksudnya: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

 

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru, marilah kita sama-sama menyambut kehadiran Ramadhan kali ini dengan penuh ketakwaan dan membuat persiapan dengan sebaik mungkin. Ambillah kesempatan apa yang telah Allah SWT janjikan sepanjang bulan Ramadhan dengan menjana kekuatan jati diri kita untuk beribadat kepada-Nya.

Bulan barakah ini merupakan anugerah Allah SWT kepada hamba-Nya yang hanya datang setahun sekali. Penuhilah ruang dan masa dengan melakukan perkara-perkara kebaikan kerana mungkin bagi tahun yang mendatang kita tidak merasainya lagi.

 

Mimbar juga mengambil kesempatan sempena dengan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 55 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur yang bermula 29 Jun hingga 6 Julai 2013, menyeru para jemaah sekalian untuk sama-sama kita memenuhi dewan tersebut bagi memeriahkan majlis. Dan marilah sama-sama kita membudayakan al-Quran dalam kehidupan.

 

Mengakhiri khutbah marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 97:

kj raamdhan 6

Maksudnya: “Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.”

.

.

.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“Ramadhan Yang Dinanti”

(5 Julai 2013 / 26 Syaaban 1434H)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Entri-entri di sini sangat memotivasikan diri saya. Teruskan usaha tuan untuk sentiasa berkongsi ilmu. Syukran jazilan. Moga dirahmati Allah selamanya

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: