Puasa ‘Hari Syak’ Bulan Sya’ban

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

puasa hari syak.

‘Hari Syak’ (يَوْمُ الشَك) atau yang disebut “hari meragukan” ialah hari yang ke 30 bulan Sya’ban dan yang tidak diketahui dengan jelas sama ada ia sudah masuk bulan Ramadhan atau masih sebahagian daripada bulan Sya’ban, kerana rukyah mengenainya tidak sabit ataupun saksi yang melihatnya tidak diterima pengakuannya oleh pihak berkuasa disebabkan fasiknya dan sebagainya.

Dari ‘Ammar bin Yasir radhiallahu’ anhuma, katanya:

“Sesiapa berpuasa pada hari yang diragukan iaitu adakah masih Sya’ban ataukah sudah masuk hari Ramadhan, maka ia telah menderhaka kepada Abul Qasim(1) (Nabi Muhammad saw).” 

(Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi)

.

Berpuasalah apabila telah kelihatan bulan sabit satu Ramadhan dan jika sebaliknya dan bulan itu terhalang, maka sempurnakanlah bilangan Syaban menjadi tiga puluh hari.

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya, Rasulullah ﷺ bersabda:

“Janganlah kamu semua berpuasa sebelum Ramadhan. Berpuasalah pada Ramadhan itu kerana melihat (yakni rukyah) bulan dan berbukalah kerana melihat bulan (Syawal). Apabila terhalang di balik bulan itu oleh awan, maka sempurnakanlah kiraannya (menjadi) tiga puluh hari.”

(Hadith Riwayat Imam Tirmidzi r.a.)

.

.

Larangan berpuasa Satu atau Dua Hari Sebelum Ramadhan

‘Hari Syak’ adalah satu hari yang dilarang berpuasa padanya. Dalam Sabil Al-Muhtadin (2:142), larangan yang tersebut haram hukumnya dan tidak sah puasanya.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,

لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ

“Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa kecuali jika seseorang memiliki kebiasaan berpuasa, maka berpuasalah.”

(Hadith Riwayat Muslim r.a.)

.

.

Tiga Jenis Puasa Akhir Sya’ban

Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata, berpuasa di akhir bulan Sya’ban ada tiga jenis:

1)  Jika berniat sebagai suatu langkah berhati-hati dalam perhitungan puasa Ramadhan sehingga dia berpuasa terlebih dahulu, maka seperti ini jelas dilarang.

2)  Jika berniat untuk berpuasa nazar atau mengqadha puasa Ramadhan yang belum dilakukan atau bagi membayar kafarah (tebusan), maka kebanyakan ulama membolehkannya.

3)  Jika berniat berpuasa sunnah semata2, ulama seperti Imam Hasan al-Basri mengatakan harus ada pemisah antara puasa Sya’ban dan Ramadhan, maka dilarang hal ini walaupun itu bertepatan kebiasaan dia berpuasa.

.

Namun yang tepat dilihat apakah puasa tersebut adalah puasa yang biasa dia lakukan atau sebaliknya. Ini berdasarkan teks hadis di atas.  Jadi jika satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah kebiasaan dia berpuasa seperti puasa hari Isnin dan Khamis, maka itu dibolehkan. Akan tetapi jika tidak, itulah yang dilarang. Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Asy-Syafi’i, Imam Ahmad dan Al-Auza’i.

.

Dari Abul Yaqzhan, iaitu ‘Ammar bin Yasir radhiallahu’ anhuma, katanya:

“Sesiapa yang berpuasa pada hari yang diragukan iaitu adakah masih Sya’ban ataukah sudah masuk hari Ramadhan, maka ia telah bermaksiat (menderhaka) kepada Abul Qasim (Nabi Muhammad saw).”

(Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi)

.

.

Pengecualian

Dalam pada itu ada pengecualian, iaitu kalau seorang pada hari itu mengerjakan puasa qadha atau puasa nazar,  maka yang demikian tidak dilarang. Begitu juga kalau ia biasa mengerjakan puasa sunat yang tertentu seperti puasa hari Isnin dan kebetulan jatuhnya pada ‘Hari Syak’ yang tersebut maka itu tidak dilarang.

.

Larangan hanyalah sekiranya ingin melalukan puasa yang tidak bersebab atau ‘Hari Syak’ itu diniatkan sebahagian dari bulan Ramadhan. Dilarang berpuasa pada ‘Hari Syak’ atau meragukan iaitu hari ke-30 bulan Sya’ban melainkan apabila bertujuan untuk puasa qadha (mengganti puasa Ramadhan sebelumnya), puasa sunnah, puasa kafarah (puasa melanggar sumpah).

.

.

____________________________

1. Riyad al-Salihin (447) dan `Ibanat al-Ahkam (1:368) “Aba al-Qasim” (Bapa kepada al-Qasim) yang tersebut dalam hadith ini ialah gelaran Rasulullah s.a.w., kerana salah seorang dari putera-putera Baginda bernama “al-Qasim”.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Puasa Qadha  (Klik Di Sini)
  2. Puasa Ditinggalkan Wajib Qadha Segera  (Klik Di Sini)
  3. Hukum / larangan berpuasa sesudah pertengahan Sya’ban dan bolehkah puasa sunat selepas 15 Sya’ban? (Klik Di Sini)

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

Advertisements

3 responses to this post.

  1. Posted by Anis Syahra on 07/07/2013 at 1:23 am

    Assalamualaikum….
    Sya mohon share dlm facebook

    Reply

  2. Assalamu’alaikum wr.wb

    Saya Ingin Bertanya Soal Bulan Sya’ban Itu bagaimana Menghitungnya, Agar Kita Tau Apakah Bulan Ini Sudah Memasuki Bln Sya’Ban Atau Blm
    Thanks
    Wassalumalaikum Wr.wb

    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

      Seperti juga bagi memgetahui permulaan awal Ramadhan dan Syawal, ianya perlu menggunakkan kaedah teropong ke arah ufuk timur pada penghujung bulan sebelumnya, tetapi ini memerlukan peralatan yang komplikated. Lebih mudah jika Ukhti Endang lihat saja pada kalendar atau Takwim Islam yang telah disediakan oleh pakar2 falak.

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: