Khutbah Rasulullah Di Akhir Syaaban Menjelang Ramadhan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Marhaban Ya Ramadhan.

Terdapat hadis mengenai khutbah Rasulullah ﷺ di akhir Syaaban menjelang menyambut bulan Ramadhan. Dari Salman al-Farisi r.a. beliau berkata: “Rasulullah berkhutbah di depan kami di hari akhir bulan Syaaban:

 

وَعَن سَلْمَانَ الْفَارِسِيِّ ، رَضِيَ الله عَنْهُ , قَالَ : خَطَبَنَا رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم آخِرَ يَوْمٍ مِنْ شَعْبَانَ فَقَالَ : يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، إِنَّهُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ مُبَارَكٌ ، فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ، فَرَضَ الله صِيَامَهُ ، وَجَعَلَ قِيَامَ لَيْلِهِ تَطَوُّعًا ، فَمَنْ تَطَوَّعَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ ، وَمَنْ أَدَّى فِيهِ فَرِيضَةً كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعِينَ فَرِيضَةً ، فَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ ، وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةُ ، وَهُوَ شَهْرُ الْمُوَاسَاةِ ، وَهُوَ شَهْرٌ يُزَادُ رِزْقُ الْمُؤْمِنِ فِيهِ ، مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقَ رَقَبَةٍ ، وَمَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ قِيلَ : يَا رَسُولَ الله ، لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ ! قَالَ : يُعْطِي الله هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ أَو ْتَمْرَةٍ ، أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ ، وَمَنْ أَشْبَعَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ ، وَسَقَاهُ الله مِنْ حَوْضِي شَرْبَةً لاَ يَظْمَأُ حَتَّى يَدْخُلَ الْجَنَّةَ ، وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْئًا ، وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلُهُ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ ، وَمَنْ خَفَّفَ عَنْ مَمْلُوكِهِ فِيهِ أَعْتَقَهُ الله مِنَ النَّارِ.

“Wahai manusia! Sesungguhnya telah hampir kepadamu bulan yang agung, bulan yang penuh dengan keberkatan, yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik (nilainya) dari seribu bulan, bulan yang mana Allah سبحانه وتعالى menetapkan fardhu puasa di siang harinya dan solat (Tarawih) di malamnya sebagai ibadah sunnah. Sesiapa mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى di bulan ini dengan satu kebaikan (amalan sunnah), maka pahalanya seperti dia melakukan amalan fardhu di bulan-bulan yang lain.

 

Sesiapa melakukan amalan fardhu di bulan ini, maka pahalanya seperti telah melakukan 70 amalan fardhu di bulan lainnya. Inilah bulan kesabaran dan balasan atas kesabaran adalah syurga, bulan ini merupakan bulan kedermawanan dan simpati (menghargai) terhadap orang lain. Dan bulan dimana rezeki orang-orang yang beriman ditambah. Sesiapa memberi makan (untuk berbuka) orang yang berpuasa maka baginya pengampunan atas dosa-dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan dia mendapatkan pahala yang sama sebagaimana yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa.”

 

Mereka (para sahabat) berkata : “Wahai Rasulullah! Tidak semua dari kami mempunyai sesuatu yang dapat diberikan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.”

 

Rasulullah ﷺ menjawab: “Allah سبحانه وتعالى akan memberikan pahala ini kepada orang yang memberi buka puasa walaupun dengan sebiji kurma, atau seteguk susu, atau seteguk air. Sesiapa memberi makan hingga kenyang kepada orang yang berpuasa maka ia berhak mendapatkan ampunan atas dosa-dosanya, dan Allah سبحانه وتعالى akan memberinya minuman dari telagaku dengan minuman yang olehnya ia tidak akan merasa haus hingga memasuki syurga, dan ia mendapatkan pahala seperti orang yang berpuasa tadi tanpa kurang sedikitpun.”

 

“Inilah bulan yang permulaannya (sepuluh hari pertama) Allah سبحانه وتعالى menurunkan rahmat, yang pertengahannya (sepuluh hari pertengahan) Allah سبحانه وتعالى memberikan ‘maghfirah’ (ampunan), dan yang terakhirnya (sepuluh hari terakhir) Allah سبحانه وتعالى membebaskan hamba-Nya dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba suruhan di bulan ini, maka Allah سبحانه وتعالى akan mengampuninya dan membebaskannya dari api neraka.”

 

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Haris bin Usamah dan Ibnu Huzaimah dalam kitab Sahihnya. Ibnu Huzaimah berkata, sekiranya hadis ini sahih, dari jalurnya diriwayatkan oleh Baihaqi dan Ibnu Hayyan.

.

.

Ibnu Huzaimah meriwayatkan dengan tambahan:

 

و استكثروا فيه من أربع خصال : خصلتين ترضون بهما ربكم و خصلتين لا غنى بكم عنهما فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم فشهادة أن لا إله إلا الله و تستغفرونه و أما اللتان لا غنى بكم عنهما فتسألون الله الجنة و تعوذون به من النار.

“Perbanyaklah di dalamnya empat perkara: dua perkara kamu akan mendapatkan keredhaan Allah سبحانه وتعالى dan dua perkara yang tidak mungkin kamu meninggalkannya dan pasti memerlukannya. Dua perkara pertama yang mendatangkan keredhaan Allah سبحانه وتعالى adalah Syahadah (Laailaaha illallaah) dan meminta ampunanNya. Dua perkara yang kedua yang pasti kamu memerlukannya adalah memohon kepada-Nya untuk masuk syurga dan berlindung kepada-Nya dari api neraka.”

 

“Dan sesiapa memberi minum kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka), maka Allah سبحانه وتعالى akan memberinya minum dari telagaku (Haudh) dimana dengan sekali minum ia tidak akan merasakan haus sehingga ia memasuki syurga.” [Shahih ibnu Khuzaymah no. 1887]

.

.

Hadis mengenai khutbah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ pada hari terakhir bulan Syaaban ini dianggap lemah, namun ia merupakan himpunan dari banyak hadis yang sahih dan sudah dituliskan dalam sekurang-kurangnya 25 riwayat dan pada makna-makna kalimatnya juga telah disokong oleh hadis-hadis sahih.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

2 responses to this post.

  1. Posted by pn.anne on 09/07/2013 at 7:14 pm

    as salam,
    salam ramadhan al mubarak.
    saya mohon print untuk dibaca pada masa lapang dan berkongsi ilmu.
    termia kasih.
    semoga Allah merahmati usaha ustaz. amin

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: