Batiniah Puasa

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Batiniah Puasa 1

.

Puasa memang menjejaskan sedikit kesegaran fizikal, tetapi akan terasa ringan apabila dilakukan dengan penuh kesabaran sebagai persiapan bagi perjalanan jauh ke hari akhirat. Sabar dalam melaksanakan kebaktian kepada Allah سبحانه وتعالى lebih ringan daripada sabar menderita azab-Nya. Itulah makna batiniah puasa.

 

Untuk melaksanakan puasa secara sempurna agar semakin meningkat ketaqwaan, ada beberapa syarat batiniah yang perlu dilaksanakan, iaitu …

 

1)      Memelihara mata dan mengekangnya dari memandang segala sesuatu yang tercela dan dibenci dan segala sesuatu yang menyibukkan dan melalaikan hati dari mengingat Allah سبحانه وتعالى.

2)      Memelihara lisan dari senda gurau, dusta, mengumpat, mengadu domba, berkata keji, mencaci maki, bertengkar dan menampak-nampakan kebaikan.

3)      Mengekang pendengaran dari segala sesuatu yang dibenci, kerana semua yang diharamkan mengucapkannya diharamkan pula mendengarkannya.

4)      Mengekang tangan dan kaki dari dosa-dosa dan perbuatan yang dibenci.

5)      Menahan perut dari makanan yang syubahat (diragui halalnya). Tidak ada ertinya berpuasa dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan yang haram.

6)      Tidak terlalu banyak makan pada waktu berbuka sekalipun dengan yang halal sehingga memenuhi perut. Sesungguhnya tidak ada bekas yang paling dibenci Allah سبحانه وتعالى melebihi perut yang dipenuhi makanan, sekalipun halal. Bagaimana puasanya dapat mengawal nafsu, jika pada waktu berbuka menyantap habis semua yang ditinggalkan pada siang hari. Bahkan kebanyakan dari kita menambah aneka makanan yang tidak pernah dimakan pada bulan-bulan yang lain.

7)      Yang termasuk dalam adab-adab puasa yang lain adalah tidak banyak tidur di siang hari agar benar-benar dapat merasakan lapar dan haus serta makin melemahkan kekuatan tubuh. Dengan demikian jiwapun akan menjadi lebih jernih, lebih peka.

8)      Banyak solat malam (Qiamullail), zikir dan membaca al-Quran.

9)      Hendaklah hati, sesudah berbuka tetap gelisah antara harap dan cemas kerana sesungguhnya tidak diketahui apakah puasa akan diterima sehingga kita termasuk orang yang hampir kepada Allah سبحانه وتعالى ataukah puasa tertolak sehingga kita termasuk golongan orang yang dimurkai-Nya. Demikian pula hendaklah tiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat.

.

.

Aspek Kebatinan Perlu Dipelihara

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin (Bimbingan Mukmin), menggariskan enam perkara berhubung aspek kebatinan yang harus dipelihara oleh orang yang berpuasa iaitu:

 

  1. Mengelakkan pandangan daripada melihat segala perkara yang haram, tercela dan yang dilarang agama serta menahan diri daripada perbuatan yang melalaikan dan boleh mengganggu hati daripada berzikir dan mengingati Allah سبحانه وتعالى.

  1. Memelihara lidah daripada perkara yang tidak bermanfaat seperti bercakap kosong, berdusta, mengumpat, mencaci maki, menimbulkan permusuhan dan riak.

  1. Menghalang pendengaran daripada segala perkara yang dibenci dan dilarang kerana setiap yang haram diucapkan, haram juga mendengarnya.

  1. Mencegah seluruh anggota lain seperti tangan dan kaki daripada melakukan dosa dan maksiat, serta perlu menahan perut daripada memakan barang yang syubahat ketika berbuka.

  1. Tidak membanyakkan makan sewaktu berbuka sekalipun daripada makanan yang halal sehingga perut terlalu kenyang.

  1. Meletakkan hati sentiasa dalam perasaan ‘khauf’ (sentiasa bimbang antara takut dan malu mengenai prestasi ibadah puasa, sama ada diterima Allah atau tidak) dan mengharapkan keredhaan Allah سبحانه وتعالى.

.

.

Dikisahkan bahawa Hasan Al-Basri melihat sekumpulan orang yang sedang ketawa terbahak-bahak pada bulan Ramadhan. Kemudian ia berkata: “Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى menjadikan bulan Ramadhan sebagai arena bagi hamba-hamba-Nya untuk berlumba-lumba berbakti kepada-Nya. Maka sebahagian orang telah ‘berjaya’ kerana berjaya keluar sebagai pemenang dan sebahagian lagi kecewa kerana tertinggal di belakang. Kerana itu sungguh amat menghairankan, masih ada orang yang tertawa dan bermain-main pada hari kemenangan orang-orang yang menang dan kekecewaan orang-orang yang bertindak sia-sia!. Demi Allah, seandainya tirai penutup yang ghaib tersingkap, nescaya setiap orang yang telah berbuat kebajikan akan sibuk dengan hasil kebajikannya dan yang telah berbuat kejahatan akan sibuk dengan hasil kejahatannya.”

 .

Kegembiraan orang yang diterima amalnya akan menyibukkan dirinya dari bermain-main, dan kekecewaan orang yang tertolak amalannya akan menghalangnya daripada tertawa.

Kebersihan jiwa adalah menahan kemahuan nafsu kotor dengan mendidiknya supaya tunduk kepada akal dan syarak atau kekuatan jiwa yang dapat mengatasi sifat marah, kemahuan nafsu buruk serta membimbing kedua-duanya ke arah kebijaksanaan.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

One response to this post.

  1. Posted by Imran on 18/07/2013 at 9:40 am

    Assalamualaikum Ustaz,

    Jazaakallahu Khairan Kathira.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: