Puasa Dan Penjagaan Masa

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

masa.

Bersempena Ramadhan al-Mubarak ini, marilah sama-sama kita menghayati falsafah puasa yang antara lain mendidik jiwa supaya mencapai ketaqwaan. Seperti mana kata Saidina Ali: “Takwa ialah takut kepada Yang Maha Berkuasa, beramal dengan apa yang diturunkan oleh al-Quran, reda dengan sedikit kurniaan dan bersiap sedia menghadapi hari akhirat.”

 

Puasa pada bahasa dengan maksud menahan dan pada istilahnya pula bermaksud menahan daripada segala perkara yang membatalkan puasa bermula daripada fajar menyinsing hingga terbenamnya matahari. Jelas terbukti ibadat puasa mengingatkan manusia kepada waktu. Ini dapat digambarkan melalui aplikasi-aplikasi ibadatnya.

.

Secara ringkasnya seperti berikut :

    • Melihat anak bulan sama ada Ramadhan atau Syawal.
    • Waktu berbuka puasa selepas terbenamnya matahari.
    • Waktu imsak atau mula berpuasa sebelum fajar menyinsing.
    • Waktu sahur selepas pertengahan malam dan sebelum masuknya subuh.
    • Bilangan hari berpuasa.

.

Pendek kata dengan kedatangan bulan Ramadhan, waktu amat dihargai oleh orang Islam kerana detik-detik yang dilaluinya ketika berpuasa ingin dicapai kepada suatu natijah iaitu berbuka. Begitu juga mereka akan menekuni dan membilang hari-hari Ramadhan untuk menuju ke bulan Syawal. Sebagai kegemilangan dan kejayaan dalam menjalankan perintah Allah سبحانه وتعالى.

.

Di sini penulis mahu menekankan betapa pentingnya seseorang Islam menjaga masa kerana seperti mana kata Imam al-Banna: “Masa adalah kehidupan”. Keuntungan, kejayaan atau kegagalan dan kerugian berkait rapat dalam pengurusan masa. Begitu juga, memaksimumkan penggunaannya untuk menghasilkan produktiviti melalui anugerah modal insan.

.

Mereka yang layak berjaya seterusnya mengungguli kejayaan dengan cemerlang berdasarkan kepada bagaimana mereka menggunakan setiap detik-detik yang bergerak. Nafas-nafas yang dihembuskan serta nadi-nadi yang berdenyut untuk mentaati Allah سبحانه وتعالى sama ada secara langsung atau tidak.

.

Justeru apabila kita melihat golongan yang dipanggil al-Faizin iaitu golongan yang berjaya, maka sudah pasti kita dapati mereka berjaya dalam menguruskan kehidupannya walaupun mempunyai ruang masa yang sedikit atau sama seperti orang lain.

 .

Sebagai contoh untuk membakar semangat supaya kita meningkatkan amal dinyatakan di sini:

  • Al-A’masyh tidak pernah terlambat takbirratul ihram selama 60 tahun bersama imam iaitu solat berjemaah.

  • Ibnu Idris seorang ahli zuhud yang mengkhatamkan al-Quran sebanyak 4,000 kali di dalam rumahnya.

  • Dihikayatkan bahawa Imam al-Syafie khatam al-Quran dua kali pada setiap hari daripada bulan Ramadhan.

.

.

Akhirnya marilah sama-sama kita muhasabah diri kita dengan memikirkan persoalan ini berkenaan dengan waktu yang berbaki khususnya mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadhan al-Mubarak ini.

.

  • Berapa juzuk atau helai sehari kita membaca al-Quran?
  • Berapa jam sehari kita peruntukkan untuk mentelaah kitab atau ilmu?
  • Berapa banyak zikir yang kita lafazkan?
  • Tanda cinta kepada Rasulullah ﷺ, maka berapa selawat kita bacakan?
  • Solat fardu. Berapa kali kita berjemaah dan melangkah ke masjid?
  • Bagaimana dengan Tahajjud dan Qiamullail yang mudah kita mengambil kesempatan dengan sebab bersahur?
  • Bagaimana hubungan kita dengan majlis-majlis ilmu?
  • Apakah masa-masa yang terluang kita guna untuk menasihati anak-anak?
  • Hubungan kita dengan jiran. Sejauh mana pertautan?
  • Kerja kita dengan majikan. Sejauh mana sumbangan dan produktiviti yang kita berikan?
  • Adakah segala ibadat kita laksanakan dengan sesempurnanya bahkan kita tambah dengan ibadat sunat?

.

Sebenarnya terlalu banyak yang perlu kita lakukan dan muhasabah diri. Benarlah kata al-Syahid Imam al-Banna: “Kewajipan-kewajipan itu lebih banyak daripada waktu yang kita miliki.”

Justeru kaedah dan keutamaan serta awlawiyat hendaklah dijadilkan manhaj dalam kehidupan ini. Semoga kita menjadi golongan yang memanfaatkan waktu lebih-lebih lagi dengan kunjungan Ramadhan ini.

.

Oleh Dr. Zulkifli Mohamad Albakri

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

  1. Batiniah Puasa (Klik Di Sini)
  2. 23 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Di Bulan Ramadhan (Klik Di Sini)
  3. Puasa Tiada Nilai Jika Hanya Perut Tahan Lapar (Klik Di Sini)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: