بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad, malam ini telah mengisytiharkan bahawa anak bulan telah dilihat kelihatan, maka 1 Syawal 1434 Hijrah iaitu tarikh mula umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah pada hari esok bersamaan Khamis 8 Ogos 2014. Ini bermakna tahun ini seperti tahun lepas juga, umat Islam di Malaysia dan majoriti di Nusantara hanya berpuasa selama 29 hari sahaja.
.
Kedudukan bulan memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (keboleh-nampakkan), iaitu ketika matahari terbenam anak bulan berada pada 5° iaitu melebihi ketinggian 2° seperti yang disyaratkan di ufuk barat dan jarak lengkung anak bulan ke matahari lebih dari 3°. Manakala umur bulan melebihi lapan jam sebelum ijtimak.
.
Allah Subhânahu wa Ta’âlâ berfirman,
فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
“… Maka, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan bulan, hendaklah dia berpuasa ….”
(Al-Baqarah: 185)
.
Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan Malaysia khasnya. Semoga antum dapat menambah erat tali silatulrahim dan persaudaraan di sepanjang bulan Syawal ini. Dan dalam kemeriahan Aidil Fitri ini, jangan dilupa kesinambungan rahmat dan amal dengan berpuasa enam.
.
وَالسَّلاَمُ
.
.