Khutbah Khas Idulfitri: Idulfitri Lambang Kesatuan Ummah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

images (63)

.

KHUTBAH KHAS IDULFITRI:

“Idulfitri Lambang Kesatuan Ummah ”

01 Syawal 1434H / 8 Ogos 2013M

 .

 .

 

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat Yang dirahmati Allah,

Di pagi Idulfitri yang mulia dan penuh berkat ini, marilah sama-sama kita perbanyakkan rasa syukur dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Ketakwaan yang bersungguh-sungguh sehingga membawa kita kepada rasa bertanggungjawab untuk kita mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya, mudah-mudahan kita dikasihi Allah, mendapat perlindungan-Nya di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk “IDULFITRI LAMBANG KESATUAN UMMAH ”.

.

.

.

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah hari ini kita telah melangkah masuk ke 1 Syawal 1434H. Pada hari ini juga kita menzahirkan rasa kesyukuran dan kegembiraan setelah berjaya menyempurnakan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan yang baru saja berlalu telah meninggalkan kesan yang mendalam di lubuk hati kita sebagai orang yang beriman. Kejayaan kita melalui latihan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini menjadikan kehidupan lebih bertakwa kepada Allah SWT.

.

Jelaslah bahawa takwalah yang membezakan antara golongan mukmin yang menjadi ahli syurga dan golongan ingkar kepada perintah Allah SWT yang akan menjadi ahli neraka. Ganjaran syurga merupakan setinggi-tinggi pencapaian dan destinasi terakhir dalam kehidupan insan yang bertaqwa. Ini jelas dengan firman Allah di dalam surah al-Hasyr ayat 20:

khutbah Idulfitri 1Bermaksud:  Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga. Ahli Syurga merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.

.

Inilah masanya dengan kedatangan 1 Syawal umat Islam di seluruh dunia dari pelbagai bangsa dan peringkat umur, bersama-sama melafazkan takbir, tahmid, dan tasbih sebagai tanda mengagungkan kebesaran Allah SWT, tanda kejayaan mendidik nafsu dan menginsafi bulan Ramadhan yang berkat ini. Pada hari ini kita menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana berkesempatan merayakan Idulfitri sebagai tanda kesatuan antara kita sebagai umat yang berasaskan kepada akidah yang sama.

.

Ingatlah, selama sebulan di bulan Ramadhan, kita dilatih untuk melaksanakan ibadah-ibadah fardhu dan sunat seperti solat sunat Tarawih, tadarrus al-Quran, berqiamullail, bersahur, memperbanyakkan sedekah dan sebagainya. Semuanya itu merupakan hasil daripada tarbiah ramadhan yang boleh mendorong kita ke arah menjadi umat yang bertaqwa.

.

Ketahuilah bahawa perjuangan untuk mewujudkan masyarakat bertakwa ini menjadi tanggungjawab kita bersama sebagai umat Islam. Maka, seluruh umat Islam tanpa mengira latar belakang, kedudukan, fahaman politik, warna kulit, bangsa dan pangkat serta darjat seseorang itu perlulah bergerak dan berjuang memperkukuhkan kesatuan umat Islam. Bersatulah kita bermula dari pemimpin hinggalah rakyat terutamanya dalam isu sensitif yang berkaitan dengan kesucian Islam kerana sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kita untuk bersatu dan berpegang teguh dengan agama Allah, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 103:

Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

.

.

  

.

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Islam memberikan perhatian yang amat penting terhadap kesatuan ummah dengan mengesa umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara ukhuwwah yang merupakan asas kekuatan bagi umat Islam. Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa membajai hati kita dengan sifat-sifat berkasih esame terhadap esame manusia dan semua mahkluk ciptaan Allah SWT.

.

Umat Islam yang memiliki sifat seperti ini mampu mewujudkan masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan saling bekerjasama serta sanggup berkorban, melupakan soal kepentingan diri sendiri demi membina kemajuan dan melahirkan kesatuan ummah yang cemerlang terutama dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap sesama manusia (( حَبْلٌ مِن َالناس dan juga tanggungjawab terhadap Allah (حَبْلٌُ مِنَ اللهِ). Justeru, umat Islam di negara ini perlulah bersyukur di atas nikmat keamanan dan perpaduan yang di nikmati di negara ini berbanding di sesetengah negara lain yang sentiasa hidup dalam ketakutan, peperangan dan kelaparan. Dalam Islam persaudaraan adalah teras bagi pembentukan negara dan perkembangan masyarakat yang maju lagi bertamadun.

.

Sabda Rasulullah SAW:

khutbah Idulfitri 2Bermaksud: sesiapa yang memiliki tiga perkara nescaya ia akan dapat merasakan kemanisan iman, iaitu bahawa ia mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lain dan ia mengasihi seseorang hanya semata-mata kerana Allah serta ia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas ia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana ia benci dicampakkan ke dalam api neraka. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

.

Sebenarnya keutuhan ummah tidak akan terhasil, kecuali dengan terlaksananya beberapa prinsip asas antaranya sikap tolong-menolong dalam menggalakkan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta sanggup berlapang dada dalam menerima apa keputusan. Sebagai manusia kita memerlukan antara satu sama lain, konsep tolong-menolong perlu wujud dalam menghasilkan suatu kehidupan yang dapat memenuhi keperluan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, sayugianya harus diingat bahawa kita harus mengenepikan ego diri, menyahkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan dan maslahah umum yang lebih besar demi membina kesatuan ummah dalam menjamin kelangsungan dan peranan mereka dalam masyarakat.

.

Umat Islam pada hakikatnya telah pun bersatu dalam satu akidah. Mereka percaya dan mengamalkan rukun Islam dan iman. Mereka melafazkan dua kalimah syahadah, melaksanakan ibadah solat, zakat, puasa, haji yang sama. Umat Islam seharusnya menjadikan junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai contoh tauladan yang terbaik. Kejayaan Baginda SAW dalam menyatukan bangsa Arab yang bersifat asabiyah melalui ajaran Islam yang mantap telah melahirkan bangsa yang hebat dan kuat dalam sejarah tamadun dunia. Hubungan antara umat Islam yang terjalin diatas nama persaudaraan seharusnya mampu melahirkan umat yang bersatu- padu dan bukannya umat yang berpecah belah.

.

Renungilah pesanan Saidina Abu Bakar al-Siddiq sahabat paling akrab disisi Rasulullah SAW yang telah memberi amaran kepada umat Islam agar tidak mencetuskan permusuhan sesama ummah, antara pesanannya: Bahawa mereka yang menganjurkan permusuhan ialah mereka yang berdiri ditepi jurang neraka yang hanya menunggu saat kehancurannya. Oleh itu bersatulah di dalam jamaah sebagaimana bersatunya Muhajirin dan Ansar.

Begitu juga saidina Uthman al-Affan yang bersungguh sungguh menasihati umat Islam agar mengelakkan tragedi mengaibkan melalui tindakan melampau sehingga mencetuskan konflik. Beliau berkata dengan penuh harapan bahawa: Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain diharamkan darahnya, hartanya dan kehormatannya.

.

Dalam hal yang sama saidina Umar al-Khatab pernah berkata: Suatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah pahala orang yang berbuat kebaikan dan menghubung silaturrahim, sedangkan paling cepat mendatangkan keburukan ialah seksaan bagi orang berbuat jahat dan memutuskan tali persaudaraan.

.

Persoalan besar timbul ialah apakah proses utama kepada kesatuan ummah ini?. Mimbar ingin menyatakan bahawa sikap bersederhana dalam semua perkara berdasarkan konsep al-wasatiyyah adalah dasar utama yang hakikatnya berperanan dalam menangani isu kesatuan dalam sesebuah negara.  Menurut pandangan Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi menjelaskan bahawa al-Wasatiyyah adalah “pertengahan” dan atau “berimbang” (al-tawazun), maksudnya ajaran agama ini bersifat ‘pertengahan’ atau “berimbang” antara dua perkara yang bertentangan.

.

Islam sentiasa memberi perhatian yang adil antara keperluan rohani, jasmani, intelektual dan emosi bagi setiap individu dan anggota masyarakat. Dalam aspek kehidupan, sentiasa ada unsur keseimbangan antara realiti dan idealistik, antara yang tetap dan berubah. Oleh itu, agama Islam tidak bersifat berat sebelah (bias) dan tidak keterlaluan atau terlalu kurang (taqsir). Berdasarkan kepada perkara ini umat  Islam yang benar-benar patuh dan menurut tabi’i ajaran Islam kehidupan mereka akan menjadi baik dan berkualiti. Inilah yang dikatakan sebagai keindahan dan kemanisan Islam.

.

Firman Allah SWT ayat 143 Surah al-Baqarah:

khutbah Idulfitri 3Maksudnya:Dan demikianlah (sebagai mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

 .

Konsep ummatan wasatan sebagaimana pentafsirannya membawa maksud “umat yang pilihan lagi adil” dan juga bermakna “umat yang pertengahan” iaitu pertengahan segala pembawaannya. Mengikut pandangan Sayed Qutb,“Umat Islam adalah umat yang adil dalam segala erti keadilan sama ada keadilan dengan erti kebaikan dan kelebihan atau keadilan dengan erti kesederhanaan atau dengan ertinya yang fizikal, iaitu berada  di tengah-tengah”.

.

Justeru, umat Islam dituntut untuk mengseimbangkan antara tuntutan rohani dan jasmani dan antara tuntutan dunia dan akhirat. Sifat kesederhanaan dan keseimbangan ini sangat penting bagi orang yang beriman kerana perbuatan yang lebih dari yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap melampau, begitu juga perbuatan yang kurang dari yang sepatutnya dilakukan adalah di anggap suatu kecuaian. Umat Islam juga tidak boleh terlalu lepas bebas tanpa sempadan kerana kita pada hakikatnya diikat dengan peraturan dan undang-undang. Mimbar ingin menjelaskan sememangnya ajaran Islam mengajar umatnya bersederhana dalam semua perkara, berimbang dan syumul dalam segenap bidang kehidupan individu dan masyarakat dengan memfokuskan kepada mempertingkatkan kualiti kehidupan ummah sama ada dari segi ilmu pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi dan kewangan, pertahanan, perpaduan dan sebagainya.

.

.

  

.

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Di saat kita merayakan Idulfitri ini kita perlu sedar bahawa pada hari ini pelbagai cara dan strategi dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk melemahkan kesatuan ummah serta keamanan negara. Mereka melakukan dengan tersusun lagi licik melalui pencemaran budaya, penyebaran fitnah perpaduan samada melalui media massa dan alam siber, melanggari undang-undang negara, mempertikai kedudukan Islam dalam Perlembagaan, menghina kedudukan Raja Raja Melayu. Kebelakangan ini juga isu-isu berkaitan dengan hal ehwal agama Islam dan perlaksanaan undang-undang Syariah juga sering kali dipertikaikan. Pelbagai isu yang menyentuh Islam diperdebat secara terbuka tanpa memberi penghormatan yang selayaknya kepada Islam sebagai agama persekutuan sepertimana yang telah termaktub dalam perlembagaan.

.

Mereka juga mengadakan pelbagai helah termasuklah atas dasar hak kebebasan berfikir dan bersuara, mereka juga mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan serta menjadikan rakyat sebagai perisai  untuk menghuru-hara negara, cuba membuat provokasi untuk melemahkan pemerintah dan menggugat kesatuan ummah  yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan.

.

Musuh Islam juga melancarkan penjajahan pemikiran (ghazwatul-fikr). Pelbagai aliran barat dan doktrin untuk menghancurkan Islam telah diketengahkan seperti sekularisme, pluralisme, sosialisme, feminisme, positivism dan sebagainya. Mereka merancang semua ini dengan penuh teliti dan bijak. Mereka telah melancarkan peperangan saraf secara terbuka dan berani untuk memanipulasi minda dan kepercayaan di kala umat Islam dilanda krisis keyakinan diri dan hilangnya kekuatan dan kesatuan di kalangan umat Islam di seluruh dunia.

.

Bayangkanlah. jika umat Islam hilang pegangan hidup, hilang maruah, berada dalam ketaksuban kepada pihak-pihak tertentu dan mengutamakan kemaslahatan peribadi serta diperalatkan pihak lain, maka akhirnya umat Islam pasti menerima nasib yang malang lagi hina di negara sendiri. Lihat sajalah apa yang berlaku di beberapa negara Islam di Asia Barat, apabila rakyat tidak bersatu, pemimpin dipengaruhi pemikiran dan tindakanya oleh musuh musuh Islam untuk mendapat apa yang diingini, maka negara berada dalam huru-hara dan kehancuran.

.

Ingatlah sebagai umat Islam kita perlu bijak mengenal pasti musuh yang sedang dihadapi samada yang kelihatan secara zahir ataupun terselindung disebalik perbagai bentuk, wadah, dan wajah. Janganlah kita umat Islam asyik dengan pertelingkahan sesama sendiri sedangkan musuh yang menabur racun bersorak kegembiraan. Berwaspadalah dengan golongan munafik dan pengkhianat dikalangan umat Islam yang telah menjadikan agama sebagai barang dagangan dan perjuangan menuntut keadilan sebagai modal politik sehinggakan sanggup bersekongkol dengan pihak musuh untuk menumpaskan pemerintah islam hanya demi mendapatkan kuasa.

.

Untuk itu sebagai umat Islam kita hendaklah mengatur langkah yang bijak dengan menyatukan hati sesama kita dan memperkasakan keupayaan agar kita dapat bergerak dengan sederap langkah. Percayalah dengan saf yang kukuh inilah membolehkan kita menghadapi musuh dengan tabah dan gagahnya.

Justeru, mimbar menyeru kepada umat Islam agar memperkukuh kesatuan ummah dan bertoleransi dalam semua perkara serta berlapang dada atas keputusan yang  telah dipersetujui. Ingatlah semangat melampau sebenarnya  akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya akan melemahkan kestabilan sesio-politik negara. Percayalah bahawa manhaj Islam adalah memelihara keutuhan ummah sebagaimana hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi:

khutbah Idulfitri 4Bermaksud: Hendaklah kamu berada bersama sama jamaah, dan janganlah kamu berpecah belah. (Hadith Riwayat al-Tirmizi).

.

.

.

Muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,

Ketika kita sedang bergembira menyambut Idulfitri ini, kita perlu insaf dan sedar bahawa terdapat umat manusia yang sedang menderita terutama mereka yang berada di negara yang sedang bergolak dan insan-insan yang kesempitan hidup seperti fakir miskin, orang orang tua, anak anak terbiar dan sebagainya. Justeru, mimbar menyeru marilah sama-sama kita menghidupkan suasana Idulfitri ini dengan amalan ziarah-menziarahi, kunjung mengunjungi dan menghubungkan silaturahim terutama sekali terhadap kedua ibu bapa kita dengan memohon kemaafan atas kesalahan yang telah dilakukan samada yang disedari ataupun yang tidak disedari.

.

Dengan demikian jiwa kita pasti dapat merasai ketenangan, kebahagiaan yang sejati. Sabda rasulullah SAW:

khutbah Idulfitri 5Bermaksud:  Daripada Abu Hurairah RA. katanya Sabda Rasullullah SAW: “demi diriku dalam kekuasaan-Nya, kamu tidak akan dapat masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dikatakan beriman dengan sempurna sehinggalah kamu berkasih sayang, sukakah kamu jika aku tunjukkan sesuatu apabila  kamu melakukannya nescaya kamu akan berkasih sayang? sebarkanlah ucapan salam di kalangan kami. (Hadith Riwayat Muslim )

.

.

            

.

Selari dengan keberkatan Ramadhan dan takbir keinsafan, maka mimbar mengambil kesempatan marilah kita memulihkan dan mengukuhkan hubungan sesama kita dengan saling hormat menghormati, bertimbang rasa, mengamalkan sikap bersederhana dalam apa jua tindakan, tidak melampau, saling bermaafan, mendoakan dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Buanglah yang keruh ambillah yang jernih. Ingatlah wahai muslimin dan muslimat sekalian, bahawa amalan ibadah kita tidak akan diterima oleh Allah SWT sekiranya kita hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menghormati hak-hak orang lain. Ambilah kesempatan pada hari yang mulia ini untuk sama-sama kita mengeratkan silaturrahim antara kita, mudah-mudahan dengan cara ini hidup kita sentiasa berada dalam keberkatan dan negara kita sentiasa dalam suasana harmoni dan aman damai.

.

Mengakhiri khutbah, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 9:

Maksudnya: Dan jika dua puak dari orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah keduanya dengan adil, dan berlaku adillah kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.

 .

.

 .

.

.

KHUTBAH  KEDUA

.

.

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,

Lafaz takbir yang kita ucapkan pada hari ini merupakan kalimah agong yang di ucapkan oleh Rasulullah SAW sewaktu pembukaan kota Mekah. Lafaz takbir ini adalah kerana kita juga merasai kemenangan yang gemilang dalam menunaikan ibadah puasa dan berjaya menundukkan musuh-musuh kita yang bernama hawa nafsu. Bahkan menurut Rasulullah SAW musuh yang bernama hawa nafsu inilah jauh lebih berat untuk dikalahkan berbanding dengan musuh-musuh yang nyata. Justeru jihad melawan hawa nafsu ini perlu diteruskan pula di bulan Syawal ini dengan melakukan puasa enam yang mana pahalanya menyamai dengan puasa sepanjang tahun. Puasa ini boleh dilakukan berturut-turut atau berselang.

.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadithnya:

Maksudnya:Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, dan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun. (Riwayat Muslim)

.

Idulfitri juga hari perdamaian kerana pada hari ini dinyatakan perdamaian hidup dalam rumah tangga, hubungan kaum kerabat dan sanak saudara. Seluruh umat Islam sama ada dalam lingkungan desa mahupun kota, wajah berseri-seri, hati riang ria, tangan bersalam-salaman mengucapkan salam Idulfitri serta ampun dan maaf sebagai tanda keakraban dan silaturrahim.

.

khutbah Idulfitri

.

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,

Mimbar mengingatkan sekali lagi bahawa keutuhan ummah asas keutuhan Idulfitri. Melalui zakat fitrah dan zakat harta yang telah kita bayar di bulan Ramadhan telah memberi kecerian dan keriangan kepada golongan fakir miskin untuk sama-sama menyambut hari kemenangan ini. Keberkatan Ramadhan juga mengingatkan kita bahawa cahaya Idulfitri melangkaui sempadan negara dan benua. Umat Islam di mana mereka berada adalah sama, kita sama dari segi makan minum, kita sama dari segi peraturan, halal dan haram  dan kita  juga sama dari sudut akidah. Namun kehidupan umat Islam hanya teristimewa dengan iman kepada Allah SWT.

.

Kita perlu insaf terdapat saudara-saudara kita di luar negara hidup dalam keadaan sukar sepanjang hayat, membesar dalam keadaan perang, generasi silih berganti  terus hidup menderita terutama saudara kita di Palestin, pelarian muslim Ronghiya dan lain-lain umat Islam yang sedang mengalami musibah. Cubalah kita rasakan segala keperitan yang sedang mereka rasakan supaya boleh kita jadikan iktibar dan pengajaran. Tariklah nafas kesyukuran dan kenangkanlah segala nikmat yang sedang kita kecapi di tanah air kita. Ingatlah, jika sudah tergadainya agama dan negara, walaupun kita menangis air mata darah sekalipun, ianya pasti sudah terlambat.

.

Berdasarkan pemerhatian mimbar terdapat umat Islam yang menjadi penduduk minoriti di beberapa buah negara terutama di rantau ini juga menghadapi keperitan hidup. Mimbar ingin menarik perhatian jemaah sekalian cuba bayangkan bagaimana umat Islam di negara yang mengalami peperangan dan kehidupan yang  sukar menjalani puasa dan sambutan Idulfitri. Mimbar pada hari ini, menyeru marilah kita bersama-sama membantu saudara seagama yang hidup daif dan menderita. Keberkatan Ramadhan mengingatkan kita supaya menghulurkan bantuan yang diadakan dari semasa ke semasa melalui masjid-masjid, media massa dan sebagainya, mudah-mudahan rezeki kita ditambah, umur dipanjangkan Allah SWT dan kasih sayang di kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

.

khutbah Idulfitri

.

Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah,

Kita bersyukur kerana pada hari ini kita memilih masjid sebagai tempat pertama untuk dikunjungi dan kesyukuran itu kita zahirkan dengan memperbanyakkan ucapan salawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW. Tanda kasih kita kepada Baginda hendaklah dirakamkan dalam bentuk ucapan selawat dan salam sebagaimana Firman Allah SWT di dalam Surah al-Ahzab ayat 56:

Bermaksud:Sesungguhnya Allah SWT dan malaika-tNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

.

.

 .

Sumber:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: