KJ : Nikmat Ramadhan Berkati Idulfitri

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

khutbah

.

Khutbah Jumaat: “Nikmat Ramadhan Berkati Idulfitri ”

 

kj pembuka 1

kj nikmat ramadan 1

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan  melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh kebahagian ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ialah: “NIKMAT RAMADHAN BERKATI IDULFITRI.”

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Hari ini hari kedua kita merayakan Idulfitri dan perayaan yang kita sambut pada ketika ini dijangka diraikan sepanjang bulan Syawal sebagai tanda kita berjaya menunaikan amanah melaksanakan latihan kerohanian dibulan Ramadhan. Didikan Ramadhan yang mendisiplinkan diri kita sepanjang hari, memberikan suatu pengisian yang sangat bermakna dalam menjalani kehidupan yang berkualiti.

.

Ramadhan yang dipenuhi dengan tuntutan fardhu mahupun sunat seperti solat fardhu berjemaah di masjid-masjid atau surau-surau, bermurah hati dengan sedekah dan amal jariah, istiqamah dalam tilawah al-Quran dengan menyertai majlis-majlis tadarus, rajin berqiamullail dan menjaga segala bentuk maksiat seperti memelihara mata, telinga, mulut, nafsu agar tidak merosakkan ibadah puasa. Umat Islam digalakkan meneruskan kesinambungan ini dengan melaksanakan amalan puasa enam di bulan Syawal sebagai tambah nilai untuk mengukuhkan dan menguatkan keberkatan Ramadhan al-Mubarak. Puasa enam ini hukumnya sunat.

Abu Ayub RA meriwayatkan dalam sebuah hadith sahih dengan sabda Rasulullah SAW:

kj nikmat ramadan 2Maksudnya: Barangsiapa berpuasa Ramadhan, kemudian ia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Shawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa”.” (Riwayat Muslim)

.

Yakinlah bahawa mereka yang berjaya melaksanakan segala tuntutan ini akan merasa nikmatnya dengan menerima anugerah iaitu Idulfitri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk umat Islam merayakannya dengan penuh kesyukuran. Kenikmatan ini merupakan kemenangan bagi orang yang berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya: Bagi orang yang berpuasa itu, dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika berbuka dan kedua kegembiraan mereka ketika bertemu Allah SWT. Bagi menzahirkannya kita melafazkan takbir, tahmid dan tasbih serta melaksanakan segala amal bakti yang diredai oleh Allah SWT.

..

Firman Allah SWT dalam surah al- Baqarah ayat 185:

kj nikmat ramadan 3Maksudnya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

.

Sesungguhnya pengertian Idulfitri membawa makna yang mendalam iaitu aid’ bererti kembali, perayaan atau ulangtahun. Manakala fitri bermaksud berbuka atau makan minum, di mana seluruh umat Islam pada hari Idulfitri diwajibkan berbuka dan diharamkan berpuasa. Ia juga membawa maksud fitrah atau tabiat asal kejadian manusia yang suci bersih, di mana setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Lazimnya kemeriahan Idulfitri dapat dirasakan dengan rumah-rumah kita dibersihkan dan dihiasi dengan lampu-lampu, sanak-saudara berkumpul beramai-ramai, anak-anak kita dengan pakaian baru serta juadah makanan tersedia. Hakikat sebenar, kita berkumpul di masjid untuk menunaikan solat Idulfitri dan mendengar khutbah. Kita bersalam-salaman untuk memohon kemaafan semoga semua salah silap dimaafkan, perselisihan atau perbalahan dilupakan, mana yang kusut kembali dirungkaikan.

Kita digalakkan mengambil kesempatan untuk menziarahi pusara orang tua serta mengadakan rumah terbuka, menjemput sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan serta saling berkunjung-kunjungan.

.

Amalan ziarah menziarahi ini bertepatan dengan usaha-usaha murni menghidupkan sunnah Rasulullah SAW. Jika pada waktu atau bulan-bulan yang lain, kita tiada kesempatan kerana kesibukan dengan tugas mengurus rutin harian, maka dikesempatan inilah kita dapat menjalin semula keakraban dengan jiran tetangga, sahabat handai dan rakan taulan. Sesungguhnya inilah masa yang paling sesuai untuk kita menghubungkan kembali sillaturahim.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Mimbar mengingatkan bahawa Islam mengajar kita melakukan sesuatu perkara secara bersederhana. Dalam keghairahan meraikan Idulfitri, janganlah sampai kita melakukan pembaziran kerana pembaziran ia dibenci oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Israk ayat 27:

kj nikmat ramadan 4Maksudnya: Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Dalam suasana meraikan kegembiraan ini, janganlah sekali-kali ianya menggadai diri sehingga lupa kepada tuntutan dan tujuan sebenar hari raya. Segala keperitan, kepahitan, kesusahan, keseksaan yang sedang dialami oleh saudara seagama kita yang berada di mana sahaja di bumi Allah SWT hendaklah dijadikan iktibar. Hiburkanlah hati dan kehidupan mereka, marilah kita tanamkan rasa kasih sayang dengan menyemarakkan semula semangat cinta seagama yang sudah kian malap. Kita suntikan kenangan Ramadhan agar dapat melahirkan rasa kesyukuran dan kebersamaan antara kita sesama insan.

.

Sesungguhnya nikmat kurniaan Allah SWT untuk mengangkat martabat kita menjadi insan Rabbani dan Idulfitri juga merupakan satu lagi nikmat tanda tercapainya kejayaan kita melalui ujian Allah. Bulan Ramadhan telah menyediakan tema persekitaran yang terbaik sekiranya dihayati untuk membentuk iklim kehidupan seorang insan yang bergelar mukmin. Kita dilatih satu pengurusan hidup yang terbaik.

Sepanjang bulan Ramadhan juga mendidik kita agar sentiasa berkhidmat kepada orang lain. Kita digalakkan bersedekah dan diperintahkan mengeluarkan zakat fitrah. Ia adalah simbol bagi membentuk sikap mengambil berat terhadap orang lain dan berusaha membantu sesama kita.

Justeru, mimbar menyeru para jemaah sekalian marilah sama-sama kita terapkan segala amalan kita di bulan Ramadhan dalam kehidupan terutamanya pada bulan Shawal yang mulia ini. Bulan anugerah Allah SWT kepada mereka yang beriman sebagai hari kemenangan untuk mengembalikan diri kita kepada kejadian asal dalam suasana fitrah.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita menginsafi amalan di bulan Ramadhan sebagai asas perjalanan kehidupan. Bagi kita yang diberikan kesempatan untuk melalui Ramadhan al-mubarak dan Syawal yang penuh keberkatan ini, marilah sama-sama kita memperbanyakkan bekalan dengan menjadikan detik-detik kehidupan kita selanjutnya diwarnai oleh amal-amal soleh sebagai kesinambungan dari amalan sepanjang Ramadhan yang baru berlalu. moga-moga ianya diterima oleh Allah SWT sebagai amalan yang diredhainya.

Raikanlah Idulfitri ini dengan rasa penuh tawaduk dan merendah diri kepada Allah SWT dan ambillah kesempatan ini untuk kita menjalinkan hubungan silaturrahim sesama kita, buanglah yang keruh, ambillah yang jernih semuga sambutan kali ini diwarnai dengan penuh kegembiraan dan di bawah keredhaan Allah SWT.

kj nikmat ramadan 5Maksudnya: Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (al-Hujurat ayat 10)

 .

kj korban 6

.

.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“Nikmat Ramadhan Berkati Idulfitri

(9 OGOS 2013 / 2 SYAWAL 1434H)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: