Tips Untuk Dapat Melihat Hujan Meteor Perseid Di Ruang Angkasa Malaysia

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Meteor Perseid.

Selain daripada fenomena empat planet sejajar di langit, pemerhati ruang angkasa juga dihidangkan pemandangan yang menakjubkan dengan hujan meteor. Fenomena pancuran hujan meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa Malaysia malam ini (Isnin  12 Ogos 2013) sehingga Subuh esok (Selasa 13 Ogos 2013).

 

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Mhd Fairos Asillam, berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

Pancuran meteor atau hujan meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

Hujan meteor Perseid mencapai kemuncaknya malam ini dan dianggarkan akan menyebarkan dedebu sebanyak 50 hingga 80 meteor per jam dan puratanya, satu hingga dua meteor per minit.

.

meteor pesaid

Para ahli astronomi memberi nama Perseid kerana hujan meteor ini muncul dari arah buruj Perseus. walaupun sebenarnya meteor ini boleh juga berlaku di mana-mana bahagian langit.

Pancuran (hujan) meteor Perseid berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer. Gugusan komet Swift-Tuttles juga mengambil tempoh 133 tahun untuk mengelilingi matahari dan melintasi bumi.

Walaupun begitu, sisa debu komet yang melintas dekat bumi pada tahun 1993 masih boleh dilihat di bumi setiap tahun. NASA menganggarkan hujan meteor boleh berlaku setiap minit pada masa kemuncaknya dan merupakan salah satu pemandangan paling ditunggu-tunggu oleh para ahli astronomi.

Apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya. Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar.

.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ ﴿١﴾ وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ ﴿٢﴾ وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ﴿٣

“Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;  Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.”

(Surah Al-Buruj 85: Ayat 1-3)

.

.

Tips Untuk Melihat Hujan Meteor

.

Di Malaysia, buruj Perseus tetap dapat dilihat jelas kerana berada di ketinggian serendah 35 darjah. Orang ramai boleh melihat fenomena ini apabila cuaca cerah, jauh dari pencemaran cahaya ke arah timur laut serta tidak terhalang oleh sebarang objek.

Waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. Antum tidak perlu menggunakan sebarang peralatan teleskop dan antum boleh mengarahkan pandangan ke timur laut pada waktu tersebut sehingga menjelang subuh. T.

.

Pegawai dari Planetarium Hayden New York, Joe Rao memberikan beberapa tips untuk menyaksikan fenomena angkasa yang indah ini:

1. Cari kawasan yang jauh dari bandar yang terang-benderang kerana di bawah cahaya lampu kota, kita hanya boleh menyaksikan meteor yang paling terang.

2. Waktu pemerhatiannya bermula pukul 11 malam, dengan kemuncak hujan meteor tersebut berlaku di antara jam 1 pagi sehingga menjelang subuh.

3. Pilih lokasi yang tidak mempunyai pandangan terhalang seperti tanah lapang dan di atas bumbung bangunan.

4. Duduk santai sambil mengarahkan pandangan ke selatan hingga ke timur laut.

5. Berdoa agar langit di lokasi antum cerah dan tidak mendung.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

5 responses to this post.

  1. Terima kasih di atas maklumat ini

    Reply

  2. Posted by aiman on 12/08/2013 at 11:52 pm

    kulim pkul berapa nk tgk hjn meteor tuh?

    Reply

  3. ada kaitan dengan syaitan yang direjam tak?sebab dalam quran surah al Mulk : 5, kata bintang digunakan untuk merejam syaitan…

    Reply

    • بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

      Allah SWT menyatakan hal yang sama dalam Surah 37 Ash Shaaffaat; Ayat 6-10:

      “Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang. Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka; (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru, Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus. Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.”

      والله أعلم بالصواب
      Wallahu A’lam Bish Shawab

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: