Pancuran Meteor Perseid Terhalang Hujan Di Kebanyakan Kawasan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hujan /Pancuran Meteor.

Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus tidak dapat dilihat di kebanyakan negeri dengan jelas berikutan hujan di kawasan utara dan tengah Semenanjung awal hari ini. Manakala penduduk negeri di sebelah selatan semenanjung seperti Johor dan Negeri Sembilan amat bersyukur kerana bertuah dan berpeluang melihat fenomena tersebut.

 

Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad berkata pihaknya hampa apabila hanya berjaya merakam empat kelibat meteor Perseid selama setengah jam bermula 1 pagi ini.

 

“Balai Cerap Langkawi, Kedah mula melakukan cerapan jam 12.30 tengah malam hingga 6 pagi ini dan hasilnya agak kurang memberangsangkan berikutan awan hujan yang menyelubungi kawasan utara tanah air,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

 

Karzaman berkata jangkaan awal untuk melihat dengan jelas pancuran meteor itu tersasar disebabkan hujan yang hanya berhenti jam 4 pagi.

 

Beliau berkata fenomena pancuran meteor Perseid ini diramalkan dapat dilihat dengan jelas pada awal tengah malam di utara tanah air ini tetapi jangkaan itu meleset disebabkan hujan.

 

Begitu juga orang ramai di Melaka dan Kuala Selangor hampa apabila fenomena pancuran meteor Perseid tidak kelihatan berikutan hujan lebat sejak awal pagi semalam.

 

Jurugambar sambilan, Mohd Hasif Naqib Abd Aziz, 23, berkata beliau dan keluarganya hampa apabila tidak dapat melihat hujan meteor Perseid itu di pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka malam tadi.

 

“Saya bersama keluarga menunggu hampir sejam dan pulang hampa kerana sudah memasang peralatan kamera untuk merakam gambar fenomena meteor Perseid yang dikatakan jarang berlaku,” katanya.

 

Guru, Mohd Aizat Yahya, 26, berkata beliau bersama tiga rakannya pulang hampa setelah menunggu hampir tiga jam sejak 11 malam bagi melihat fenomena meteor Perseid itu di puncak Bukit Melawati, Kuala Selangor.

 

Sementara itu, negeri di sebelah selatan semenanjung iaitu Johor dan Negeri Sembilan terutama pemerhati bintang tempatan yang berkumpul di Baitul Hilal, Telok Kemang, Port Dickson telah disajikan dengan fenomena ‘Shower Meteor Perseid’ (pancuran meteor Perseid) yang menakjubkan malam tadi. Mereka telah dapat melihat sehingga 20 lintasan meteor Perseid berikutan awan hujan tidak melanda kawasan tersebut

 

Sebelum ini Agensi Angkasa Negara melaporkan fenomena pancuran meteor Perseid terjadi apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi yang dikatakan dapat dilihat dengan mata kasar.

 .

Sumber – Bernama & NST

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

 sign s

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: