KJ : Keistimewaan Bulan Syawal

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

sambut raya.

Khutbah Jumaat: Keistimewaan Bulan Syawal

 

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقاَئِل:

kj syawal 2

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ. أَشْهَدُ أَن لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ،  اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabdian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada bulan yang penuh kebahagian ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ini ialah “KEISTIMEWAAN BULAN SYAWAL ”.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Pada minggu ini, kita masih berada dalam bulan Syawal bulan yang penuh dengan keistimewaannya. Umat Islam dituntut menyambut dan meraikannya dengan sebaik-baiknya. Di bulan ini juga, kita diberi kesempatan yang amat luas dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sama ada sesama kaum kerabat, rakan taulan juga jiran tetanga. Amalan kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi pada bulan ini amat bertepatan dengan ruh dan semangat persaudaraan sesama muslim di mana Islam menggambarkan hubungan yang erat di antara muslim itu seperti bersaudara.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 10:

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌۭ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Maksudnya: “Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelengkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

.

Banyak keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dalam bulan ini antaranya, bulan kembali ke fitrah yakni umat Islam diampun semua dosa setelah berjaya menyelesaikan ibadah puasa sebulan penuh dengan jayanya.

Menurut Imam at-Tabrani di dalam susunan hadithnya yang turut menyentuh mengenai terhapusnya dosa bagi mereka yang melakukan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal serta fadhilatnya iaitu Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya dosa seperti hari dia dilahir kan oleh ibunya’.

Puasa sunat Syawal sudah semestinya mempunyai hikmat yang amat besar, antaranya dapat menyempurnakan kecacatan yang mungkin terdapat ketika melakukan ibadat puasa Ramadhan.

.

Bulan Syawal juga boleh diibaratkan sebagai bulan silaturrahim. Betapa Syawal menjadi bulan yang penuh berkat, rahmat meluas dan mendapat keampunan Allah kerana melaluinya umat Islam dapat menguatkan hubungan silaturrahim. Amalan ziarah menziarahi serta mengadakan rumah terbuka sudah menjadi sinonim pada bulan ini.

Banyak hikmah dan kelebihan yang diperolehi daripada amalan di bulan mulia ini. Antaranya ia mampu merapatkan hubungan silaturrahim malah menaut kembali ikatan persaudaraan yang telah lama putus. Bak kata pepatah yang jauh jadi dekat, yang renggan jadi rapat, yang bersengketa menjadi damai dan akhirnya terbentuklah satu ikatan kasih sayang yang mengeratkan sesama insan.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Mimbar juga ingin mengingatkan jemaah sekalian agar tidak melupakan kunjungan ke rumah jiran tetangga lebih-lebih lagi yang tinggal bersebelahan dan berhampiran dengan rumah kita. Satu perkara yang perlu difahami bahawa, amalan kunjung mengunjung ini berdiri di atas dasar dan semangat persaudaraan sesama Islam tanpa mengira pangkat, darjat atau keturunan.

Oleh itu, berkunjunglah ke rumah-rumah saudara mara termasuklah jiran tetangga kita dan yang lebih afdalnya rumah yang paling dekat dengan rumah kita. Jiran adalah orang yang paling hampir dengan kita dan atas sebab itu sebahagian ulama berpendapat bahawa berhubungan baik dengan jiran amat digalakkan malahan melebihi daripada saudara sendiri.

Rasulullah SAW bersabda:

kj syawalYang Bermaksud: Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku supaya berbuat baik kepada jiran sehinggalah aku merasakan jiran itu mewarisiku (kerabatku).(Riwayat Bukhari dan Muslim)

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Bulan puasa satu tahun, di mana dalam bulan ini umat Islam dituntut melaksanakan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal dan ganjaran menyamai setahun. Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah bersabda:

kj syawal 1Maksudnya: Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu diiringi dengan puasa 6 hari bulan Syawal, bererti ia telah berpua setahun penuh”.

.

Pada bulan ini, umat Islam akan meraih ganjaran hebat melalui ibadat puasa enam hari yang mana tidak ada pada bulan-bulan lain. Bulan ini juga merupakan bulan taqwa dan bulan peningkatan amalan. Maka melalui tarbiah dalam bulan Ramadhan, umat Islam mempunyai kelebihan untuk meneruskan amal ibadat sebagi bukti keberhasilan amalan sepanjang Ramadhan.

Berdasarkan kepada keistimewaan bulan Syawal ini, umat Islam dituntut mengambil kesempatan merebutnya dengan sebaik-baiknya. Maka di bulan mulia ini, kita hendaklah mengambil kesempatan terhadap peluang yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT sehingga saat kita mengadap Allah SWT.

Manfaatkanlah ruang dan peluang yang masih ada dalam kehidupan ini untuk selalu menjadi orang yang bertaqwa dengan cara menanamkan rasa takut kepada pintah Allah, berterusan melakukan apa yang diperintahkan, bersegera menjauhi dan juga meninggalkan perkara yang dilarang serta mendekatkan diri kita kepada Allah.

.

Dalam suasana gembira, Islam mengajar kepada kita bahawa tidak salah untuk berseronok tetapi ia perlu dipandu dengan tatacara dan adab-adab Islam yang sebenar. Mimbar hari ini ingin menggariskan beberapa panduan dalam adab berziarah. Antaranya;

Pertama: Niat untuk mengeratkan silaturrahim.

Kedua: Mengenakan pakaian yang menutup aurat dan sopan,

Ketiga: Memelihara waktu solat agar tidak terabai.

Keempat: Menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Kelima: Berusaha memenuhi semua undangan.

Keenam: Menjaga adab dan tatasusila agar kunjungan kita tidak  menyakiti tuan rumah.

Ketujuh: Pada waktu dan masa yang sesuai untuk berkunjung.

Kelapan: Meminta izin dan memberi salam kepada tuan rumah.

.

.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Sebagai kesimpulan khutbah minggu ini, mimbar menyeru marilah sama-sama kita melaksanakan tuntutan amalan di bulan Syawal yang mulia ini dengan melakukan kunjung mengunjung serta ziarah menziarahi antara kita. Didiklah serta bimbinglah  ahli-ahli keluarga kita agar menjaga adab-adab ketika melakukan ziarah dan melayan tetamu  supaya kita menjadi insan yang bertamadun, berperibadi tinggi dan memiliki sifat tama’ninah dan tingkahlaku kita tidak menjadi bahan ketawa orang lain serta menjatuhkan maruah. Ambillah kesempatan pada bulan yang mulia ini untuk menambah lagi pahala dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita.

 

Sebagai peringatan marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 30:

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا

Maksudnya:Sebenarnya orang yang beriman dan beramal salih, sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang yang berusaha memperbaiki amalnya.

.

kj korban 6

.

.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“Keistimewaan Bulan Syawal”

(16 Ogos 2013 / 9 Syawal 1434H)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: