Kalimah Allah: Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Ketua Bishop Gereja Roman Katolik

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

Barisan peguam yang mewakili majlis agama Islam, Malaysia.

Barisan peguam yang mewakili Majlis Agama Islam & Kerajaan Malaysia.

.

ALHAMDULILLAH ~ Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak permohonan Ketua Bishop Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan kerajaan terhadap keputusan terdahulu Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Katholik, The Herald menggunakan kalimah Allah.

Keputusan berkenaan diputuskan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin mula yang bersidang pada pukul 9.30 pagi dan berhenti rehatpada pukul 12.55 tengah hari kemudian bersambung semula 3.30 petang.

Dengan keputusan itu bermakna prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013.

.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah

  • Bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai responden.
  • Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.
  • Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia, namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.
  • Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
  • Pada 5 Januari 2010 kemudian, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly.
  • Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.

.

Sumber – Khairulanuar Yahaya
Utusan Online

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by Zaiton Md Noor on 23/08/2013 at 11:05 am

    Why Katholic tak ada Kalimah ke
    Kesian
    That shows how beautiful is Islam sampai lain ugama pun tak pakai kalimah ALLAH
    I THINK DEEP IN THEIR HEARTS THEY already knew the truth n power of Islam

    Reply

  2. […] Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila pihak Herald memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja itu serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden. […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: