KJ : Akidah Memupuk Perpaduan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

i akidah memupuk perpaduan.

Khutbah Jumaat: “Akidah Memupuk Perpaduan

 

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقاَئِل:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِۦ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفْتَرَىٰٓ إِثْمًا عَظِيمًا.

أَشْهَدُ أَن لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.

.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

 

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: “AKIDAH  MEMUPUK PERPADUAN”.

.

.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

 

Islam ialah agama yang mengemukakan sistem kehidupan terunggul untuk masyarakat manusia dengan membawa risalah yang mendukung kemajuan manusia dan tamadunnya yang luhur. Justeru, sebagai sistem kehidupan yang unggul maka perpaduan dikalangan umat Islam menjadi agenda terpenting dalam pembentukan masyarakat menerusi pengukuhan akidah dan hubungan persaudaraan sesama umat. Dalam Islam tiada masyarakat tanpa persaudaraan sebagaimana tiada ketakwaan tanpa keimanan.

Sabda Rasulullah SAW:

kj aqidah 1Maksudnya: Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain. (Riwayat Muslim)

.

Percayalah bahawa asas perpaduan bagi umat Islam ialah dengan mengutamakan persoalan akidah dan menyeru kepada mentauhidkan Allah SWT secara ilmu dan amal serta menjelaskan perkara-perkara yang membawa kepada syirik baik secara i’tiqad atau tingkahlaku. Perpaduan umat Islam yang berasaskan kepada kesatuan akidah ini akan menerbitkan pautan kejiwaan dan kerohanian yang jitu dikalangan umat Islam.

 

Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 10:

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌۭ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Maksudnya: Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.

.

.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

 

Sebagai umat Islam kita seharusnya menjadikan junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai contoh tauladan yang terbaik. Kejayaan Baginda SAW dalam menyatukan bangsa Arab yang bersifat asabiyah melalui pendekatan akidah telah melahirkan bangsa yang hebat dan kuat dalam sejarah tamadun dunia.

Sejarah membuktikan bahawa pendekatan Rasulullah SAW melalui tindakannya dengan menyusun dan membentuk masyarakat, membangunkan akidah umat Islam, melaksanakan urusan syariah dan menjalinkan hubungan sesama rakyat melalui akhlak yang mulia.

.

Dalam pada itu, Baginda  juga mengambil langkah mempersaudarakan umat Islam menerusi ikatan ukhwah sesama Islam. Kaum Aus dan Khazraj yang begitu lama bersengketa telah berjaya didamaikan. Rasulullah SAW memperteguhkan kewajipan memelihara hubungan persaudaraan yang menjana kepada perpaduan dan kesatuan ummah.

Ini terbukti apabila Baginda ditanya oleh seorang sahabat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayub al-Ansari dalam hadithnya yang bermaksud: Ya!, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, amal yang akan memasukkan aku ke dalam syurga. Maka sabda Rasulullah SAW: ‘Engkau beribadah kepada Allah SWT  dan tidak menasyrikkannya dengan sesuatu, mendirikan solat, membayar zakat dan menghubungkan persaudaraan.

.

.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

 

Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar pada hari ini perpaduan umat Islam  agak membimbangkan akibat daripada ketirisan akidah yang boleh mengugat wahdah atau perpaduan umat Islam. Perpadaun umat Islam sudah tidak lagi seteguh zaman Rasulullah SAW baik dari segi persaudaraan dan juga amalan.  

 

Jika dahulu Islam di zaman Rasulullah SAW  diserang daripada segenap arah, maka kita hari ini juga diserang dari pelbagai cara, samada daripada serangan fizikal hinggalah kepada serangan pemikiran, politik, ekonomi, budaya dan sebagainya. Isu-isu akidah yang mencemarkan nama baik Islam seperti ancaman ajaran sesat, cubaan menukar agama, anti Hadith, Islam Liberal, fahaman sekular, syiah dan lain lain lagi.

.

Pelbagai fahaman, ideologi moden seperti kapitalisme, materialisme, pluralisme dan komunisme serta unsur-unsur negatif yang mempengaruhi umat Islam telah melanda dengan mudahnya. Perpecahan dan berpuak-puak akibat perbezaan pandangan dalam isu-isu tertentu seringkali terjadi dan ini mengingatkan kita kepada sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tirmizi:

kj aqidah 2Mafhumnya: “Sesungguhnya Yahudi dan Nasara berpecah dalam agama mereka kepada 71 atau 72 golongan. Dan umatku akan berpecah belah kepada 73 golongan.” (Riwayat at-Tirmizi)

.

Persoalan besar timbul kenapakah ketirisan akidah ini berlaku kepada umat Islam? Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar antara perkara yang menyebabkan berlakunya ialah sesetengah kelompok umat Islam sangat taksub dengan kumpulan tertentu dan  patuh membuta-tuli kepada pemimpin mereka sehingga gagal menilai kebenaran dan kepalsuan.

 

Mimbar ingin menyatakan bahawa gerakan ketirisan akidah ini sebenarnya ialah gerakan jahiliah yang datang semula dalam wajah barunya, jahiliah jelmaan yang membawa mesej yang sama iaitu menjauhkan manusia dengan tuhan yang Maha Esa dan menghancurkan perpaduan umat Islam. Lihat sajalah apa yang berlaku di luar sana, apabila rakyat berpecah belah, pemimpin di pengaruhi pemikiran dan tindakanya oleh musuh musuh Islam untuk mendapat apa yang diingini, maka negara berada dalam huru-hara dan kehancuran

.

Jika umat Islam hilang pegangan akidah, hilang jati diri, hilang maruah, berada dalam kedegilan atau kejahilan terhadap ajaran Islam yang sebenar, kekotoran jiwa dalam memuja hawa nafsu dan mengutamakan kemaslahatan peribadi serta diperalatkan pihak lain, maka akhirnya umat Islam akan menerima nasib yang malang lagi hina di negara sendiri.

Imam Ibnu Qayyim pernah berpesan kepada kita bahawa ada beberapa perkara yang menjadi penghalang bagi penyatuan umat Islam antaranya ialah fitnah syubhat (kekeliruan) dan fitnah syahwat (dorongan hawa nafsu).

.

.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

 

Di dalam kita menghadapi cubaan menyemarakkan fahaman yang merosakkan akidah umat Islam, maka mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa perpaduan ummah mampu menyelesaikan kecelaruan tersebut.

 

Percayalah bahawa Allah SWT menyatukan kita semua pada hari ini dalam akidah yang satu, di dalam saf-saf  yang lurus dan seterusnya kita akan  menunaikan solat dengan niat yang sama, di atas satu takbir, dan di atas satu salam, perkataan, ungkapan dan bacaan yang sama.

Justeru, marilah bersama-sama kita bersatu hati mempertahankan akidah ummah, mempertahankan kebenaran, rapatkan barisan, meneguhkan kekuatan dan persediaan, menggerakkan segala usaha dengan penuh keberanian demi agama yang tercinta ini.

.

Mimbar juga menyambut baik usaha pihak yang berwajib dalam mengambil tindakan tegas kepada mereka yang cuba memporak-perandakan pegangan dan akidah umat Islam. Perjuangan bagi mempertahankan dan menegakkan agama Allah serta hak-hak eklusif umat Islam merupakan perjuangan yang suci yang dijamin mendapat pertolongan serta bantuan daripada Allah SWT.

 

Justeru, menjadi tanggungjawab mimbar menyeru semua pihak, marilah sama-sama kita mempertahankan dan memantap  akidah kita, keluarga dan masyarakat kita demi masa depan agama, ummah dan negara, menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya. Percayalah mempertahankan akidah umat Islam dengan tidak membenarkan pihak lain menghinanya adalah sesuatu yang di tuntut.

.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 21:

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْءَاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا

Maksudnya: Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.

.

kj aqidah 3

.

.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“Akidah Memupuk Perpaduan

(23 Ogos 2013/ 16 Syawal 1434H)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: