Rakyat Malaysia Berdepan Hukuman Penjara / Denda 500 Juta Hina Bendera Indonesia

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

jalur gemilang dikoyak ditoreh pembangkang.

Seorang pengurus besar rakyat warga Malaysia berdepan dengan hukuman penjara lima tahun atau dikenakan denda sebanyak Rupiah 500 juta (RM148,000) jika terbukti bersalah menghina bendera Indonesia, berikutan gurauan yang tidak sesuai tentang bendera republik itu.

 

Menurut jurucakap polis Indonesia, Agus Rianto, Broderik Chin, yang bekerja dengan sebuah syarikat perladangan, PT Kreasi Jaya iaitu anak syarikat perladangan Malaysia, Kuala Lumpur-Kepong (KLK), didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan mengenai bendera Indonesia.

Pada 16 Ogos lalu iaitu sehari sebelum Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-68, Chin, dilaporkan berkata, bendera Indonesia itu boleh diganti dengan seluar dalamnya yang berwarna merah.

Beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan itu selepas seorang kakitangannya gagal mencari bendera Indonesia untuk dikibarkan sebagai menghormati Hari Kebangsaan negara berkenaan.

“Mungkin dia bergurau atau mungkin juga dia marah dengan kakitangannya kerana tidak mencari bendera. Keesokan harinya, sekumpulan masyarakat tempatan berhimpun di depan syarikat berkenaan menuntut dia memohon maaf,” kata Agus.

 

Berikutan protes orang ramai itu, Chin akhirnya ditahan polis Dumai pada 21 Ogos lalu.

 

“Dia (Chin) akan didakwa di bawah Artikel 66 Undang-Undang 2009 berkaitan dengan bendera dan lagu kebangsaan serta bahasa,” kata Agus.

Jika disabit kesalahan, Chin boleh dihukum penjara selama lima tahun atau dikenakan denda sebanyak Rupiah 500 juta (RM148,000).  – Bernama

.

 

p/s : Dalam situasi sekelompok masyarakat yang bebas membuat kacau dan tidak tahu menghargai nilai merdeka, keamanan dan semangat patriotik kebelakangan ini, sewajarnya parlimen dan kerajaan Malaysia membentuk akta dan denda tinggi sebegini sebagaimana yang telah turut dilakukan oleh kebanyakan negara lain.

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: