Keputusan Rayuan Kalimah Allah Dijangka Akan Diketahui Seawal Oktober

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

pertahankan kalimah Allah.

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menetapkan keputusan rayuan pihak kerajaan untuk membatalkan larangan penggunaan kalimah suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia terutama terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly akan diketahui seawalnya Oktober.

 

Keputusan itu diambil oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pihak kerajaan hari ini.

 

“Keputusan tidak akan memakan masa ini dan akan mengambil kira keprihatinan rakyat terhadap isu ini. Keputusan dijangka diumumkan seawalnya pada Oktober. Tarikh akan diberitahu kelak,” kata Mohamed Apandi sebaik mendengar hujah pihak kerajaan dan Herald.

 

Pihak kerajaan merayu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly.

 

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila pihak Herald memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja itu serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

 

Herald menuntut, antara lain satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam mingguan Katolik itu adalah tidak sah dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

 

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

 

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

 

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly.

 

Pada 9 Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan majlis agama Islam dan pihak kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald

 

Pada 22 Ogos lalu Mahkamah Rayuan menolak permohonan berkenaan sekaligus membenarkan pihak majlis agama Islam dan kerajaan meneruskan rayuan.

 

 

Penyokong berhimpun di Istana Kehakiman

 

Sekitar 500 orang berkumpul di perkarangan kompleks Istana Kehakiman pagi ini bagi menunggu pendengaran kes rayuan Kerajaan terhadap isu penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam majalah mingguan Herald di Mahkamah Rayuan.

 

Dalam pada sebahagian orang Islam sendiri yang mempertikaikan kenapa kita menghalang agama Kristian untuk menggunakan kalimah Allah. Terhimpun sekumpulan 300 orang penyokong lelaki dan perempuan yang menyayangi dan mempertahankan maruah agama Islam. Sebahagian besarnya terdiri daripada penyokong Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA), PERKID, ahli Umno dan orang awam berkumpul membaca surah Yaasin di pintu masuk kompleks mahkamah tersebut sejak jam 8.40 pagi lagi.

 

Sebahagian daripada peserta lelaki bacaan Yaasin memakai pengikat kepala berwarna merah dengan tulisan ‘Perkasa’ dan sebahagian yang lain pula memakai baju-T bertulisan “Allah Just For Muslim, Fight No Fear”.Sebahagian besar peserta perempuan pula, yang berpakaian warna merah putih, duduk di sebelah kanan pintu masuk mahkamah.

 

Polis yang turut berkawal di sekitar mahkamah menyaring orang awam yang keluar dan masuk ke kompleks mahkamah.

 

Sementara itu, kumpulan Kristian yang diwakili beberapa peguam dan beberapa rahib turut berada di dalam galeri mahkamah mengikuti perbicaraan. Kumpulan Kristian tersebut melibatkan Sidang Injil Borneo Sabah, Majlis Gereja Sabah dan Persatuan Gereja Sarawak.

 

Turut hadir adalah badan Kristian utama semenanjung, termasuk Majlis Gereja dan Persekutuan Kristian Malaysia dan Sidang Injil Borneo Semenanjung sebagai pemerhati dalam kes berkenaan.

 

Tujuh majlis agama Islam dan Persatuan Cina Muslim Malaysia juga menjadi pemerhati dalam kes tersebut.

.

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: