Pergi Tak Kembali… Al Fatihah Buat Bonda Tercinta

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Bonda dalam kenangan .

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Bonda tercinta ana telah kembali ke Rahmatullah, pergi tak kembali buat selama-lamanya… Allah سبحانه وتعالى menguji kita dan kita sentiasa diuji sehingga kita semua juga akan mengikut jejak-jejak mereka.

إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un

“Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali.”

.

.

Doa buat Bonda…..Semoga sentiasa berpanjangan dilimpahi rahmah dan maghfirah :

Ya Allah! Ampunilah ibuku, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia, ampunilah dosanya, muliakanlah kedudukannya, lapangkanlah kuburnya dan mandikanlah dia dengan air, salji dan embun. Bersihkanlah dia dari semua kesalahan sebagaimana kain putih dibersihkan dari kekotoran, gantikanlah rumah yang lebih baik daripada rumahnya (di dunia), keluarga yang lebih baik daripada kami keluarganya dan masukkanlah dia ke dalam syurga serta lindungilah ibuku daripada azab kubur, fitnahnya dan daripada seksa api neraka.
 
Ya Allah! Janganlah kiranya pahala kami tidak sampai kepadanya, janganlah Dikau fitnahkan kami sepeninggalannya. Ampunilah kami dan ibubapa kami juga saudara-saudara kami yang telah pergi dahulu dengan membawa iman dan janganlah Dikau menjadikan resah gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami; Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
 
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ , penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur ibubapa kami sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga. Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi ibubapa kami, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah  yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami memohon syafaat kepada-Mu untuk ibubapa kami. Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh ibubapa kami, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat! Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ . dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.

.

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيْرًا.وَلِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

“Wahai Tuhanku! Ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah melimpahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil. Dan ampunilah dosa-dosa kesemua lelaki dan perempuan Islam; dosa-dosa di kalangan lelaki dan perempuan yang beriman, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Dengan kelimpahan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”

.

Allahyarhamah Bonda menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di samping semua anak cucunya pada hari Jumaat 20.09.2013. Kehilangan Allahyarhamah amat kami semua rasai namun Allah lebih menyayanginya dan kami redha dengan pemergiannya. Semoga rohnya digolongkan dalam hamba2nya yang solehah dan ditempatkan bersama mereka yang diberi kenikmatan dan kegembiraan di kalangan para nabi, para siddiqin, para syuhada’, dan para solehin…Aamiiin!

 

Mohon para akhwat dan ikhwan pengunjung blog shafiqolbu luangkan masa seminit untuk lafaz Al-Fatihah… Semoga roh Allahyarhamah Bonda ana tenang bersemadi dan memperolehi syurga firdausi Allah سبحانه وتعالى.

 

Al-Fatihah

.

.

وَالسَّلاَمْ

.

Shafiqolbu

sign s.

25 responses to this post.

  1. Posted by nazz on 22/09/2013 at 8:51 pm

    daripada Allah ia datang,kepada Allah jua ia dikembalikan..
    Takziah..moga arwah ditempatkan dikalangan ahli syurga

    Reply

  2. Takziah, Ustaz.

    Reply

  3. Takziah untuk tuan dan keluarga. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarhamah bonda.

    Reply

  4. Posted by shuhaili binti yaakob on 23/09/2013 at 9:34 am

    Salam Takziah buat Ustaz dan keluarga…

    Reply

  5. Posted by asmah hanafiah on 23/09/2013 at 9:41 am

    Assalam ustaz…Takziah buat ustaz dan keluarga. Al-Fatihah…

    Reply

  6. Al-fatihah buat bonda ustaz, takziah buat ustaz sekeluarga…

    Reply

  7. Posted by ila on 23/09/2013 at 3:48 pm

    Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un..Al-Fatihah…

    Reply

  8. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un..Al-Fatihah…

    Reply

  9. Posted by samsiah on 23/09/2013 at 4:59 pm

    Salam takziah, moga roh Allahyarhamah di cucuri rahmat..Amin

    Reply

  10. Posted by Fauziah yusop on 23/09/2013 at 5:20 pm

    Takziah….. Al fatihah

    Reply

  11. Posted by ibu on 23/09/2013 at 10:25 pm

    Sungguh indah doa yg dititip buat ibu ustaz… insyaAllah syurga Firdaus buat bonda ustaz.. aminnn. Al Fatihah.
    mohon izin untuk mendoakan almarhum ayah saya dengan menggunakan bait2 doa diatas… amat terkesan dan indah sekali. kehilangan yang amat dirindui…

    Reply

  12. Al Fatihah.
    Takziah kepada Tuan sekeluarga.
    Doa tuan turut saya bacakan ke atas arwah ibunda yang saya yang juga telah pergi.

    Reply

  13. Posted by daya on 24/09/2013 at 8:43 pm

    Al fatihah…takziah ye!

    Reply

  14. al-fatihah ustaz,sebak saya membaca doa yg dititip khas untuk arwah ibu ustaz.

    Reply

  15. Posted by Nurol Husna on 25/09/2013 at 12:05 pm

    Allahumma firlaha warhamha waa’fiha wa’fuanha
    Semoga roh allayarhamah bonda ustaz tenang dalam pengabdian~
    Pasti bonda ustaz bangga mempunyai anak seperti ustaz..

    Semoga dapat berjumpa kelak di syurga abadi.. Biiznilllah..amin..

    Reply

  16. Posted by mamazarayth on 25/09/2013 at 12:24 pm

    Salam..takziah buat saudara dan keluarga. Terimakasih atas usaha saudara dgn blog ini. Banyak memberi manafaat kpd saya. Alhamdulillah.

    Reply

  17. Posted by faridah.ekhsan on 25/09/2013 at 3:26 pm

    alfateha salam takziah dari saya pada ustaz sekeluarga,saya minta keizinan dari ustaz untok menyalin doa supaya saya dapat mendoakan ibu saya yang telah pergi kerahmatullah,terima kasih sekiranya ustaz izinkan saya.

    Reply

  18. Salam Takziah buat Ustaz. Bonda saya juga telah menghembus nafasnya yang terakhir pada 20.09.2013, Jumaat. Tarikh dan hari yang sama seperti bonda ustaz.

    Reply

  19. Al-Fatihah. Takziah dari kami. Semoga roh bonda ustaz dicucuri rahmat dan tempatkan di kalangan orang2 yang soleh.

    Reply

  20. Posted by abi fa'iz on 26/09/2013 at 3:02 pm

    Al Fatihah…Salam takziah dari saya…

    Reply

  21. Posted by jiha on 26/09/2013 at 9:23 pm

    takziah ustaz Al-Fatihah

    Reply

  22. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه

    Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan takziah dan mendoakan kebaikan bagi roh Allahyarhamah Bonda Ana. Kepada semua yang membantu pengurusan jenazah sehingga sempurna termasuk yang sudi menziarahi, mensolati dan menghadiahkan bacaan ayat suci Al-Quran juga diucapankan penghargaan terima kasih.

    جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
    ‘Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
    “Semoga Allah سبحانه وتعالى akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah سبحانه وتعالى akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”

    Mudah-mudahan roh Bonda tercinta sentiasa dirahmati Allah سبحانه وتعالى dan ditempatkan di kalangan para solehin..Aamiiin..!

    Reply

  23. Posted by normala binti abdulhamid on 29/09/2013 at 9:19 pm

    al-fatihah…..salam takziah dari saya sekeluarga

    Reply

  24. Posted by Azni on 01/10/2013 at 12:10 am

    Takziah. Al-Fatihah untuk bonda ustaz. Kakak saya telah meninggal dunia pada 26 ogos yang lalu. Kehilangannya masih saya rasakan. Sesungguhnya benar, perkara paling hampir dengan kita adalah kematian. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    Reply

  25. Posted by Dr.Ramizu on 04/10/2013 at 6:34 pm

    Takziah atas pemergian Bonda Ustaz yang di kasihi dari kami sekeluarga. Semoga Allah swt menempatkan beliau dikalangan para solehin, Amin

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: