KJ : Maqasid Al-Syariah Teras Pemerintahan Negara

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

maqasid.

Khutbah Jumaat: “Maqasid Al-Syariah Teras Pemerintahan Negara”

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقاَئِل:

لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍ وَشِمَالٍ كُلُوا مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ

أَشْهَدُ أَن لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ. 

.

.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang diberkati dan penuh bersejarah ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar yang mulia ini akan membincangkan tajuk: “MAQASID AL-SYARIAH TERAS PEMERINTAHAN NEGARA”.

.

.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Dalam fiqh Islam, ketua negara atau pemimpin umat Islam disebut dengan beberapa nama antaranya seperti Khalifah, Imamatul Kubra (pemimpin utama atau tertinggi), al-Imam, Waliyyul Amr, Imaratul Mukminin atau Amirul Mukminin, imam al-Muslimin, Sultan, dan al-Malik (Raja). Maka menjadi beberapa dasar yang wajib dipikul dan dilaksanakan oleh setiap yang bernama pemimpin sesuai dengan kedudukan masing-masing sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Imam al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sultaniah wawilayatu ad-Diniyah antaranya:

Pertama: Memelihara Din al-Islam, mengenai asasnya yang tetap dan juga tentang perkara-perkara yang telah disepakati oleh ulama’.

Kedua: Melaksanakan hukum di antara pihak-pihak yang bertelagah serta menyelesaikan setiap perselisihan yang timbul.

Ketiga: Menjalankan setiap hukum dan perintah yang Allah SWT amanahkan kepada manusia agar hak Allah tidak diabaikan dan dapat pula melindungi hak manusia dari kerosakan dan kemusnahan.

Sabda Rasulullah SAW:

kj maqasidMaksudnya: “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.”(Riwayat al-Tirmizi)

.

Namun, persoalan besar timbul di sini apakah teras kepada seseorang pemimpin itu didalam melaksanakan pemerintahan sesebuah ystem?. Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar bahawa maqasid al-Syariah menjadi teras didalam melaksanakan tanggungjawab kepada pemerintahan ystem. Secara ringkasnya Maqasid al-Syariah ialah melakukan kebaikan dan kebajikan bertujuan untuk menjaga tata susila, kepentingan dan ystem hidup. Allah SWT menjelaskan di dalam al-Quran bahawa perutusan Nabi Muhamad SAW adalah untuk kebaikan dan rahmat bagi sekalian alam.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Anbiya ayat 107:

وَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ إِلَّا رَحْمَةًۭ لِّلْعَٰلَمِينَ

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.

.

Mimbar ingin menyatakan bahawa Maqasid al-Syariah yang ingin dicapai ini perlulah menjadi tonggak dan hala tuju di dalam pensyariatan hukum-hakam dan ajaran Islam kerana itulah Imam Ibn Taimiyah pernah menyebut bahawa: Maqasid yang wajib bagi pemerintah ialah memastikan kebaikan agama bagi manusia, jika hilang agama, mereka akan menjadi orang yang sangat rugi dan nikmat dunia yang diperolehi tidak akan memberi manfaat kepadanya.

Fakta ini disokong oleh Imam al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam al-Al Sultaniah bahawa: Perlantikan pemerintah disyariatkan bertujuan menggantikan tugas kenabian dalam menjaga agama dan mentadbir dunia. Manakala menurut Imam Ghazali di dalam kitabnya’ al-Mustashfa’ bahawa lima perkara pokok yang perlu dipelihara dalam maksud syariah itu sendiri iaitu; agama, diri, akal, keturunan dan harta.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Haj ayat 41:

ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ أَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُوا۟ بِٱلْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا۟ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلْأُمُورِ

Maksudnya: “Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

.

.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Para ulama telah membuat kajian secara terperinci tentang tatacara hidup manusia. Justeru, agama Islam telah mengariskan dasar segala peraturan terutamanya sistem yang sangat diperlukan oleh kehidupan manusia bagi menjamin survival yang akan mendatangkan manafaat dan menjauhkan mudarat.

Dalam konteks ini, para ulama Islam telah menggariskan lima kepentingan yang wajib dijaga oleh pemerintah yang tiada tolak ansur untuk mengabaikannya agar umat Islam mampu bertahan menghadapi segala cabaran. Kepentingan tersebut mengikut keutamaan ialah:

Pertama: Menjaga Agama. Sebagai pemerintah maka menjadi kewajipan untuk meletakkan kepentingan agama ditempat yang teratas. Menurut al Imam al-Juwaini bahawa antara tanggungjawab pemerintah ialah memelihara akidah dan amalan umat Islam sejauh yang boleh dilakukan, menghapus kekeliruan yang dibawa oleh penyeleweng agama, membenteras amalan bidaah serta penganjur-penganjurnya.

.

Justeru segala perkara yang merosakkan agama hendaklah dihindarkan. Penyelewengan akidah wajib dibanteras. Dengan menjaga agama akan menjadi seorang yang adil dan berintegriti, tidak akan membenarkan sesuatu berlaku yang akan merosakkan akhlak dan moral. Mereka yang tidak beragama akan lemah akhlaknya dan hilang semangat patriotik dan jati dirinya, dan tidak mustahil akan menggadaikan kepentingan negaranya demi memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Namun perlu diingat di dalam kita menjaga agama pelbagai cabaran yang perlu di atasi antaranya gejala ajaran sesat, Syiah, aliran pemikiran Pluralisme, sekularisme, Liberalisme, LGBT dan lain-lain lagi.

 

Kedua: Menjaga nyawa. Islam mengharamkan penumpahan darah dengan jalan yang tidak benar. Apabila nyawa tidak terpelihara maka negara akan musnah, ketenteraman dan keamanan akan hilang. Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: Seseorang Islam itu ialah yang menyelamatkan kaum muslimin melalui lidah (bicara) dan tangannya (kuasa dan perlakuan), dan orang yang beriman pula ialah orang yang dipercayai oleh orang lain dalam menjamin nyawa dan harta benda mereka. (Riwayat al-Tirmizi).

 

Ketiga: Menjaga akal Akal wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai-nilai mulia dan ilmu. Semua unsur-unsur yang menjurus kepada kehilangan akal seperti arak, dadah, filem yang merosakkan pemikiran wajib dibanteras dengan segera.

Keempat: Menjaga maruah dan keturunan. Keturunan wajib dipelihara demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat Islam. Apabila keturunan telah rosak dengan sebab menyalahi syariat dan tabie manusia seperti penzinaan, liwat, lesbian, gay, dwiseksual dan sebagainya maka struktur sosial akan menjadi kacau bilau dan akhirnya akan runtuh dengan sendirinya.

 

Kelima: Menjaga harta. Dalam menjaga harta Islam telah mengariskan prinsipnya iaitu  al-adl wal ihsan. Pendekatan Islam amat menitik berat soal keadilan dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, cetak rompak, menipu hak intelek, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak lain.

.

.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Mimbar yang mulia pada hari ini ingin menegaskan kepada para jemaah dan umat Islam sekalian bahawa maqasid al- Syariah adalah menjadi teras pemerintahan di negara kita. Maka menjadi tanggungjawab bagi pemerintah untuk menjaga segala kepentingan-kepentingan yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan agama seperti keamanan negara, keselamatan nyawa dan harta benda, kebajikan rakyat, keselamatan akidah serta kemudahan menunaikan perintah agama.

.

Kesemua inilah diusahakan oleh pemerintah melalui Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawahnya adalah berlandaskan maqasid al-syariah demi kepentingan rakyat dan negara. Kita juga dapat melihat bagaimana kesungguhan pihak pemerintah dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terutama dalam membendung jenayah kongsi gelap, gengsterisme pada akhir-akhir ini. Justeru, sebagai rakyat kita hendaklah bersyukur di atas segala nikmat yang dikecapi selama ini. Maka, menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat memberikan taat setia lebih-lebih lagi kita sebagai umat Islam telah diajar supaya taat dan patuh kepada pemerintah selagi tidak bercanggah dengan syariah.

.

Mimbar juga mengambil kesempatan pada hari ini bersempena dengan sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan Tabung Haji pada tanggal 30 September 1963, menyeru sidang jumaat sekalian untuk sama-sama menyokong usaha pemerintah terutama di dalam mengembangkan syiar Islam di negara kita. Hari ini Lembaga Tabung Haji bukan sahaja menjadi pengurus kepada hal ehwal pemergian umat Islam menunaikan ibadah haji, bahkan menjadi salah satu milik umat Islam terkemuka yang terbukti berjaya menguruskan pelaburan yang cekap bagi meningkatkan modal umat Islam menerusi pelaburan patuh syariah yang menguntungkan. Inilah sebahagian daripada maqasid al-syariah yang dilaksanakan demi kepentingan umat Islam.

.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah sama-sama kita sekalian memperteguhkan keimanan kepada Allah, SWT memperbanyakkan amal kebajikan, menjalankan tugas dengan jujur, menjauhi segala perbuatan berdosa dan maksiat. Kita doakan juga agar negara kita ini dikekalkan nikmat kestabilan politik dan keamanan, dijauhkan dari segala perbuatan melampau yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran. Suburkan perasaan perpaduan di antara rakyat yang berbilang kaum, eratkan hubungan di kalangan mereka semoga sentiasa hidup aman damai, menikmati keadilan, kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 7:

إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَآءَ وَعْدُ ٱلْءَاخِرَةِ لِيَسُۥٓـُٔوا۟ وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا۟ ٱلْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍۢ وَلِيُتَبِّرُوا۟ مَا عَلَوْا۟ تَتْبِيرًا

Bermaksud: “Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedahnya adalah untukmu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji kali kedua, Kami datangkan musuh-musuh kamu untuk memuramkan muka kamu; dan untuk memasuki masjid sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.”

.

.

بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَعْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَائِبِيْنَ.

.

.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“Maqasid Al-Syariah Teras Pemerintahan Negara”

(27 September 2013 / 21 Zulkaedah 1434H)

 

.

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: