Pelaburan Emas Genneva RM5.5 Bilion : Enam Pegawai Hadapi 923 Tuduhan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

Gold Bar Genneva Malaysia.

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Enam pegawai kanan sebuah syarikat pelaburan jongkong emas Genneva didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas 913 pertuduhan pengubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah membabitkan urus niaga berjumlah RM5.5 bilion.

 

Kesemua tertuduh didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan memiliki, memindah, menerima dan memperoleh wang berjumlah RM1.5 bilion yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Bhd. dan CIMB Islamic Bank Bhd. di Jalan Kuchai Maju 1, Dynasty 2, Off Jalan Kuchai Lama, di sini antara Januari 2011 dan Disember 2012.

.

.

Tak Mengaku Salah

 

Mereka ialah pengarah Genneva Malaysia Sdn Bhd, Datuk Tan Liang Keat, 41, dan Datuk Philip Lim Jit Meng, 56; Pengurus Besar, Lim Kah Heng, 42; penasihat-penasihat perniagaan syarikat itu, Datuk Ng Poh Weng, 63, Datuk Chin Wai Leong, 37, serta Datuk Marcus Yee Yuen Seng, 61.

Semua mereka tidak mengaku bersalah atas semua pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan.

Sebuah lagi syarikat pelaburan jongkong emas, Success Attitude Sdn Bhd turut dituduh melakukan lapan kesalahan. Kedua-dua syarikat diwakili Jit Meng bagaimanapun tidak mengaku salah selepas pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Philip menghadapi 246 pertuduhan, Liang Keat (226), Kah Heng (16), Poh Weng (155), Marcus (17), Wai Leong (23), GMSB (222 ) dan Success Attitude lapan (8) pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mardziatun Nisa Ahamad Kabir mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum denda RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

.

.

Dua Lagi Pertuduhan

 

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan setiap tertuduh dijamin masing-masing RM100,000 dengan dua penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah sementara menunggu pengurusan kes pada 27 November ini.

Terdahulu di mahkamah sama, Philip, Liang Keat, Kah Heng, Poh Weng, dan GMSB mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah mengikut Sub Seksyen 6(4) Akta bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) melalui satu skim membabitkan transaksi emas di CIMB Islamic Bank Bhd. di alamat sama antara 10 Januari 2011 dan 1 Oktober 2012.

.

.

Denda RM10 Juta, Penjara 10 Tahun

 

Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama dibaca bersama Nombor Siri 20 dalam Jadual Keempat akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Dzulkifli pada awalnya tidak menawarkan jaminan namun menegaskan jika mahkamah membenarkannya, beliau mencadangkan semua tertuduh diikat jamin RM5 juta seorang.

“Kes ini sangat serius kerana melibatkan nilai RM5.5 bilion dengan 35,000 pendeposit malah ia boleh mengakibatkan kerugian dan menjejaskan ekonomi serta keyakinan orang ramai terhadap sistem perbankan negara,” katanya.

.

Wang Jaminan RM1 Juta

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan mereka diserahkan kepada mahkamah dan 27 November untuk pengurusan kes.

Mahkamah membenarkan kedua-dua kes itu dibicarakan bermula 7 hingga 24 April tahun depan.

.

.

Membuat Pernyataan Palsu Dalam Iklan

 

Terdahulu di sebuah lagi mahkamah berasingan, GMSB, Philip dan Liang Keat masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat pernyataan palsu dalam iklan di laman sesawang gennevaworld.com.my berhubung penjualan emas berlandaskan syariah, antara 16 Februari dan 1 Oktober 2012 di Nombor 52A-1, Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama, di sini.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aida Mastura Mohamed Aman mengikut Seksyen 18(1) Akta Perihal Dagangan 2011  (Akta 730) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 21(b) akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM250,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Hakim Rihaida Rafie membenarkan setiap mereka yang disaman itu dijamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan sebutan kes ditetapkan pada 28 Oktober ini.

Mahkamah membenarkan wang jaminan kesemua kes itu dibayar Isnin depan kerana prosiding kes berkenaan yang lewat dimulakan pada sebelah petang dan kaunter pembayaran di mahkamah telah ditutup.

.

Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمْ

.

Posted by; shafiqolbu

sign s

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: